Kolej Komuniti Baling

Kolej Komuniti Baling Sebuah institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi peneraju institusi TVET yang unggul

Penafian:KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก-๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐——๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSeluruh warga Kolej Komuniti Baling ingin mengucapkan S...
06/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก-๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐——๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Seluruh warga Kolej Komuniti Baling ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Pengarah serta pensyarah yang bakal menjalani urusan validasi kenaikan pangkat tahun 2026. Semoga segala urusan pembentangan dan penilaian dipermudahkan serta membuahkan hasil yang cemerlang buat semua calon.

Setinggi-tinggi doa dan sokongan padu diiringkan buat anda semua. Semoga peroleh kecemerlangan dan menjadi inspirasi buat seluruh warga KK Baling

๐ŸชกJOM BELAJAR KENDALIKAN MESIN JAHIT INDUSTRI! ๐ŸชกJom jana pendapatan melalui kursus jahitan! Sertai Kursus Pendek Asas Men...
06/08/2026

๐ŸชกJOM BELAJAR KENDALIKAN MESIN JAHIT INDUSTRI! ๐Ÿชก

Jom jana pendapatan melalui kursus jahitan!
Sertai Kursus Pendek Asas Menggunakan Mesin Jahit Industri di Kolej Komuniti Baling bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM20 sahaja

๐Ÿ“š Apa yang anda akan pelajari?
โœ”๏ธ Pengenalan mesin jahit industri
โœ”๏ธ Teknik asas jahitan
โœ”๏ธ Menjahit lurus, lengkung & kelim
โœ”๏ธ Tips & trik menjahit dengan betul

๐ŸŽฏ Tempat adalah TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk menambah kemahiran yang boleh dijadikan hobi, kegunaan sendiri atau menjana pendapatan.

๐Ÿ‘‰ Daftar segera di sini: https://forms.gle/F6pvpCTpgQtxe9Yi8

PERTANDINGAN POLYCCSKILLS 2026 โ€“ BIDANG FASHION TECHNOLOGYAlhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan POLYCCSkills 202...
05/08/2026

PERTANDINGAN POLYCCSKILLS 2026 โ€“ BIDANG FASHION TECHNOLOGY

Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan POLYCCSkills 2026 bagi bidang Fashion Technology yang bertempat di Kolej Komuniti Rembau.

Kolej Komuniti Baling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Rembau pengelola tempat pertandingan bagi bidang Fashion Technology , Ketua Juru Latih, barisan juri serta seluruh urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini dengan penuh profesionalisme dan dedikasi.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga turut dizahirkan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Baling, khususnya Encik Azhar bin Kamardin, Pengarah Kolej Komuniti Baling, atas kepercayaan dan kebenaran yang diberikan kepada kontinjen KKBK untuk menyertai pertandingan ini.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Puan Izyanty binti Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik),Puan Siti Salbiah binti Saidin, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Puan Zarifah binti Mohd Khari,Pegawai Pembangunan Pelajar.

Terima kasih atas sokongan, dorongan dan komitmen yang diberikan sepanjang persediaan sehingga tamat pertandingan.

Kontinjen Kolej Komuniti Baling :
๐Ÿ”น Penyelaras POLYCCSkills :
- Puan Roslinda binti Ramli
๐Ÿ”น Juru Latih :
- Puan Nur Izzah binti Abdul Kadir
- Puan Nadia Nafisa binti Abdul Wahab

๐Ÿ”นPeserta pertandingan :
- Shamimi binti Shahli

๐Ÿ”น Runner :
- Nur Syafiqah Najwa binti Samsudin

Kini, seluruh kontinjen menantikan dengan penuh debaran pengumuman keputusan rasmi yang akan diumumkan sempena Majlis Penutupan POLYCCSkills 2026 bagi semua bidang yang akan berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Semoga segala usaha, pengorbanan, latihan dan doa yang telah dipanjatkan membuahkan hasil yang membanggakan. Walau apa jua keputusan yang bakal diumumkan, pengalaman, semangat kesukanan, nilai profesionalisme serta kerjasama yang dipamerkan sepanjang pertandingan merupakan satu pencapaian yang amat bermakna.

Seluruh warga Kolej Komuniti Baling mendoakan agar kontinjen Fashion Technology diberikan kejayaan yang terbaik dan terus mengharumkan nama institusi di pentas POLYCCSkills 2026.

"Berusaha dengan penuh dedikasi, bertanding dengan penuh integriti, dan melakar kejayaan demi institusi."








๐ŸŽ“โœจ SEKALUNG TAHNIAH GRADUAN KKBK! ISTIADAT KONVOKESYEN POLYCC ZON UTARA 2026 โœจ๐ŸŽ“Istiadat Konvokesyen Politeknik dan Kolej...
04/08/2026

๐ŸŽ“โœจ SEKALUNG TAHNIAH GRADUAN KKBK! ISTIADAT KONVOKESYEN POLYCC ZON UTARA 2026 โœจ๐ŸŽ“

Istiadat Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Utara 2026 bagi Sidang 3 dan 4 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada hari ini, 4 Ogos 2026.

Dalam majlis yang gilang-gemilang bagi Sidang 3, seramai 903 orang graduan dari 9 buah Kolej Komuniti di seluruh Negeri Kedah telah diraikan. KK Baling amat berbangga kerana 73 orang graduan daripada jumlah tersebut merupakan graduan kebanggaan Kolej Komuniti Baling

Momen ini menjadi lebih bermakna dan membanggakan apabila KKBK turut merangkul Anugerah Ketua Pengarah Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:
Saudari Fatrun Nada Binti Abdullah
Graduan Sijil Pastri

Tahniah diucapkan kepada semua graduan KKBK atas penat lelah dan kejayaan yang dicapai!

Semoga ilmu dan kemahiran TVET yang diperoleh menjadi pemangkin untuk anda terus cemerlang di alam kerjaya, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Terus cemerlang bersama KKBaling

MAJLIS FLAG-OFF PASUKAN Kolej Komuniti Baling  KE PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLYCCSKILLS 2026Selamat berjuang buat kontinje...
03/08/2026

MAJLIS FLAG-OFF PASUKAN Kolej Komuniti Baling KE PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLYCCSKILLS 2026

Selamat berjuang buat kontinjen Kolej Komuniti Baling bagi kategori Fashion Technology & Patisserie and Confectionery di Pertandingan Kemahiran PolyCCSkills 2026.

Majlis ini telah disempurnakan oleh pihak pengurusan kolej sebagai tanda sokongan padu dan dorongan semangat buat para peserta serta pensyarah pengiring.

Terima kasih kepada para pensyarah pembimbing atas usaha gigih melatih para pelajar.

Seluruh warga KKBK mendoakan agar urusan perjalanan dan pertandingan dipermudahkan.
Buat yang terbaik dan harumkan nama KK Baling!

๐Ÿ’ช๐Ÿปโœจ๐Ÿ†





๐Ÿฅ– BAU ROTI FRESH DARI KETUHAR KOLEJ KOMUNITI BALING! ๐ŸŒพAlhamdulillah, pada 1 Ogos 2026 telah berlangsung Kursus Pendek So...
02/08/2026

๐Ÿฅ– BAU ROTI FRESH DARI KETUHAR KOLEJ KOMUNITI BALING! ๐ŸŒพ

Alhamdulillah, pada 1 Ogos 2026 telah berlangsung Kursus Pendek Sourdough bertempat di Kolej Komuniti Baling dengan penyertaan seramai 21 orang peserta yang sangat bersemangat! ๐Ÿ”ฅ

Tahukah anda? Sourdough bukan sekadar roti biasa! Ia dihasilkan melalui proses penapaian semula jadi menggunakan starter (yis liar dan bakteria baik) tanpa sebarang yis komersial atau bahan pengawet.
Sebab itulah sourdough mempunyai nilai kesihatan dan nilai pasaran yang sangat tinggi hari ini:

๐Ÿ’š Mesra Pencernaan & Kesihatan: Proses penapaian yang lama memecahkan sebahagian gluten dan asid fitik, menjadikannya jauh lebih mudah dicerna, mesra usus (sumber probiotik), serta mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah.

๐Ÿ’ฐ Potensi Pasaran Premium: Kesedaran tentang gaya hidup sihat telah meningkatkan permintaan terhadap roti artisan. Sourdough mempunyai nilai jualan yang tinggi dan merupakan peluang perniagaan (home baker) yang sangat menjanjikan!

Dalam kursus ini, para peserta bukan sahaja mempelajari rahsia penjagaan starter, malah berjaya menghasilkan 2 jenis roti sourdough istimewa:

๐ŸŒถ๏ธ๐Ÿง€ Jalapeรฑo Cheddar Sourdough
๐ŸŒพ๐Ÿž Wholemeal Country Bread

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta! Semoga ilmu dan kemahiran yang ditimba dapat dimanfaatkan, sama ada untuk hidangan keluarga yang sihat mahupun sebagai langkah awal untuk memulakan perniagaan.

Jumpa lagi di kursus-kursus pendek KK Baling yang akan datang! โœจ

[ 3 HARI LAGI ]ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA 2026๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ...
31/07/2026

[ 3 HARI LAGI ]

ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA 2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐™๐จ๐ง ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bakal berlangsung 8 hari lagi.

๐Ÿ“… Tarikh: 3 - 9 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis



๐Ÿ“ PROGRAM JELAJAH INISIATIF YAYASAN LTAT & TAKLIMAT PROGRAM KEMAHIRAN KELUARGA TENTERA (KยฒT)๐Ÿ“… 28 Julai 2026๐Ÿ“Œ Kem Lapanga...
29/07/2026

๐Ÿ“ PROGRAM JELAJAH INISIATIF YAYASAN LTAT & TAKLIMAT PROGRAM KEMAHIRAN KELUARGA TENTERA (KยฒT)
๐Ÿ“… 28 Julai 2026
๐Ÿ“Œ Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani

Kolej Komuniti Baling telah menyertai Program Jelajah Inisiatif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dan Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) yang dianjurkan oleh Yayasan LTAT dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Sepanjang program berlangsung, Kolej Komuniti Baling turut membuka booth pameran dan promosi bagi memperkenalkan pelbagai kursus pendek di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) serta keluarga mereka.
Melalui booth pameran ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung mengenai kursus-kursus kemahiran, syarat penyertaan, tempoh latihan serta peluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui program-program yang disediakan oleh Kolej Komuniti Baling.
Semoga penyertaan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya warga ATM dan keluarga, terhadap peluang pembelajaran sepanjang hayat serta memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Kolej Komuniti Baling, JPPKK dan Yayasan LTAT dalam memperkasakan pembangunan modal insan.

Tahniah kepada Kolej Komuniti Baling atas kejayaan meraih Pingat Emas (Gold Award) dan Johan Keseluruhan Kategori Perdag...
29/07/2026

Tahniah kepada Kolej Komuniti Baling atas kejayaan meraih Pingat Emas (Gold Award) dan Johan Keseluruhan Kategori Perdagangan, Hospitaliti, Seni & Reka Bentuk dalam PERISA 2026. ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†
PERISA 2026 menghimpunkan 118 penyertaan inovasi melibatkan 363 peserta dari seluruh negara. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Kejayaan ini menerusi inovasi Diversity 4R: Pembaris Multifungsi dalam Penghasilan Pola Pakaian oleh pasukan Pensyarah Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Baling:

Mohd Rafie Bin Mohamad Nor
Roslinda Binti Ramli
Sharina Binti Soid

Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Kolej Komuniti Baling serta semua yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang pembangunan inovasi ini.
Tahniah buat seluruh warga Kolej Komuniti Baling! ๐Ÿ’™๐Ÿซถ๐Ÿป

Tahniah dan Syabas! ๐Ÿ’โœจโ€‹Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Cik Nuraini binti Othman (KPro Pastri) di atas ke...
29/07/2026

Tahniah dan Syabas! ๐Ÿ’โœจ

โ€‹Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Cik Nuraini binti Othman (KPro Pastri) di atas kejayaan menyempurnakan Program Sangkutan Industri Pensyarah di HA RIZ Sdn Bhd.

โ€‹Sepanjang tempoh sangkutan ini, komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan amat membanggakan. Semoga segala ilmu, kemahiran, dan pengalaman praktikal yang diperoleh daripada warga HA RIZ Sdn Bhd dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasakan lagi bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P) para pelajar khususnya dalam bidang Foodservice Hygiene and Sanitation.

โ€‹Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga kerja HA RIZ Sdn Bhd atas kerjasama, bimbingan, serta peluang yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

โ€‹Semoga jalinan kerjasama strategik antara pihak akademik dan industri ini terus berkekalan demi melahirkan modal insan yang berkualiti!

โ€‹

Address

Kota Baling Jaya, Batu 42, Pekan Pulai
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044708768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share