Pejabat Pendidikan Daerah Baling

Pejabat Pendidikan Daerah Baling Bangkit Baling Bangkit

Tahniah Pasukan PBB SR Lelaki SK Binjul layak ke Pusingan Akhir Top 5 Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan yang ...
24/08/2026

Tahniah Pasukan PBB SR Lelaki SK Binjul layak ke Pusingan Akhir Top 5 Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung pada 26-27 September 226 di Johor Darul Takzim

Tahniah....

Setinggi-tinggi Tahniah YB Datuk Seri Fadhlina Sidek Warga Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Baling merafakkan seting...
24/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah YB Datuk Seri Fadhlina Sidek

Warga Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Baling merafakkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan penuh sukacita kepada YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penganugerahan tersebut disempurnakan sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2026.

Sesungguhnya, pengurniaan ini merupakan pengiktirafan atas jasa, kepimpinan dan sumbangan besar YB Datuk Seri dalam memperkasa pendidikan negara serta menerajui agenda transformasi pendidikan demi masa depan generasi Malaysia.

Semoga penganugerahan ini menjadi suntikan semangat untuk terus meneraju reformasi pendidikan, membentuk Generasi MADANI serta memperkukuh kecemerlangan pendidikan negara.

Sekalung tahniah dan syabas, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek! πŸŒΉπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada
WARGA PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING






Tahniah diucapkan kepada murid-murid SMK Baling (batch pertama) yang menduduki Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa tahu...
20/08/2026

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SMK Baling (batch pertama) yang menduduki Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa tahun ini atas keputusan 100% lulus dan 2 orang murid mencapai gred A

Syabas πŸ‘πŸ‘πŸ‘

LAWATAN KERJA SEKRETARIAT PUSAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) MUSLEH KE PPD BALINGPejabat Pendidikan Daerah Baling telah me...
19/08/2026

LAWATAN KERJA SEKRETARIAT PUSAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) MUSLEH KE PPD BALING

Pejabat Pendidikan Daerah Baling telah menerima kunjungan Sekretariat Pusat Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dalam satu lawatan kerja yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam pembangunan murid.

Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian berkaitan pelaksanaan kokurikulum KRS Musleh, perancangan program pembangunan murid serta usaha memperkasakan penglibatan murid dalam PAJSK.

Perbincangan dan perkongsian yang berlangsung diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara KRS Musleh dan PPD Baling dalam memperkasa potensi, bakat serta kemenjadian murid.

*INFO RASMI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING**PERTUKARAN DAN PELANTIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI SEKOLAH...
17/08/2026

*INFO RASMI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING*
*PERTUKARAN DAN PELANTIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI SEKOLAH*

1. MOHD NADZRI BIN ISMAIL
PKHEM SMK Baling, ditempatkan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang sama.
Tarikh Berkuat Kuasa Penempatan Ini Adalah Mulai 16 Ogos 2026.

2. ROSILAWATI BINTI AB RAMAN
Guru Kanan Sains & Matematik SMK Baling ditempatkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama.
Tarikh Berkuat Kuasa Penempatan Ini Adalah Mulai 16 Ogos 2026.

3. NORAINI BT M NASAR
Guru Penolong SMK Baling ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik di sekolah yang sama.
Tarikh Berkuat Kuasa Penempatan Ini Adalah Mulai 16 Ogos 2026.

4. UMI KALSUM BINTI MOHD RODYI
Guru Penolong Sekolah Model Khas Baling ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional di SMK Tunku Putera.
Tarikh Berkuat Kuasa Penempatan Ini Adalah Mulai 16 Ogos 2026.

5. NURMALINA BINTI MAT JENAL
Guru Penolong SMK Jerai ditempatkan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa di SMK Syed Abu Bakar
Tarikh Berkuat Kuasa Penempatan Ini Adalah Mulai 16 Ogos 2026.

TAHNIAH DAN SYABAS
SELAMAT MENJALANKAN AMANAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING
17 Ogos 2026

*SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH PPD BALING*

🚌✨ PENYERAHAN BAS SEKOLAH MODEL KHAS BALING16 Ogos 2026 | Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri KedahAlhamdulillah,...
16/08/2026

🚌✨ PENYERAHAN BAS SEKOLAH MODEL KHAS BALING

16 Ogos 2026 | Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Alhamdulillah, satu lagi usaha dalam memperkasa kemudahan pendidikan dan menyokong kesejahteraan murid direalisasikan melalui Majlis Penyerahan Bas kepada Sekolah Model Khas Baling yang berlangsung di Dewan Al-Farabi, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Penyerahan bas telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Encik Azhari bin Abdul Rashid, kepada Encik Yusof bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Baling, sebagai wakil Pejabat Pendidikan Daerah Baling.

Penyediaan kemudahan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam memastikan keperluan murid serta kemudahan sokongan pendidikan sentiasa diberi perhatian.

Semoga kemudahan bas ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh warga Sekolah Model Khas Baling dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling, khususnya dalam menyokong pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti demi kemenjadian murid. 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Sekolah Model Khas Baling! 🌷🚌






Tahniah diucapkan kepada En Azhari bin Abdul Rashid, BCK atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan ...
13/08/2026

Tahniah diucapkan kepada En Azhari bin Abdul Rashid, BCK atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Warga Pendidikan Daerah Baling mendoakan kepimpinan tuan akan membuahkan kecemerlangan pendidikan Negeri Kedah

Syabas dan tahniah

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Petah KPM : Impromptu Speech Competition Tingkatan 6 Daerah Baling yang berla...
13/08/2026

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Petah KPM : Impromptu Speech Competition Tingkatan 6 Daerah Baling yang berlangsung pada 13 Ogos 2026 di SMK Baling.

Syabas dan tahniah....

Tahniah diucapkan kepada Nur Haifa, Pelajar Tingkatan 6 SMK Baling atas kejayaan meraih *Johan Pidato Piala Diraja Perin...
13/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Nur Haifa, Pelajar Tingkatan 6 SMK Baling atas kejayaan meraih *Johan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah 2026*

Syabas dan tahniah πŸ‘πŸ‘πŸ‘

*KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026*Tahniah.. Tahniah...Tahniah...Syabas buat par...
08/08/2026

*KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026*

Tahniah..
Tahniah...
Tahniah...

Syabas buat para pengetua, PK Hal Ehwal Murid, Warden,guru-guru pembimbing, jurulatih,Penyelia Asrama dan para waris atas kejayaan ini

Lebih membanggakan lagi *PPD Baling* dinobatkan *JOHAN KESELURUHAN* sempena Karnival Seni Dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Kedah 2026...

Syabas semua..

*SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PPD BALING*

Address

Jalan Kulim Baling
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044704344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Baling:

Shortcuts

Share