10/05/2024
CnP.
Sempadan Tanah Haram Makkah.
Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidilharam dari segenap penjuru. Allah SWT menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah SWT semenjak dijadikan bumi sehinggalah ke hari kiamat.
Orang pertama yang dikatakan membuat tanda sempadan Tanah Haram ialah Nabi Ibrahim AS berpandukan petunjuk daripada Jibrail AS. Selepas pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah melantik Tamim bin Asad al-Khuzai RA agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram.
Selepas itu, khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa memperbaharui a'lam (tanda) Tanah Haram di setiap penjuru, di atas bukit dan tempat tinggi, begitu juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang dibuat telah mencecah sehingga 934 tanda, sebagaimana yang dicatat oleh Dr. Abdul Malik bin Abdullah bin Duhais dalam tesis PhDnya yang bertajuk 'Al-Haram al-Makki al-Syarif wa al-A'lam al- Muhithah bihi'.
Pembahuruan terakhir dilakukan pada tahun 1422H, pada zaman Khadimul Haramain al-Malik Fahd bin Abdul Aziz.
Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 km dan 300 meter persegi.
Anggaran jarak Masjidilharam dengan beberapa sempadan Tanah Haram :
1) Tan'im : 7.5 km.
2) Adhaat Libn : 16 km.
3) Al-Syara'i' : 16 km.
4) Hudaibiyyah : 22 km.
5) Jabal Arafat : 22 km.
Dipetik dari buku, Makkah Al Mukarramah : Kelebihan & Sejarah.