SMK Parit Panjang

Directions Website

SMK Parit Panjang

Ayuh semua
18/08/2026

Ayuh semua

6 JULAI 2026 : ISNINAlhamdulillah, pihak sekolah telah menerima kunjungan dan pemantauan mengejut daripada Ketua Pegawai...
12/07/2026

6 JULAI 2026 : ISNIN

Alhamdulillah, pihak sekolah telah menerima kunjungan dan pemantauan mengejut daripada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) ke asrama sekolah.

Pemantauan ini bertujuan meninjau aspek pengurusan, kebajikan, kebersihan, keselamatan serta keselesaan penghuni asrama agar sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan dijadikan panduan dalam usaha penambahbaikan secara berterusan.

Terima kasih kepada Tn. KPPD atas keprihatinan dan bimbingan yang diberikan. Semoga komitmen semua warga sekolah terus diperkukuhkan demi menyediakan persekitaran asrama yang kondusif, selamat dan sejahtera untuk kesejahteraan anak-anak didik.

11 JULAI 2026 : SABTUPertandingan Kawat Kaki Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi ...
12/07/2026

11 JULAI 2026 : SABTU

Pertandingan Kawat Kaki Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026

Alhamdulillah, syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan kawad kaki SMK Parit Panjang atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kedah 2026.

🏆 Johan Kategori GO Puteri
🏅 Tempat Keempat Kategori NGO Putera

Kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan yang berterusan, semangat berpasukan, disiplin yang tinggi serta komitmen luar biasa daripada para peserta, jurulatih dan guru-guru pembimbing.

6 JULAI 2026 : ISNINPelancaran BADAR Dan Watikah Pelantikan Pengawas Badar Sekolah Tahun 2026Alhamdulillah, telah berlan...
12/07/2026

6 JULAI 2026 : ISNIN

Pelancaran BADAR Dan Watikah Pelantikan Pengawas Badar Sekolah Tahun 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran BADAR dan Watikah Pelantikan Pengawas BADAR Sekolah Tahun 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pengawas BADAR yang telah menerima watikah pelantikan. Amanah yang diberikan ini bukan sekadar satu penghormatan, malah merupakan satu tanggungjawab besar untuk menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan dalam mengamalkan akhlak mulia, membudayakan nilai-nilai Islam serta menyemarakkan aktiviti kerohanian di sekolah.

6 - 9 JULAI 2026KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BALING 2026KALI KE 42Sekolah Pengelola : SMK Parit PanjangSetinggi-tinggi tahnia...
12/07/2026

6 - 9 JULAI 2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BALING 2026
KALI KE 42

Sekolah Pengelola : SMK Parit Panjang

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring serta pihak yang telah menjayakan Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan, malah turut memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan daya saing yang tinggi.

2 JULAI 2026 : KHAMISPerjumpaan Tn. Pengetua bersama murid asrama.Perjumpaan ini menjadi wadah penting untuk mengeratkan...
12/07/2026

2 JULAI 2026 : KHAMIS

Perjumpaan Tn. Pengetua bersama murid asrama.

Perjumpaan ini menjadi wadah penting untuk mengeratkan hubungan antara pihak pentadbiran sekolah dengan warga asrama. Pengetua telah menyampaikan amanat, kata-kata motivasi serta peringatan kepada semua murid agar sentiasa menjaga disiplin, mengutamakan adab, memanfaatkan masa dengan sebaiknya dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik serta sahsiah diri.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026Seluruh warga SMK Parit Panjang mengucapkan selamat maju jaya kepada sem...
30/06/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026

Seluruh warga SMK Parit Panjang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Peperiksaan Percubaan SPM 2026.

Jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk menguji kemampuan, mengenal pasti kekuatan dan memperbaiki kelemahan sebagai persediaan menghadapi SPM sebenar nanti.

Yakinlah pada usaha yang telah dilakukan. Teruskan berdoa, bertawakal dan berikan yang terbaik dalam setiap kertas peperiksaan.

🌟 Usaha • Doa • Tawakal • Kejayaan

Semoga segala usaha dipermudahkan dan semua calon dikurniakan ketenangan, kesihatan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

27 JUN 2026 : SABTUPERTANDINGAN CABARAN ROKET AIR 2026PERINGKAT KEBANGSAANSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasuk...
29/06/2026

27 JUN 2026 : SABTU

PERTANDINGAN CABARAN ROKET AIR 2026
PERINGKAT KEBANGSAAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Parit Panjang atas kejayaan meraih TEMPAT KELIMA dalam Pertandingan Cabaran Roket Air 2026 Peringkat Kebangsaan.

Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha gigih, kreativiti, inovasi dan semangat berpasukan mampu membawa nama sekolah ke persada kebangsaan. Kejayaan ini juga merupakan hasil dedikasi para peserta, bimbingan guru-guru serta sokongan padu daripada seluruh warga sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang dalam bidang STEM, inovasi dan kokurikulum pada masa akan datang. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMK Parit Panjang.

“Kejayaan bukan destinasi, tetapi hasil daripada usaha yang tidak pernah berhenti.”

26.06.2026 - 27.06.2026 : JUMAAT DAN SABTUKEM PEMUKIMAN AKADEMIK FASA 2Alhamdulillah, Kem Pemukiman Akademik Fasa 2 tela...
29/06/2026

26.06.2026 - 27.06.2026 : JUMAAT DAN SABTU

KEM PEMUKIMAN AKADEMIK FASA 2

Alhamdulillah, Kem Pemukiman Akademik Fasa 2 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh komitmen dan semangat daripada para peserta serta guru-guru yang terlibat.

Program ini merupakan salah satu inisiatif sekolah dalam memperkukuhkan penguasaan akademik murid melalui sesi pembelajaran intensif, teknik menjawab soalan, perbincangan berfokus serta bimbingan berterusan daripada guru-guru. Selain meningkatkan pencapaian akademik, kem ini turut memupuk disiplin, keyakinan diri dan semangat juang dalam menghadapi peperiksaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, urus setia, ibu bapa serta para peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Usaha Hari Ini, Kejayaan Esok. Bersama Melakar Kecemerlangan.”

25.06.2026 - 27.06.2026 : KHAMIS - SABTUPERKHEMAHAN BADAN UNIFORM GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI KEDAHTAHUN 2026TEMPAT...
29/06/2026

25.06.2026 - 27.06.2026 : KHAMIS - SABTU

PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI KEDAH
TAHUN 2026

TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM PENDANG KEDAH

ANJURAN : SMK PARIT PANJANG

Alhamdulillah, Perkhemahan Badan Uniform Generasi MADANI Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, disiplin dan kerjasama.

Program ini menjadi wadah dalam membentuk jati diri, kepimpinan, daya tahan fizikal dan mental serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli badan beruniform. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bukan sahaja mencabar keupayaan peserta, malah memberi pengalaman berharga dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, guru-guru, jurulatih, urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh menjadi bekalan dalam membentuk pemimpin masa hadapan yang cemerlang.

Address

SMK Parit Panjang
Baling
09200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Parit Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category