Pelajar yayasan khairiah

Pelajar yayasan khairiah [INI BUKAN PAGE RASMI SEKOLAH] page ini khas utk para pelajar & alumni YK. smua bleh mngongsi pndpat

16/03/2026

Assalamualaikum semua waris pelajar asrama YK.

Untuk makluman semua, pelajar asrama YK dibenarkan untuk pulang ke kampung pada hari Selasa 17/3/2026 selepas waktu sekolah.

Dan akan bercuti sehingga hari Ahad 29/3/2026 sebelum jam 5.59 petang.

Selamat hari raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua para waris, anak2 pelajar & semua muslimin muslimat yang mengenali SMA Yayasan Khairiah.

Jangan lupa bawa mai duit raya untuk murobbi murobbiah. Takdak duit raya, tak boleh balik cuti.๐Ÿ˜

Sekian makluman, sebarkan.

01/03/2026

Assalamualaikum semua waris pelajar asrama YK.

Untuk makluman semua, pelajar asrama YK dibenarkan untuk pulang ke kampung pada hari Khamis 5/3/2026 selepas waktu sekolah.

Dan akan bercuti sehingga hari Sabtu 7/3/2026 sebelum jam 5.59 petang.

Jangan lajak cuti taw, Ahad 8/3 kita dah mula periksa penggal pertama.

Sekian makluman. Sebarkan

11/02/2026

Assalamualaikum semua waris pelajar asrama YK..

Untuk makluman semua, pelajar asrama YK dibenarkan untuk pulang ke kampung pada 12 Februari 2026 selepas waktu sekolah.

Dan akan bercuti sehingga hari Sabtu 21 Februari 2026 sebelum jam 5.59 petang.

Sekian makluman. Sebarkan

Assalamualaikum semua alumni YK, guru2 YK, waris YK dan semua orang yang mengenali YK.Untuk makluman semua, alumni YK 20...
04/02/2026

Assalamualaikum semua alumni YK, guru2 YK, waris YK dan semua orang yang mengenali YK.

Untuk makluman semua, alumni YK 2015-2020 iaitu Muhammad Azfar bin Md Sabri telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum Maghrib tadi.

Azfar meninggal dunia di tempat kejadian.

Azfar merupakan atlit bola sepak sekolah kita masa dia belajar di sini dulu. Orang panggil dia ni main bola tak guna jantung. Takdak rasa penat.

2018 & 2019 Azfar dan kawan2 geng bola telah naikkan semula nama sekolah kita, depa dapat nombor 3 di peringkat negeri.

Seorang pelajar yang ramah dengan murobbi2 dan guru2 dan rajin senyum.

Sama-sama kita doakan semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Hampir setiap tahun YK akan catat nama..Sama ada melalui keputusan peperiksaan ataupun acara sukan ataupun acara persemb...
27/01/2026

Hampir setiap tahun YK akan catat nama..

Sama ada melalui keputusan peperiksaan ataupun acara sukan ataupun acara persembahan atas pentas.

Yayasan Khairiah menjadi medan untuk tunjukkan bakat. Maw dengan tak maw ja.

Sapa2 yang maw & dia usaha ke arah tu, InsyaAllah dia akan berjaya di sini.

Jangan tunggu lagi.

Ajak semua orang yang kita kenal, mengaji di Yayasan Khairiah ramai2.

Baru minggu ke-3 sesi 2026, sempat lagi untuk sapa2 nak buat keputusan untuk masuk mengaji di sini.

Assalamualaikum semua.Ada berita gembira dari bumi YK hari ini.Pada hari ini, pihak sekolah yang diketuai oleh Ustaz Kha...
26/01/2026

Assalamualaikum semua.

Ada berita gembira dari bumi YK hari ini.

Pada hari ini, pihak sekolah yang diketuai oleh Ustaz Khairul Ashraf (PK Hal Ehwal Akademik) sekolah kita, dijemput hadir ke MESYUARAT PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) bagi pelajar tingkatan 4 sesi 2025 di Albukhary International University (AIU), Alor Setar.

Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Ada 11 orang pelajar kita yang dapat keputusan MUMTAZ (Cemerlang).

Daripada 11 orang tu, 1 orang dapat MUMTAZ SUFI. Atau kalau mudah nak faham, semua subjek yang dia jawab tu, dapat markah cemerlang semuanya.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

InsyaAllah pada esok pagi, pihak sekolah akan buat majlis pengumuman keputusan SMA di Dewan Tuan Guru Haji Yahya.

Para waris calon SMA sesi 2025 dijemput hadir beramai-ramai.

Sekian makluman. Sebarkan.
Di kesempatan ini, saya nak ajak semua orang. Jom sama-sama kita promote SMA Yayasan Khairiah kepada semua orang.

Kita pakat ajak kenalan kita mai masuk mengaji di Yayasan Khairiah.

Kepada pelajar tingkatan 1 sesi 2026 yang masih lagi tercari sekolah mana nak sambung belajar. Jom kita pakat mai mengaji di Yayasan Khairiah.

20/01/2026

LIGA ALUMNI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KEDAH & PERLIS
๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐Ÿฑ)

โœ… ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป (๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€)

1.Yayasan Khairiyah
2.Maktab Mahmud
3.Matri
4.Al-Maad
5.Al-Khairiah Pedu
6.Islah Pendang
7.Nahdzah Bukit Besar
8.Melele
9.Ahmadiah
10.Alawiyah Arau
11.SMTD Kulim
12.SMK Agama Kedah
13. MTKH Taufiqiah (Batu 16)

โœ… ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป (๐Ÿฐ๐Ÿฒ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€)

1.Yayasan Khairiyah
2.Maktab Mahmud
3.Ahmadiah
4.Alawiyah Arau

Pakat tunggu naa , nanti selepas undian dibuat kita buat pengumuman naa...

Like ๐Ÿ‘๐Ÿฝ Follow โค๏ธ Dan Share ๐Ÿ”ƒ ya !!!!!

10/01/2026
04/01/2026

Assalamualaikum semua..

Tawaran kemasukan pelajar baharu SMA Yayasan Khairiah sesi 2026 masih lagi dibuka.

Bagi pelajar yang berminat nak masuk belajar di Yayasan Khairiah, anda boleh hadir temuduga pada :

๐Ÿ‘‰๐ŸปSetiap hari Ahad-Khamis
๐Ÿ‘‰๐ŸปJam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sila bawa bersama :

๐Ÿ‘‰๐ŸปAlat tulis dan salinan kad pengenalan pelajar
Sekian makluman. Sebarkan

Address

Sek Men Agama (arab) Yayasan Khairiah
Baling
09200

Telephone

04-4766934

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pelajar yayasan khairiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category