21/08/2026
π SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H | SMK SERI BALIK PULAU π
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Sambutan Maulidur Rasul 1448H peringkat SMK Seri Balik Pulau telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan meriah.
Program ini menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga sambutan ini dapat menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati, kesederhanaan dan akhlak mulia dalam kalangan warga sekolah, seterusnya melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan berakhlak terpuji.
β¨ βSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.β β¨
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Salam Maulidur Rasul 1448H
Bersama Menghayati Sunnah, Membentuk Insan Berakhlak. πΉ