08/06/2026
🌟 UCAPAN YDP PIBG SK SUNGAI RUSA 🌟
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Selamat kembali ke sekolah buat seluruh murid SK Sungai Rusa bagi Penggal Kedua sesi persekolahan 2026.
Semoga cuti yang lalu dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga dan kini tibalah masanya untuk kembali melangkah dengan semangat yang baharu, azam yang lebih tinggi serta tekad untuk terus berjaya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada anak-anak dalam usaha membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Anak-anak SKSR yang dikasihi,
Teruskan berusaha, rajin belajar, hormati guru, sayangi rakan dan sentiasa menjaga disiplin diri. Ingatlah bahawa kejayaan tidak datang bergolek, tetapi lahir daripada usaha yang berterusan serta doa yang tidak pernah putus.
Semoga Penggal Kedua ini menjadi medan untuk kita semua melakar lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan.
Selamat kembali ke sekolah dan selamat menuntut ilmu.
Sekian, terima kasih.
En. Johan Bin Abu Bakar
YDP PIBG SK Sungai Rusa