27/08/2026
🌙 MAJLIS RESTU ILMU, BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT CALON-CALON SPM & UPKK SERTA PROGRAM JAYA WARIS 2026 🌙
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Restu Ilmu, Bacaan Yasin & Solat Hajat Calon-calon SPM dan UPKK serta Program Jaya Waris 2026 pada 27 Ogos 2026 bertempat di Sekolah Model Khas Baling.
Majlis ini menjadi wadah untuk memohon keberkatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan membuahkan kejayaan yang cemerlang. 🤲📚
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa/waris serta semua pihak yang telah bersama-sama memberikan sokongan dan doa buat anak-anak.
🌟 Buat semua calon SPM dan UPKK, teruskan berusaha, kekal fokus dan yakin pada diri sendiri.
💚 Usaha, doa dan tawakal adalah kunci kejayaan.
Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kesihatan yang baik, dipermudahkan menjawab setiap soalan serta memperoleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Selamat maju jaya buat semua calon SPM & UPKK 2026!
✨ Menyerlah Potensi Insan ✨