Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 SK Puncak Alam 2 sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan

PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI BAGI PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) TAHUN 2026(P096) YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin...
06/06/2026

PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI BAGI PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) TAHUN 2026

(P096) YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad

Serahan cek bernilai RM 29,000 kepada PIBG-KSIB SKPA (2) pada 18 Mei 2026.

SUMBANGAN BAGI PEMBEKALAN 1 UNIT LED TV 3520MMx2400MM UNTUK KEGUNAAN DEWAN GEMILANG Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2.
Pemasangan sepenuhnya pada 05 Jun 2026.





Memo kepada para peniaga/penjaja di sekitar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 agar cakna bahawa sekitar sekolah adalah ka...
12/05/2026

Memo kepada para peniaga/penjaja di sekitar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 agar cakna bahawa sekitar sekolah adalah kawasan tidak dibenarkan berniaga.

MEMO PERINGATAN📢 PERINGATAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGAAssalamualaikum dan salam sejahtera.Pihak sekolah ingin memohon ker...
10/05/2026

MEMO PERINGATAN

📢 PERINGATAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak sekolah ingin memohon kerjasama semua ibu bapa / penjaga agar sentiasa memantau serta memastikan anak jagaan tidak terlibat dengan sebarang perlakuan berbahaya, khususnya aksi atau “freestyle” yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Perbuatan tersebut boleh mengakibatkan:
⚠️ Kecederaan serius
⚠️ Risiko terhadap keselamatan dan kesihatan murid.
⚠️ Gangguan disiplin serta pelanggaran peraturan sekolah. Sehubungan itu, ibu bapa / penjaga disaran untuk:

âś… Memberikan nasihat dan pemantauan berterusan kepada anak-anak

âś… Mengawal penggunaan media sosial dan kandungan yang ditonton

âś… Menekankan aspek keselamatan serta disiplin diri setiap masa
Keselamatan dan kesejahteraan murid adalah tanggungjawab bersama.

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak.

“Utamakan Keselamatan, Elakkan Penyesalan.”

Ikhlas daripada,
Unit HEM SK Puncak Alam 2
dengan sokongan penuh
PIBG SK Puncak Alam 2

Kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 serta ibu bapa/penjaga murid SEPADU untuk sama-sama kita memastikan ...
04/05/2026

Kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 serta ibu bapa/penjaga murid SEPADU untuk sama-sama kita memastikan dan akur dengan peraturan yang ada bagi memastikan kelancaran dan keselamatan kita semua dalam keadaan baik senantiasa.



07/03/2026
Hebahan Mengenai Sistem Sahsiah i-KARISMAAssalamualaikum w.b.t. dan salam hormat buat ibu bapa serta penjaga SKPA2 yang ...
02/03/2026

Hebahan Mengenai Sistem Sahsiah i-KARISMA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam hormat buat ibu bapa serta penjaga SKPA2 yang dikasihi.

Bagi memacu kecemerlangan adab dan disiplin murid, pihak sekolah memperkenalkan sebuah aplikasi yang dijenamakan sebagai i-KARISMA.

Sistem ini membantu guru dan ibu bapa memantau perkembangan disiplin serta sahsiah murid melalui rekod mata merit yang telus dan sistematik.

Besar harapan kami agar inisiatif ini dapat membantu anak-anak memahami nilai tanggungjawab dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk terus memberikan sokongan dan bimbingan berterusan agar mereka cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dari segi peribadi.

Bersama ini disertakan pautan aplikasi yang boleh diakses oleh ibu bapa pada bila-bila masa. Ibu bapa boleh log masuk menggunakan domain “murid” dan memasukkan nombor MyKid murid untuk akses.

https://bit.ly/i-karisma-skpa2-v2

Terima kasih atas segala jasa baik dan sokongan padu tuan/puan.

ADAB DIUTAMA, ILMU DIPERKAYA

Guru Besar
SK Puncak Alam 2

Waktu Pejabat SK Puncak Alam 2 ,Sepanjang Bulan Ramadhan 1447H/2026
19/02/2026

Waktu Pejabat SK Puncak Alam 2 ,
Sepanjang Bulan Ramadhan 1447H/2026

Permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 telah bermula dari 15 Februari hingga 31 Mac 2026.Permohonan ...
16/02/2026

Permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 telah bermula dari 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Permohonan boleh dibuat menerusi:
https://idme.moe.gov.my.

KPM turut membuka bilik gerakan bagi memantau perjalanan operasi pendaftaran dan memastikan kelancarannya.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pertanyaan atau menghadapi sebarang isu berkaitan pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2027, sila hubungi talian hotline 03-8884 3736 atau secara dalam talian di https://aduanmoeis.moe.gov.my.

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027Tarikh: 15 Februari - 31 Mac 2026📢 Tatacara Pengisian Maklumat Profil Murid Layak ...
16/02/2026

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2027

Tarikh: 15 Februari - 31 Mac 2026

📢 Tatacara Pengisian Maklumat Profil Murid Layak Memohon Kemasukan Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 📢

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan awal dengan melengkapkan pengisian maklumat profil murid bagi memastikan proses pendaftaran Tahun 1 sesi akademik 2027 dapat dilaksanakan dengan lancar.

📌 Soalan Lazim (FAQ) boleh diakses melalui imbasan kod QR atau pautan berikut:

https://shorturl.at/6jt2U

Tahun Ini, Tahun Kita






Panduan dan Ingatan kepada murid Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2       Unit Hal Ehwal MuridSK Puncak Alam 2 (SEPADU)
08/02/2026

Panduan dan Ingatan kepada murid Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2







Unit Hal Ehwal Murid
SK Puncak Alam 2 (SEPADU)

Address

Jalan Gugusan Alam 7/1, Seksyen 7
Bandar Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share