25/09/2026
β¨ PROGRAM JEJAK IPT 2026 | GERMANY-MALAYSIA INSTITUTE (GMI), BANGI β¨
Alhamdulillah, Program Jejak IPT tahun ini telah memberi peluang kepada para pelajar Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran ABADA untuk mengadakan lawatan ke Germany-Malaysia Institute (GMI), Bangi.
Program lawatan ini ditaja oleh Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Lawatan ini dapat membuka minda, menyuntik inspirasi dan menyemarakkan semangat para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi selepas menamatkan SPM kelak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Maybank Islamic Berhad dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) atas tajaan serta peluang keemasan ini. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kejayaan anak-anak ABADA pada masa hadapan. π