27/07/2026
BENGKEL MAHIR MENGAJAR IQRA'
Baling, Kedah | 25 Julai 2026
Alhamdulillah, Bengkel Mahir Mengajar Iqra' telah berjaya dilaksanakan di Madrasah Misbahul Falah @ Pondok Lanai.
Program ini menghimpunkan kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada para asatizah dan pelajar dari pondok-pondok sekitar Parit Panjang, Baling.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta mengikuti sesi pembelajaran secara interaktif dan aktif melibatkan diri dalam latihan praktikal bagi memperkukuhkan teknik pengajaran Iqra' yang lebih mudah dan berkesan.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta kepada semua peserta yang memberikan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.