13/08/2024
Baru-baru ini, Pusat Latihan Cara Hidup Islam (PLCHI) dengan penuh kegembiraan telah menerima kunjungan daripada Tadika Little Caliphs, bersama seramai 100 orang pelajar dan guru-guru.
Kedatangan adik-adik kecil ini bertujuan untuk lawatan sambil belajar yang pastinya meninggalkan pengalaman yang bermakna. Sepanjang lawatan, mereka bukan sahaja dijamu dengan hidangan sihat dan lazat, Nasi Ayam yang disediakan oleh katering PLCHI, tetapi juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik.
Antara aktiviti yang disusun termasuk lawatan ke kawasan peliharaan puyuh dan kambing, di samping sesi interaktif di mana anak-anak diajar cara menuai taugeh. Taugeh segar ini juga dijual kepada guru-guru dan anak-anak sebagai sebahagian daripada pengalaman mereka.
Respon daripada para guru amat positif; mereka sangat gembira kerana dapat membawa anak-anak ke sini untuk pelbagai aktiviti yang mendidik dan menyeronokkan. InshaAllah, mereka merancang untuk mengesyorkan lawatan ini kepada tadika-tadika lain agar lebih ramai anak-anak dapat merasai pengalaman berharga di (PLCHI).
Kami di (PLCHI) berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, sambil mempromosikan cara hidup Islam yang harmoni dan penuh bermakna. Datanglah ke Pusa Latihan Cara Hidup Islam, di mana setiap lawatan adalah peluang untuk belajar, bermain, dan mendalami nilai-nilai Islam.