11/08/2026
🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu sempena Karnival Kokurikulum Peringkat Daerah Mukah Tahun 2026, Karnival e-Mansang Anak Sarawak Ke-7 (eMAS 7.0)
🎉 Pencapaian Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan
🥇 Johan: Marchisio Cavern Nereus
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Marchisio Cavern Nereus atas kejayaan meraih Johan dalam Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada guru pembimbing, Cikgu Jenny Wong atas bimbingan, usaha serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan dan pertandingan.
📖 Penyertaan Kategori Sekolah Rendah
👏 Awang Khalish Arsyad bin Awang Lukman
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Awang Khalish Arsyad bin Awang Lukman atas kesungguhan dan keberanian dalam menyertai pertandingan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada guru pembimbing, Cikgu Lim Chuen Kiok atas bimbingan, usaha serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan dan pertandingan.
Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru Panitia Bahasa Melayu yang telah terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam mengelolakan pertandingan ini bersama SK Kampung Teh Mukah. Kerjasama erat dan komitmen yang diberikan amat dihargai dalam memastikan pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
🌟 Semoga kejayaan dan pengalaman ini menjadi pemangkin kepada semua murid untuk terus berusaha, mengembangkan potensi diri dan mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! 👏🏆