18/09/2025
๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ญ, ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ญ๐ข, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููู
ุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ููููุง ููุงุฑูุญูู
ูููุง ููุนูุงููููุง ููุงุนููู ุนูููููุง
Hari ini menjadi hari berduka buat seluruh warga pendidik PASTI Kawasan Nibong Tebal. Kita kehilangan permata yang istiqamah dalam perjuangan, sahabat dan teman sejati, apabila menerima berita pemergian Cikgu NorHayati binti Ramli (Cg. Yati) dari PASTI Ibnu Sina, Sungai Duri semalam. Berita ini benar-benar membuatkan kami terdiam, kerana sesungguhnya kita kehilangan seorang sahabat setia.
Kami warga pendidik PASTI Kawasan Nibong Tebal menjadi saksi bahawa Almarhumah Cg. Yati istiqamah menabur bakti dan keringat untuk mendidik anak-anak PASTI serta menjadi sahabat yang baik dalam perjuangan ini. Sesungguhnya kehilangan ini adalah kehilangan seorang pendidik dan pejuang PASTI yang istiqamah hingga akhir hayatnya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, diampunkan dosa-dosanya dan digolongkan dalam kalangan orang yang beriman serta dikurniakan syurgaNya. Amin.
Salam takziah daripada kami, seluruh Warga PASTI Nibong Tebal dan Majlis Guru PASTI Kawasan Nibong Tebal.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Alma selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di Kubur Kampung kijang.
PASTI Malaysia