MID ( MEMALI )

MID ( MEMALI ) Madrasah Islahiah Diniah adalah sebuah sekolah yang diasaskan oleh as-Syahid Ibrahim Libya di Kg. Memali, Baling.

10/10/2025

Assalamualaikum nak maklum keadaan ustazah hamiah ( kg tok kepak ) bekas pengajar Madrasah Islahiah Diniah Memali .
Saya anak saudara dia. Boleh warkan kepada anak murid dia atau yg kenal dia keadaan ustazah la x berapa ok dan stabil setelah disahkan menghidapi kanser darah.
Doktor pun dah sahkan tiada lagi rawatan kimoterapi untuk dia dengan keadaan dia yg teruk cuma lepas ni hanya buat rawatan tambah darah sahaja sampai akhir hayat.
Gambr ni keadaan sebelum keluar wad hari tu lani ustazah dah ada di rumah.
Kalau nak mai ziarah boleh hubungi ustazah 01138554613 ataupun saya anak saudara dia taufik 0134126697

03/07/2024

Yang selalu guna cukup rasa Maggi atau Knorr tu, dah boleh start slow-slow tukar ke Ramly. Ramly ni tak pernah menghampakan, seratus peratus puas hati!👍Tapi ya Allah, susahnya nak dapat! Tak tahulah kenapa Speedmart ke Lotus tak pernah nampak jual.

Jadi, cam biasa pilih yg mana s**a tekan je blh terus beli👇🏻
🧡Shopee: https://s.shopee.com.my/7AIrUFW1JB
💜Lazada: https://s.lazada.com.my/s.9L0AP?cc

Salam Takziah kepada Ust Nasri Ramlee, bekas pelajar Madrasah Islahiwh Diniah Kg. Memali, beliau terkenal suatu masa dul...
21/01/2024

Salam Takziah kepada Ust Nasri Ramlee, bekas pelajar Madrasah Islahiwh Diniah Kg. Memali, beliau terkenal suatu masa dulu sebagai ketua kumpulan Nasyid Memali pada tahun 1990an.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruh beliau.

23/11/2023

COLDPLAY, YOU DID IT BRO!

Ketika anda menggelarkan himpunan munajat dan solat hajat rakyat Kelantan di Stadium dalam isu mempertahan enakmen Syariah yang dicabar di Mahkamah sebagai penunggang agama, anda memberikan talian hayat kepada penganjuran Konsert Coldplay di Stadium yang ditegur agamawan dengan justifikasi turut menyokong Palestin. Semudah dan sesenang itu sifir anda melakukan pembodohan atas darat.

Ketika anda melalui tangan-tangan pentadbiran membatalkan ceramah dan kuliah agama dengan sekatan yang tidak semenggah, anda mengumpan janji membenarkan konsert Coldplay dengan helah merujuk m***i. Namun melalui tangan-tangan kotor anda menjamah m***i sekadar secubit lalu menganggap pandangan itu sebagai debu di angin lalu.

Anda ambil apa yang anda mahu sekalipun mendatangkan rosak pada rakyat. Anda tolak apa yang tidak sebulu nafsu disebabkam dendam politik kepartian walau rakyat dahagakan tarbiah ulama. Hakikatnya anda adalah perosak.

Anda diamkan maksiat dan anda tolak pandangan ulama. Anda selangkan konsert dengan munajat atas menunjuk kata anda adalah terbuka, boleh belaka. Anda boleh berubah wajah sekelip mata bagaikan sesumpah.

Anda campurkan madu dan racun dalam satu bekas, lalu anda paksa rakyat telan. Sedang anda tahu sekalipun madu itu berkhasiat tapi racun itu membinasa.

Coldplay, you did it again and again bro.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

8 Jamadil Awal 1445H / 22 November 2023.

23/11/2023

1. Dato Seri Ahmad Said bertanding sebagai ahli Parlimen ketika menjawat sebagai ADUN Kijal namun kalah dengan alasan hanya calo...

13/08/2021

Pagi ini kami mendapat satu lagi khabaran duka dengan berita kematian ustaz Mat JukiHjj Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 lebih kurang sebentar tadi di rumah beliau di kg memali. Beliau mengalami sakit kencing manis sejak aekian lama. Berkhidmat sebagai mudir Madrasah Islahiah Diniah sejak tahun 1986 aehingga tahun 2015 , berhenti ketana sakit. Sebelum itu beliau berkhidmat di madrasah Al Masriyah ,Bukit Mertajan.

Beliau pernah belajar di Karachi, Pakistan dan boleh berbahasa Utdu.

Pernah bertnading calon PAS DUN Bayu pada tahun 1995 , tapi kalah. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling pada tahun 1980 an Isteri beliau Al Marhumah Ustazah Che Tah Bakar adalah Bekas Ketua Muslimat PAS Kawasan Baling meninggal dunia pada tahun 2013 ketika masih memegang jawatan Ketua Muslimat PAS Baling.

Beliau seorang yang tenang dan mudah berbicara. Dengan pemergiannya PAS Memali dan PAS Baling kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada pendidikan dan perjuangan , sanggup herkorban seluruh usianya untuk perjuangan Islam.

Kami warga Memali amat sedih dengan pemergian ini. Semoga Allah merahmati ruhnya dan ditempatkan dikalangan oara syuhada dan solohin.

AL Fatihah.

14/11/2019
Insya Allah 19 Nov ni akan diadakan majlis memperingati Memali . Kalau adik kakak nak mai akan lihat perubahan baru. Pin...
26/10/2019

Insya Allah 19 Nov ni akan diadakan majlis memperingati Memali . Kalau adik kakak nak mai akan lihat perubahan baru. Pintu gerbang Memali versi baru sedang dipasang.

Address

Madrasah Islahiah Diniah, Kg Memali
Baling
09100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MID ( MEMALI ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category