Tahfiz Online Al Khayr

Tahfiz Online Al Khayr Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tahfiz Online Al Khayr, Religious school, Balik Pulau.

06/05/2026

Siapakah Nabi yang paling banyak disebut di dalam Al Quran?

Jawapan: Nabi Musa alaihissalam.

Nama Baginda A.S telah disebut sebanyak 136 kali. Kemungkinan besar pengulangan yang banyak ini disebabkan oleh banyaknya persamaan antara syariat Nabi Musa AS & Nabi Muhammad SAW, dan antara kitab keduanya.

Allahu a'lam.

Sumber: 100 سؤال وجواب قرآني

Hari ini merakamkan sejarah yang besar buat Adik Qistina Putri kerana hari ini merupakan hari beliau mengkhatamkan hafaz...
04/05/2026

Hari ini merakamkan sejarah yang besar buat Adik Qistina Putri kerana hari ini merupakan hari beliau mengkhatamkan hafazan Al Quran menggunakan kaedah PMMM bersama Tahfiz Online Al Khayr.

Untuk menerima sijil ini, beliau telah menduduki sesi Juz Test untuk setiap juz yang telah dihafaz dan lulus kesemuanya.

Sesungguhnya perjalanan ini bukanlah perjalanan yang mudah. Harganya bukan sekadar berbentuk wang ringgit, bahkan termasuk juga pengorbanan, masa, tenaga, & disiplin.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Adik Qistina Putri, Ibu Bapa, keluarga atas pencapaian yang sungguh membanggakan ini.

Tidak dilupakan juga guru hafazan beliau yang telah membimbing dengan penuh dedikasi sepanjang sekitar 3 tahun ini iaitu Ustazah Aisyah hafizahallah..

Jazakumullahu khairan..

Apa beza hafazan biasa dengan kaedah PMMM?Dalam program Hifz Mastery kami, pelajar bukan sekadar hafaz ayat, mereka dula...
04/05/2026

Apa beza hafazan biasa dengan kaedah PMMM?

Dalam program Hifz Mastery kami, pelajar bukan sekadar hafaz ayat, mereka dulatih untuk menghafaz:
✅ Nombor ayat
✅ Nombor muka surat
✅ Makna ayat
✅ Kedudukan & susunan ayat

Kaedah PMMM (Photographic Memory Memorization Method) direka supaya kualiti hafazan lebih baik disamping menjadikan sesi tasmik sangat interaktif dan menarik terutama buat anak2.

Kelas 1-to-1 online. Jadual fleksibel. Bermula dari RM190/bulan.

💬 Nak tahu lebih lanjut? Lihat di ruangan komen.

08/12/2025

Test 1

2 AYAT YANG MENGISYARATKAN SOLAT 5 WAKTU Tahu tak di mana ayat dalam Al-Quran  yang menghimpunkan kesemua waktu solat fa...
07/06/2025

2 AYAT YANG MENGISYARATKAN SOLAT 5 WAKTU

Tahu tak di mana ayat dalam Al-Quran yang menghimpunkan kesemua waktu solat fardhu?

Ianya ada dalam firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum, Ayat 17 dan 18:

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ (17) وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ (18)

Terjemahan ringkasnya:
"Maka bertasbihlah kepada Allah ketika kamu berada pada waktu malam dan ketika kamu berada pada waktu pagi. Dan bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, dan pada waktu petang dan ketika kamu berada pada waktu zuhur."

Menurut tafsiran Ibnu Abbas RA (seperti yang dicatat dalam Mukhtasar Tafsir At-Tabari), kalimah-kalimah dalam ayat ini merujuk kepada waktu-waktu solat fardhu:

حِينَ تُمْسُونَ:
Waktu malam, merujuk kepada Solat Maghrib dan Isyak.

وَحِينَ تُصْبِحُونَ:
Waktu pagi, merujuk kepada Solat Subuh.

وَعَشِيًّا:
Waktu petang, sebelum matahari terbenam sepenuhnya, merujuk kepada Solat Asar.

وَحِينَ تُظْهِرُونَ :
Merujuk kepada Solat Zuhur. (Waktu tengah hari, ketika matahari tergelincir)

Moga Allah sentiasa mudahkan kita untuk mendirikan solat. Berdoalah dengan doa Nabi Ibrahim 'alaihissalam, رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي..

KISAH YAHUDI YANG CEMBURUPada satu hari, seorang lelaki Yahudi datang kepada Saidina Umar RA, lalu berkata:"Wahai Amirul...
05/06/2025

KISAH YAHUDI YANG CEMBURU

Pada satu hari, seorang lelaki Yahudi datang kepada Saidina Umar RA, lalu berkata:

"Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kalian membaca sebuah ayat dalam kitab kalian, yang jika ayat itu diturunkan kepada kami orang-orang Yahudi, nescaya kami akan jadikan hari turunnya ayat itu sebagai hari raya."

Mendengar kata-kata itu, Saidina Umar RA pun bertanya:
"Ayat yang manakah itu?"

Lelaki Yahudi itu menjawab:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan telah Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah Al-Ma'idah: 3)

Lalu, Saidina Umar RA berkata:
"Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui hari diturunkan ayat itu kepada Rasulullah ﷺ, dan waktu diturunkan kepadanya. Ia diturunkan pada waktu petang hari Arafah, pada hari Jumaat."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis di atas selain menunjukkan betapa sempurnanya ajaran Islam berbanding agama lain, ia juga menunjukkan tentang tiadanya keperluan untuk sebarang penambahan yang baharu di dalam agama yang telah dijamin lengkap ini.

الحمدلله على نعمة الإسلام الكامل..

KENAPA CAHAYA MUFRAD DAN GELAP JAMA'?Maksud "nur/cahaya" yang ditinggalkan oleh orang kafir adalah nur fitrah yang juga ...
03/06/2025

KENAPA CAHAYA MUFRAD DAN GELAP JAMA'?

Maksud "nur/cahaya" yang ditinggalkan oleh orang kafir adalah nur fitrah yang juga merupakan agama Islam. Setiap anak dilahirkan atas fitrah Islam seperti sabda Baginda SAW:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
- رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

➡ Perkataan "kegelapan" (الظُّلُمَات) disebut dalam bentuk jamak kerana banyaknya jalan kegelapan. Ada yang disebabkan kejahilan, kekufuran, kefasikan dan sebagainya.

➡ Perkataan "nur" (النُّور) disebut dalam bentuk tunggal kerana kebenaran hanya satu iaitu jalan Islam. Seperti firman Allah:

﴿ وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًۭا فَٱتَّبِعُوهُ ﴾
(Surah al-An'am: 153)

Moga kita diberikan taufiq untuk kekal di atas cahaya haq. Allahumma ameen..

“Kalimah Luar Biasa”Di dalam sebuah ayat Al-Quran, Allah Azza Wajalla telah ajarkan kita satu kalimah yang luar biasa. S...
29/05/2025

“Kalimah Luar Biasa”

Di dalam sebuah ayat Al-Quran, Allah Azza Wajalla telah ajarkan kita satu kalimah yang luar biasa.

Said bin Jubair, seorang ulama besar tabi'in telah berkata:

"Belum pernah Allah turunkan kalimah ini pada para anbiya sebelum Rasulullah SAW."

Apakah ayatnya?

"إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ"
"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya kami akan kembali."
(Surah Al-Baqarah, 2:156)

Kata beliau lagi:

"Kalaulah Nabi Ya'qub tahu ayat ini, pastil dia tidak akan berkata:
“يَا أَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ”
"Aduhai sedihnya aku terhadap Yusuf..."
[Surah Yusuf:Ayat 84]

Jom kita bersama-sama mengamalkan sunnah ini dan membaca lafaz istirja' setiap kali ditimpa musibah.

Kenapa Lebih Keras Dari Batu?Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah:ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَه...
28/05/2025

Kenapa Lebih Keras Dari Batu?

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah:

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ

"Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras, sehingga ia (hati itu) seperti batu, bahkan lebih keras lagi..." (Al-Baqarah: 74)

Pernah tak terfikir... kenapa Allah bandingkan hati yang keras dengan batu, dan bukan benda lain?

Menurut Tafsir As-Sa'di, Allah samakan hati yang keras dengan batu kerana dalam seluruh ciptaan, batu adalah antara yang paling keras. Besi dan plumbum pun akan cair bila dibakar, tapi batu tetap kekal tak berubah.

Moga Allah lindungi hati kita daripada menjadi hati yang sekeras batu..

📣 Pengambilan Jun 2025 Kini Dibuka!5 tahun lepas, mungkin anda dah terdetik nak mula hafaz Al-Quran…Tapi atas sebab-seba...
23/05/2025

📣 Pengambilan Jun 2025 Kini Dibuka!

5 tahun lepas, mungkin anda dah terdetik nak mula hafaz Al-Quran…
Tapi atas sebab-sebab tertentu, belum berpeluang untuk mulakan waktu itu.

Jangan biarkan 5 tahun akan datang terbazir sekali lagi.

Peluang masih terbuka.
Mungkin inilah masanya. Inilah detiknya.

Kali ini, terus mulakan hafazan anda bersama Tahfiz Online Al Khayr, satu-satunya pusat tahfiz online yang menggunakan Kaedah PMMM oleh Dr. Kamilin Jamilin.

Bayangkan, dengan bimbingan yang betul dan kesungguhan, beberapa bulan dari sekarang anda sudah hafal juzuk demi juzuk. Dan dalam masa beberapa tahun, boleh khatam insyaAllah.

Kami di Tahfiz Online Al Khayr sedia bantu anda dengan:
✅ Jadual kelas fleksibel. Ikut masa anda,cuma perlu commit dengan slot yang telah dipilih.
✅ Kelas 100% atas talian, mudah & selesa.
✅ Kaedah PMMM oleh Dr. Kamilin Jamilin yang membantu hafazan jadi lebih kuat & kemas.

Setiap huffaz ada titik mula. Mungkin hari ini adalah titik mula anda.🤗

Klik link di ruang komen sekarang dan daftar sebelum pengambilan ditutup. Jangan bertangguh lagi.

Address

Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60193918616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Online Al Khayr posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tahfiz Online Al Khayr:

Shortcuts

Share