SMK Tinggi Batu Pahat

SMK Tinggi Batu Pahat Sekolah Aspirasi Johor
Bersama Melestarikan Kegemilangan

SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448Hاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍAlhamdulillah, ...
24/08/2026

SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan hari penuh cinta, Maulidur Rasul SAW.

Baginda bukan sekadar pemimpin, malah teladan terbaik dalam setiap sudut kehidupan. Rasulullah SAW sabar sebagai suami, tawaduk sebagai pemimpin, pengasih sebagai sahabat, dan hamba Allah yang paling taat walaupun sudah dijamin syurga.

Kisah lapar ditanggung dengan batu kerikil, kain ditarik kasar tanpa dibalas marah, hingga ibadah malam sehingga membengkakkan kaki Baginda, semuanya adalah bukti cinta Rasulullah kepada kita umatnya dan contoh tauladan yang terulung.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita menzahirkan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menghidupkan sunnah Baginda, menebarkan kasih sayang, dan meneladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada sebaik-baik teladan untuk kamu."

(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M.

Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammad.

Ikhlas daripada:
Tn Hj Ramlan Bin Pit
Pengetua
SMK TINGGI BATU PAHAT
Sekolah Aspirasi Johor.

Congratulation Johor!One of the debaters proudly representing Johor is our very own boy, Muhammad Harith Rizqi bin Mohd ...
14/08/2026

Congratulation Johor!

One of the debaters proudly representing Johor is our very own boy, Muhammad Harith Rizqi bin Mohd Azhar! 🔥👏

Fly high, Johor debaters! 🦅💙
Make Johor proud! Fly high, Rizqi! 💪🏽🏆🇲🇾

SELAMAT DATANG KE SMK TINGGI BATU PAHATDengan penuh sukacita, warga SMK Tinggi Batu Pahat mengalu-alukan kehadiran:Puan ...
11/08/2026

SELAMAT DATANG KE SMK TINGGI BATU PAHAT

Dengan penuh sukacita, warga SMK Tinggi Batu Pahat mengalu-alukan kehadiran:

Puan Siti Noremayu binti Ahmad Yunos
dari SMK (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat

dan

Puan Mazia binti Abu Samad
dari SMK Dato’ Syed Esa Batu Pahat

ke SMK Tinggi Batu Pahat sebagai Pembantu Makmal.

🌷 Kehadiran puan-puan amat dialu-alukan dan pastinya akan menjadi satu nilai tambah kepada warga sekolah dalam memperkukuh pengurusan serta pengoperasian makmal.

Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan dapat bersama-sama melestarikan kecemerlangan SMK Tinggi Batu Pahat serta memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.

"Bersama Melakar Kegemilangan"

Ikhlas daripada
Tn. Hj. Ramlan bin Pit
Pengetua SMK Tinggi Batu Pahat
Mewakili warga SMK Tinggi Batu Pahat.

07/08/2026

The gates are open..
We hope to see everyone..
Everyone is welcome to join us!



Lensa Latihan Kebakaran SMK Tinggi Batu Pahat Bil 1_Tahun 2026.Tarikh : 5 Ogos 2026Lokasi Berkumpul : Padang SMK Tinggi ...
06/08/2026

Lensa Latihan Kebakaran SMK Tinggi Batu Pahat Bil 1_Tahun 2026.

Tarikh : 5 Ogos 2026
Lokasi Berkumpul : Padang SMK Tinggi Batu Pahat.
Kelolaan : Unit HEM & Unit Kokurikulum SMK Tinggi Batu Pahat.

"Bersama Melestarikan Kegemilangan"


Malaysian Book of Records 🎉PERSEMBAHAN SILAT BATU PAHAT TERBESARJuara Penyertaan TerbanyakKategori Sekolah MenengahPerin...
02/08/2026

Malaysian Book of Records 🎉

PERSEMBAHAN SILAT BATU PAHAT TERBESAR

Juara Penyertaan Terbanyak
Kategori Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Johor

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!

JURUS SILAT BATU PAHAT
Tarikh : 1 OGOS 2026
Program : Sempena KARNIVAL 25 TAHUN PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT (MPBP)

Tahniah Pesilat HSBP!
Tahniah Jurulatih!
Tahniah Guru Pengiring!

Teruskan melangkah dengan penuh semangat, mengangkat martabat seni mempertahankan diri yang menjadi warisan bangsa. Semoga setiap langkah, setiap gerak, dan setiap keringat menjadi lambang disiplin, keberanian serta jati diri yang unggul.

Bangkit dan harumkan nama sekolah, dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas, Ayuh Legasi Pesilat HSBP! 🥋💪

"Bersama Melestarikan Kegemilangan"


Tahniah diucapkan kepada murid-murid HSBP yang telah mewakili Kelab Alam Sekitar dalam Pertandingan Quick Upcycling Inno...
02/08/2026

Tahniah diucapkan kepada murid-murid HSBP yang telah mewakili Kelab Alam Sekitar dalam Pertandingan Quick Upcycling Innovation anjuran SWM Environment.

Butiran pertandingan:
Program: Pertandingan Quick Upcycling Innovation
Penganjur: SWM Environment
Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat: Dataran Penggaram, Batu Pahat

Keputusan pertandingan:
🥈 Team Cengal – Tempat Kedua
🏅 Team Trio Botak – Tempat Kelima
🏅 Team Eco Savior – Tempat Keenamx

Tahniah Para Peserta!
Tahniah Guru Pembimbing!

"Bersama Melestarikan Kegemilangan"


LENSA RUGBY HSBP : NRDP NATIONAL 7s UNDER 18 2026Tahniah diucapkan kepada 2 pemain HSBP Rugby kerana terpilih mewakili p...
02/08/2026

LENSA RUGBY HSBP : NRDP NATIONAL 7s UNDER 18 2026

Tahniah diucapkan kepada 2 pemain HSBP Rugby kerana terpilih mewakili pasukan Johor dalam NRDP National 7s Under 18 2026, di UPM Serdang (25-26 Julai 2026). Pasukan Johor telah mendapat tempat ke-3 Cup. Tahniah !!

1. Muhammad Dhany Bin Jais Sarmi
2. Addy Kasim Bin Norizam

Tahniah Team Rugby HSBP!
Tahniah Player!
Tahniah Jurulatih!

"Bersama Melestarikan Kegemilangan"


Sorotan Malaysia Techlympics 2026 Zon Selatan Anjuran MOSTI22-23 July 2026TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!Penglibatan 56 Pelajar...
02/08/2026

Sorotan Malaysia Techlympics 2026 Zon Selatan

Anjuran MOSTI
22-23 July 2026

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!

Penglibatan
56 Pelajar Form 6
48 Pelajar Form 1-4

Pencapaian
Johan x3
Naib Johan x3
Tempat ke-3 x1
Tempat ke-5 x1

Johan Cabaran Cetakan 3D (Belia)
ENG KAH HUI – 6 USM
SONG MEI LER – 6 USM
GAN RUI SHEN – 6 USM

Johan Cabaran FC-1 Vibe AI (Remaja)
JASPER LEE HONG YAN – 3 GHR

Johan Cabaran Drone Vibe AI (Remaja)
EYU YONG QING – 3 GHR

Naib Jahan Innovathon (Belia)
LEE HONG – 6 SEJ
LIM YI ZHONG – 6 SEJ
CHEN RUI HENG – 6 SEJ
AYDAN CHUA JUN YANG – 6 SEJ

🥈Naib Johan Cabaran Cetakan 3D (Remaja)
CHUA HU SHEN – 4 CGL
LEONG SZE XUN – 4CGL
PEK RUI XUAN – 4 CGL
SOH POJIN – 4 CGL

🥈Naib Johan Cabaran FC-1 Vibe AI (Remaja)
CHEAH YEE HANG – 3 JTI

🥉Tempat ke-3 Cabaran FC-1 Vibe AI (Remaja)
NG XUEN WEI – 3 JTI

🏅Tempat ke-5 Ideavathon (Belia)
YEOH YAN XIN – 6 SEJ
TAN JIA QI LEVENA – 6 SEJ
MOK MIN HUI – 6 SEJ
TAN PEI JING – 6 SEJ

"Bersama Melestarikan Kegemilangan"


TAMURI SUPER 10s 2026Patah galah di tepi muara,Dibawa arus ke tengah kali;Menang kalah semangat juara,Semangat juang kek...
20/07/2026

TAMURI SUPER 10s 2026

Patah galah di tepi muara,
Dibawa arus ke tengah kali;
Menang kalah semangat juara,
Semangat juang kekal di hati.

HSBP U13 - NO 3 CUP
HSBP U14 - NO 4 CUP
HSBP U15 - NO 3 CUP

Every tournament is more than just a result—it is another chapter in our journey.

This weekend reminded us that victory is a privilege that keeps us humble and motivated, while defeat is the greatest teacher, revealing where we must improve. Both outcomes are essential in shaping a true champion. Championships are not defined solely by trophies, but by the character, resilience, and determination to rise stronger after every final whistle.

A heartfelt thank you to our incredible players for giving everything on the field, our dedicated coaches and managers for their tireless commitment, and our supportive parents—the backbone of this academy. Together, we continue to pursue our mission of developing stronger athletes, resilient individuals, and young people of outstanding character.

The lessons are learned. The work continues. And we will come back stronger. ⚡💚💛

Penyertaan dalam Kejohanan TAMURI SUPER 10s 2026 menjadi satu lagi medan berharga buat pasukan ragbi HSBP untuk menguji kemampuan, membina pengalaman serta memupuk semangat juang yang tinggi.

Setiap kemenangan merupakan satu amanah untuk terus merendah diri dan memperbaiki prestasi. Setiap kekalahan p**a adalah guru terbaik yang membuka ruang untuk kami menilai kelemahan, memperkemaskan strategi dan kembali dengan persediaan yang lebih rapi. Sesungguhnya, kejuaraan bukan sekadar diukur melalui trofi yang dimenangi, tetapi melalui nilai disiplin, ketabahan, kesatuan dan keazaman yang dibina sepanjang perjalanan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen dan semangat juang yang luar biasa di atas padang. Penghargaan juga kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan dan perkembangan pasukan ragbi HSBP.

Semoga pengalaman yang diperoleh daripada kejohanan ini menjadi pemangkin untuk terus mempertingkatkan prestasi pada masa hadapan. Perjuangan masih belum selesai. Kami akan terus berusaha melahirkan atlet yang cemerlang dari segi fizikal, mental dan sahsiah, selaras dengan aspirasi sekolah. 💚💛

Address

Jalan ZAHARAH
Bandar Penggaram
83000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tinggi Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Tinggi Batu Pahat:

Shortcuts

Share

Category