Ma'ahad Tahfiz Darul Mustofa

Ma'ahad Tahfiz Darul Mustofa خير الناس أنفعهم للناس

26/05/2026
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:بَدَأَ الإِسْلَامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَ...
09/05/2026

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بَدَأَ الإِسْلَامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksudnya: “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.”

Riwayat Muslim (145)

05/05/2026

Fasa Akhir Konkrit Lantai Tapak Sukan & Dewan Terbuka MTDM.

Anggaran kos jumlah yang berbaki sebanyak RM8,900.

Pahalanya akan terus mengalir kepada para penyumbang walaupun kita telah tiada di dunia ini. Inilah antara peluang amal jariah yang tidak terputus.

Jazakumullahu khairan jaza’ atas segala keprihatinan dan kebaikan hati muslimin & muslimat.

FASA AKHIR SIMEN KONKRITRAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBINAAN TAPAK SUKAN & DEWAN TERBUKAالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMuslim...
05/05/2026

FASA AKHIR SIMEN KONKRIT
RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBINAAN TAPAK SUKAN & DEWAN TERBUKA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hasil sumbangan ikhlas para dermawan sebelum ini, beberapa kemudahan asas di Maahad Tahfiz Darul Mustofa telah berjaya disiapkan.

Walaubagaimanapun masih ada satu keperluan besar yang pihak kami sedang usahakan.

Anggaran kos jumlah yang berbaki sebanyak RM8,900.

Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah ini kelihatan besar. Namun jika ramai yang bersama membantu, insyaAllah ia akan menjadi ringan.

Pahalanya akan terus mengalir kepada para penyumbang walaupun kita telah tiada di dunia ini. Inilah antara peluang amal jariah yang tidak terputus.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun berikut:

Nama Akaun : Maahad Tahfiz Darul Mustofa
Bank : Bank Islam
No. Akaun : 0204 8010 0638 57

Tidak kira besar atau kecil sumbangan yang diberikan, semuanya amat bermakna bagi kami dan para pelajar yang bakal menuntut ilmu di sini.

Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan sebagai amal jariah, melapangkan rezeki para penyumbang, serta melipatgandakan ganjarannya di dunia dan di akhirat.

Jazakumullahu khairan jaza’ atas segala keprihatinan dan kebaikan hati muslimin & muslimat.

JAMUAN AIDILFITRI MTDM 2026Terima kasih yang berkongsi rezeki dan menjayakan majlis ini.𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐨𝐟𝐚Kg Su...
18/04/2026

JAMUAN AIDILFITRI MTDM 2026

Terima kasih yang berkongsi rezeki dan menjayakan majlis ini.

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐨𝐟𝐚
Kg Sungai Limau Mukim Pulai, 09100 Baling Kedah

𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐎𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!Rebut peluang beribadah di bulan penuh keberkatan 🤲"Maka dirikanlah solat kerana Tuha...
14/04/2026

𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐎𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!
Rebut peluang beribadah di bulan penuh keberkatan 🤲

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah."
(Surah Al-Kauthar: 2)

RM 378 Satu Bahagian
RM 2,646 Satu Ekor

Sebarang pertanyaan, Sila Hubungi :
👉 http://www.wasap.my/+60135442701/QurbanKemboja
👉 http://www.wasap.my/+60134822701/QurbanKemboja

Pembayaran terus ke akaun :
0204 8010 0638 57
MAAHAD TAHFIZ DARUL MUSTOFA

⚠️ Tempat TERHAD! Jangan tunggu saat akhir! Tempat adalah terhad setiap tahun. Semoga rezeki bertambah dan mengalir tanpa henti

SEBAIK-BAIK MANUSIA Rasulullah SAW bersabda:عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَ...
14/03/2026

SEBAIK-BAIK MANUSIA

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal".
(HR Bukhari : 11)

DOA MEMOHON KEAMPUNANBaca doa ini sebanyak mungkin di 10 malam terakhir Ramadan.اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْ...
10/03/2026

DOA MEMOHON KEAMPUNAN
Baca doa ini sebanyak mungkin di 10 malam terakhir Ramadan.

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni.

Maksudnya:
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat s**a akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐨𝐟𝐚
Kg Sungai Limau Mukim Pulai, 09100 Baling Kedah

Salam Nuzul Al-Quran 1447HMarilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam k...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H
Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐨𝐟𝐚
Kg Sungai Limau Mukim Pulai, 09100 Baling Kedah

TAJAAN INFAQ IHYA RAMADHAN DARUL MUSTOFABerita baik bagi mereka yang ingin mencari peluang melipat gandakan pahala amala...
18/02/2026

TAJAAN INFAQ IHYA RAMADHAN DARUL MUSTOFA

Berita baik bagi mereka yang ingin mencari peluang melipat gandakan pahala amalanya di bulan mulia Ramadan Al-Mubarak.

Maahad Tahfiz Darul Mustofa membuka peluang seluas-luasnya kepada yang ingin membuat tajaan untuk Ramadan kali ini.
Jom rebut peluang ini sementara masih dibuka.

📌RM550 Tajaan berbuka puasa dan sahur bagi 45 orang pelajar dan guru.

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :
013-482 2701 atau 013-482 2702

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐨𝐟𝐚
Kg Sungai Limau Mukim Pulai, 09100 Baling Kedah

Address

Maahad Tahfiz Darul Mustofa, , Kampung Limau, Mukim Pulai, , 09100 Baling
Baling
[email protected]

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134822701

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ma'ahad Tahfiz Darul Mustofa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ma'ahad Tahfiz Darul Mustofa:

Shortcuts

Share