Sekolah Rendah Islam Al Ansar - SRIA, Balik Pulau

Sekolah Rendah Islam Al Ansar - SRIA, Balik Pulau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Rendah Islam Al Ansar - SRIA, Balik Pulau, School, 406A MUKIM C PERMATANG PASIR, Balik Pulau.

πŸ“’ JAWATAN KOSONG GURU DIPERLUKAN!Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA), Balik Pulau membuka peluang kepada anda yang berm...
02/04/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG GURU DIPERLUKAN!

Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA), Balik Pulau membuka peluang kepada anda yang berminat dalam bidang pendidikan untuk menyertai kami sebagai Guru.

πŸ‘©β€πŸ« Jawatan Ditawarkan:
Guru

πŸ“Œ Syarat Kelayakan:
β€’ Lelaki atau perempuan
β€’ Berumur 20 hingga 35 tahun
β€’ Kelayakan minimum STAM / Diploma / Ijazah

🌟 Keistimewaan & Kemudahan:
β€’ Penginapan disediakan
β€’ Makan dan minuman disediaykan
β€’ Caruman PERKESO & KWSP

πŸ“§ Cara Memohon:
Hantar resume ke: [email protected]

πŸ“ž Pertanyaan:
Ustz Asiah – 011-1312 0723

⏳ Tarikh Tutup:
10 April 2026

⚠️ Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Tanya sikit mak ayah... ANAK ANDA ADA DI MANA SEKARANG? Tengah berkejaran kumpul duit raya kat luar rumah? Main basikal ...
25/03/2026

Tanya sikit mak ayah... ANAK ANDA ADA DI MANA SEKARANG?

Tengah berkejaran kumpul duit raya kat luar rumah? Main basikal tengah panas terik?

Tolong panggil mereka masuk SEKARANG

Negara kita sedang dilanda gelombang haba, dan kita pernah digemparkan dengan tragedi menyayat hati, Kanak-kanak meninggal dunia akibat STROK HABA (Heatstroke) ketika beraya di luar rumah dari pagi ke petang.

Ini bukan cerita rekaan. Ini sejarah hitam yang kita tak mahu berulang

Kenapa Kanak-Kanak Paling Berisiko?

Budak-budak bila dah seronok beraya dan bermain bersama sepupu, mereka TAKKAN sedar isyarat bahaya badan sendiri. Haus, pening, atau lesu mereka akan 'langgar' dan terus bermain seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sistem regulasi peluh mereka juga belum matang, menyebabkan badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT dari orang dewasa.

🚨 PANTAU TANDA AWAL STROK HABA

Jangan tunggu sampai anak rebah pengsan atau sawan baru nak panik! Segera bawa anak berteduh dan ke hospital jika ada tanda ini

❌ Kulit jadi sangat kering, kemerahan, dan panas (Tapi TAK BERPELUH!)
❌ Mengadu sakit kepala berdenyut atau pening.
❌ Mula muntah-muntah.
❌ Nampak keliru, bercakap merapu, atau tiba-tiba terlalu diam/lesu.

πŸ›‘οΈ TINDAKAN PENCEGAHAN IBU BAPA

1. 'Kuarantin' Matahari
JANGAN benarkan anak main di luar antara jam 11:00 PAGI hingga 4:00 PETANG. Ini waktu radiasi UV dan haba paling puncak

2. Paksa Minum Air
Jangan tunggu mereka minta. Beri air kosong secara kerap. Kurangkan air manis/bergas raya yang boleh burukkan dehidrasi.

3. Sentuhan Fizikal
Sekali-sekala panggil anak, pegang dahi dan leher mereka. Tengok muka mereka. Kalau dah merah padam, arahkan mereka mandi dan rehat

Hari raya memang waktu untuk bergembira, tetapi cuaca panas melampau sekarang adalah 'pembunuh senyap'. Sedikit kelalaian boleh merampas nyawa anak yang kita sayang.

Tolong SHARE amaran kecemasan ini di semua group WhatsApp keluarga. Pesan pada mak ayah, atuk nenek yang sedang pantau cucu di kampung

UNTUK SIARAN SEGERAKEMENTERIAN PENDIDIKANKENYATAAN MEDIAINSTITUSI PENDIDIKAN KPM DIMINTA TINGKATKAN PERSEDIAAN DAN LAKSA...
25/03/2026

UNTUK SIARAN SEGERA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KENYATAAN MEDIA

INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DIMINTA TINGKATKAN PERSEDIAAN DAN LAKSANAKAN LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI CUACA PANAS

Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.

Institusi pendidikan KPM diminta untuk memastikan langkah-langkah berikut terlaksana:

i. Menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius;

ii. memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;

iii. memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri;

iv. menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;

v. membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan

vi. sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota Kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.

KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.

TAMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
25 MAC 2026

[Lensa Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah Islam Al-Ansar 2026]πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒΏ Kejohanan Merentas Desa 2026 🌿Alhamdulillah, tel...
26/02/2026

[Lensa Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah Islam Al-Ansar 2026]

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒΏ Kejohanan Merentas Desa 2026 🌿

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Merentas Desa anjuran Sekolah Rendah Islam Al-Ansar pada 13 February 2026.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang cemerlang serta daya tahan yang luar biasa sepanjang acara berlangsung. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi usaha, keberanian dan semangat berpasukan yang dipamerkan amatlah membanggakan. πŸ’ͺ✨

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat terus memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan ukhuwah dan membentuk sahsiah murid yang cemerlang dunia dan akhirat.

26/02/2026

Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) sekali lagi melakar sejarah membanggakan apabila mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.

Keputusan yang diperoleh membuktikan kesungguhan murid-murid, komitmen para guru serta sokongan padu ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak terus terpelihara.

πŸ“Š Keputusan UPKK SRIA 2025:
🌟 9A – 8 orang
🌟 8A – 4 orang
🌟 7A – 3 orang
🌟 6A – 2 orang
🌟 5A – 1 orang
🌟 3A – 4 orang
🌟 2A – 3 orang

Seramai 8 orang murid berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A, satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti keberkesanan sistem pendidikan serta bimbingan berterusan yang diterapkan di SRIA.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan membimbing murid dengan penuh dedikasi. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan moral sepanjang proses pembelajaran anak-anak.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang serta melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Tahniah buat seluruh warga SRIA! Teruskan kecemerlangan! 🌟

Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) sekali lagi melakar sejarah membanggakan apabila mencatatkan keputusan cemerlang da...

🌟 8A – 3 orang

25/02/2026

06/02/2026

SLOT TAJAAN IFTAR RAMADAN 2026 KINI TELAH DIBUKA

INFAQ RAMADHAN 1447HSekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA)Ramadhan adalah bulan kasih sayang dan keberkatan.Di saat kita m...
26/01/2026

INFAQ RAMADHAN 1447H
Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA)

Ramadhan adalah bulan kasih sayang dan keberkatan.
Di saat kita menikmati hidangan sahur dan berbuka bersama keluarga, ada anak-anak pelajar dan para pendidik SRIA yang menanti sentuhan keprihatinan daripada insan berhati mulia.

Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama mengalirkan pahala berpanjangan dengan menaja sahur, iftar dan moreh buat mereka.

✨ Dengan hanya RM500 sehari, Tuan/Puan telah menghadiahkan senyuman, mengenyangkan perut yang berpuasa dan menanam amal jariah yang besar nilainya di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa."
(HR Tirmizi)

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun SRIA :
Bank CIMB
No. Akaun: 8601 01v8392
Sekolah Rendah Islam Al-Ansar

Keterangan lanjut:
Pejabat SRIA: 04-866 3971
Ustz Asiah: 011-1312 0723

23/01/2026

[Imbas Kembali : Lensa 2025]

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Tahun 6 sesi 2025 πŸŽ‰

πŸ”°Persembahan Kalam Jamaie oleh pelajar tahun 6.

23/01/2026

[Imbas Kembali : Lensa 2025]

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Tahun 6 bagi sesi 2025 πŸŽ‰

πŸ”°Persembahan Nasyid daripada pelajar tahun 5.

Address

406A MUKIM C PERMATANG PASIR
Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048663971

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Al Ansar - SRIA, Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Al Ansar - SRIA, Balik Pulau:

Shortcuts

Share

Category