Sma Diniah Islamiah - SMADI

Sma Diniah Islamiah - SMADI Official SEKOLAH MENENGAH AGAMA DINIAH ISLAMIAH KUPANG page

17/04/2026

Sekitar Sambutan Aidilfitri SMADI tahun 2026

17/04/2026
17/04/2026

Penyampaian Keputusan SPM. Tahniah semua

Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat ZonTahun 2026Di Sek Men Al-Islah, Sg PetaniAcara 1, 16 April 2026
16/04/2026

Majlis Ihtifal Ilmi Peringkat Zon
Tahun 2026
Di Sek Men Al-Islah, Sg Petani
Acara 1, 16 April 2026

Assalamualaikum warga Kupang dan kawasan sekitar 😊Bubur lambuk 2.0Bersempena kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan, p...
13/03/2026

Assalamualaikum warga Kupang dan kawasan sekitar 😊

Bubur lambuk 2.0

Bersempena kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak Sekolah Agama Diniah Islamiah bersama Alumni menjemput semua masyarakat untuk hadir memeriahkan Edaran Bubur Lambuk *Percuma.*

Jom singgah sekejap bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Datang bawa senyuman, insyaAllah pulang dengan rezeki dan keberkatan yang dikongsi bersama 🤲

🗓 Sabtu | 14 March 2026
🕔 5.30 Petang
📍 Hadapan Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah, Kupang

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab mengeratkan silaturrahim dan menyemai semangat berkongsi dalam komuniti kita.

Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri.

Jumpa nanti ya! ✨

03/03/2026

Bakat diasah, diniah bermaruah.

Assalamualaikum warga Kupang dan kawasan sekitar 😊Bersempena kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak Sekolah Aga...
27/02/2026

Assalamualaikum warga Kupang dan kawasan sekitar 😊

Bersempena kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak Sekolah Agama Diniah Islamiah bersama Alumni menjemput semua masyarakat untuk hadir memeriahkan Edaran Bubur Lambuk Percuma.

Jom singgah sekejap bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Datang bawa senyuman, insyaAllah pulang dengan rezeki dan keberkatan yang dikongsi bersama 🤲

🗓 Sabtu | 28 Februari 2026
🕔 5.00 Petang
📍 Hadapan Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah, Kupang

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab mengeratkan silaturrahim dan menyemai semangat berkongsi dalam komuniti kita.

Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri.

Jumpa nanti ya! ✨

25/02/2026

🌙 RAMADAN INI… BIAR TANAH JADI SAKSI AMAL KITA

Jom bantu sekolah kami.

Sekolah Agama Diniah Islamiah (SMADI) Pekan Kupang sedang mengumpul dana wakaf pembelian tanah untuk pembangunan dan kemudahan pelajar.

Dalam bulan penuh pahala ini…
sedikit dari kita, besar maknanya untuk masa depan anak-anak.

💚 RM30 sahaja untuk 1 kaki persegi.
Tanah seluas 40,000 kaki persegi ini bakal menjadi saksi amal jariah tuan puan — insyaAllah mengalir pahalanya berpanjangan.

Moga setiap ringgit yang diberi, Allah gandakan rezeki dan jadikan pelindung kita di akhirat kelak. Aamiin.

👉 Jangan tunggu esok. Wakaf hari ini.
Klik link di bawah sekarang:

🔗 https://smadikupang.org/

Sebarang pertanyaan:
📞 011-2952 7973 (Pengerusi)
📞 019-552 8287 (Bendahari)
📞 019-473 9011 (Pengetua)

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙Ramadan hadir sebagai madrasah jiwa mendidik kesabaran, menguatkan disiplin dan menyub...
18/02/2026

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙

Ramadan hadir sebagai madrasah jiwa mendidik kesabaran, menguatkan disiplin dan menyuburkan taqwa dalam setiap langkah kehidupan kita.

Marilah kita rebut peluang di bulan penuh keberkatan ini untuk memperbanyakkan amal dan menyemai pahala yang berpanjangan.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik kebersamaan kita dalam menjayakan usaha Waqaf Tanah Sekolah satu sumbangan yang bukan sekadar membantu hari ini, tetapi menjadi saham akhirat yang berterusan buat generasi akan datang.

Klik untuk menyumbang
https://smadikupang.org/

10/02/2026

🏃‍♀️🏅 HARI SUKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA DINIAH ISLAMIAH 2025 🏅🏃‍♂️

HARI: ISNIN/SELASA/RABU
TARIKH:9/10/11 FEB 2026
TEMPAT: SMA DINIAH ISLAMIAH, PEKAN KUPANG

Alhamdulillah! Hari pertama Sukan Sekolah tahun ini telah berlangsung dengan penuh semangat, sorakan dan warna-warni! 🎉

Dari larian pecut hingga acara tarik tali, para pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, kerjasama pasukan yang hebat, dan semangat juang yang membanggakan! 💪🔥

Tahniah kepada semua peserta, pemenang, guru-guru, ibu bapa, dan warga sekolah yang menjayakan acara ini. 🫶

Kita bukan sekadar bersukan, tapi juga membina perpaduan, disiplin dan kekuatan mental. Inilah semangat sukan yang sebenar!

Jom wakaf pembelian tanah bersebelahan sekolah
https://smadikupang.org/

📸 Saksikan higlight penuh aksi dan momen indah di sini



LIKE🔥COMMENT🔥SHARE

Ikuti perkembangan kami dihalaman berikut👇🏻
Facebook: Sma Diniah Islamiah-SMADI
Instagram:

YouTube: SMA DINIAH ISLAMIAH ::SMADI::
Supported by: Crew Brothers Hostel

16/01/2026

PERJALANAN AGUNG, HADIAH TERINDAH DARI SIDRATUL MUNTAHA 🕌✨

​"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya..."
(Surah Al-Isra’: 1)

​Hari ini, 27 Rejab 1447H, kita menelusuri kembali satu peristiwa mukjizat yang tidak terjangkau oleh logik akal semata-mata, namun diimani sepenuhnya dengan hati—peristiwa Israk dan Mikraj.

​Di saat Baginda Nabi Muhammad S.A.W diuji dengan kesedihan yang mendalam (Tahun Dukacita), Allah SWT menjemput Kekasih-Nya untuk satu perjalanan istimewa. Bukan sekadar perjalanan fizikal dari Makkah ke Palestin, dan seterusnya menembusi tujuh lapisan langit, tetapi satu perjalanan rohani yang membawa pulang "hadiah" paling berharga buat kita semua.

​🎁 Hadiah Itu Adalah Solat 5 Waktu.

​Jika Nabi diangkat ke langit untuk bertemu Allah (Mikraj), maka solat itulah "Mikraj" bagi kita orang beriman. Solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Pencipta, lima kali sehari, tanpa perantara.
​Sempena hari yang penuh barakah ini, marilah kita warga SMADI para guru, pelajar, ibu bapa, dan alumni kita bermuhasabah kembali:

✅ Bagaimana kualiti solat kita?
✅ Adakah solat kita mencegah kita dari perkara mungkar?
✅ Sudahkah kita didik anak-anak kita mencintai sejadah?

​Semoga penghayatan Israk Mikraj kali ini bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi menjadi titik tolak untuk kita memperbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

​Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat, dan masukkanlah kami serta keturunan kami ke dalam syurga-Mu.

​Salam Israk Mikraj 1447H.
​Ikhlas daripada:
Pengetua & Seluruh Warga Pendidik.

Sumbangan wakaf pembangunan sekolah:
🔗 https://smadiniahkupang.my.canva.site/

​Jangan lupa LIKE, COMMENT & SHARE tanda sokongan hampa! 👇🏻

​Ikuti kami di:
FB : Sma Diniah Islamiah - SMADI
IG :
TT :
YT : SMA DINIAH ISLAMIAH ::SMADI::

Address

SMA DINIAH ISLAMIAH PEKAN KUPANG BALING
Baling
09200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6044766067

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sma Diniah Islamiah - SMADI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sma Diniah Islamiah - SMADI:

Shortcuts

Share

Category