Akademi Al Khayr

Akademi Al Khayr Pusat pengajian tahfiz unik yang menerajui pendidikan cemerlang duniawi dan ukhrawi

πŸ“’ PERMOHONAN MAAF & MAKLUMANAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Pihak Akademi Al Khayr ingin memohon maaf kepada ...
20/09/2026

πŸ“’ PERMOHONAN MAAF & MAKLUMAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pihak Akademi Al Khayr ingin memohon maaf kepada semua followers yang telah menerima mesej berkaitan perjudian daripada akaun rasmi Instagram Akademi Al Khayr.

Untuk makluman semua, akaun Instagram rasmi Akademi Al Khayr telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mesej berkaitan perjudian yang telah dihantar tersebut adalah bukan daripada pihak Akademi Al Khayr dan telah dilakukan tanpa kebenaran kami.

Mohon semua followers ABAIKAN sebarang mesej tersebut dan jangan klik mana-mana pautan yang mencurigakan.

Pihak kami sedang mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan semula akses akaun dan menyelesaikan perkara ini.

Segala kesulitan, kekeliruan dan kebimbangan yang timbul amat kami kesali.

Terima kasih atas perhatian, kefahaman dan kerjasama semua. 🀲

No Pain, No Gain! πŸ’ͺπŸ“šInilah falsafah yang cuba diterapkan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kesunggu...
19/09/2026

No Pain, No Gain! πŸ’ͺπŸ“š

Inilah falsafah yang cuba diterapkan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kesungguhan, ketekunan dan kesabaran mereka dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan ini sememangnya wajar dipuji. πŸ‘

Bermula selepas Maghrib, berhenti seketika untuk menunaikan solat Isyak apabila azan berkumandang, dan kemudiannya menyambung semula ulang kaji sehingga hampir jam 11 malam. Inilah bukti kesungguhan dan pengorbanan yang patut dihargai. ❀️

Teruskan berusaha, anak-anak. Jangan mudah mengalah dengan penat dan lelah. Setiap usaha yang dicurahkan hari ini adalah langkah menuju kejayaan pada masa hadapan.

Moga segala penat lelah kalian membuahkan hasil yang membanggakan dan kejayaan yang diimpikan menjadi kenyataan. 🀲✨

EXAMINATION Bermula hari ini, 14 September, peperiksaan bagi pelajar Kelas Muslim & Ahmad di Akademi Al Khayr (AAK) dimu...
14/09/2026

EXAMINATION

Bermula hari ini, 14 September, peperiksaan bagi pelajar Kelas Muslim & Ahmad di Akademi Al Khayr (AAK) dimulakan dengan Bahasa Melayu Kertas 1 & Kertas 2.
Anak-anak telah berusaha sebaik mungkin. Kini, teruskan dengan tenang, lakukan yang terbaik dan bertawakkal kepada Allah SWT. 🀲🏻

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, melapangkan fikiran, memudahkan setiap urusan serta mengurniakan ilham kepada anak-anak dalam menjawab setiap soalan.

Doakan anak-anak AAK dapat menjawab dengan baik dan memperoleh keputusan yang terbaik.

πŸƒβ€β™‚οΈ WEEKEND KOKO | FUN KOKURIKULUMWeekend bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi peluang untuk anak-anak mengisi masa...
13/09/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ WEEKEND KOKO | FUN KOKURIKULUM

Weekend bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi peluang untuk anak-anak mengisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat! ✨
Alhamdulillah, pelbagai aktiviti menarik dijalankan pada Weekend Koko kali ini:

🍳 Memasak – belajar menyediakan makanan sambil mengasah kreativiti dan kemahiran diri.
🏹 Memanah – melatih fokus, ketepatan dan kesabaran.
πŸ₯‹ Taekwondo – membina disiplin, kecergasan dan keyakinan diri.
⚽ Latihan Bola Sepak – meningkatkan stamina, kemahiran serta semangat kerja berpasukan.

Begitulah keseimbangan di Akademi Al Khayr, masa belajar diisi dengan ilmu, masa bermain p**a diisi dengan aktiviti yang membina.

Alhamdulillah, semoga setiap aktiviti menjadi pengalaman bermakna dalam membentuk anak-anak yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga aktif, berdisiplin dan mempunyai pelbagai kemahiran. 🀲✨



1/2

11/09/2026

*OUT OF CLASSROOM SESSION | Sesi Tarbiyyah*

Sesi tarbiyyah merupakan antara sesi yang sering dinantikan oleh para pelajar.

Melalui sesi ini, para pelajar berpeluang mempelajari satu hadith pada setiap pertemuan daripada 40 Hadith Imam al-Nawawi, lengkap dengan huraian dan penghayatan yang dibimbing oleh para asatizah AAK.

Lebih daripada sekadar menambah ilmu, sesi-sesi ini menjadi ruang untuk para pelajar berhenti seketika daripada rutin akademik, menelusuri makna hadith, dan menghubungkannya dengan kehidupan seharian.

Semoga setiap perkongsian yang disampaikan menjadi ilmu yang bermanfaat, bukan hanya buat para pelajar, tetapi juga buat kami, barisan pembimbing. Sesungguhnya, proses mendidik itu juga merupakan proses belajar dan memperbaiki diri.

*Inilah antara keunikan kami di AAK ; mendidik bukan sekadar untuk membina insan yang berilmu, tetapi juga insan yang dekat dengan Allah.*

Teringat akan kata-kata seorang bekas pelajar:

> β€œBut now, looking back, I truly have never regretted a single moment of being here. I’ve come to realise that AAK brought me closer to Allah, and I sincerely hope I can continue on this path even after I leave school, insyaAllah.”

Semoga setiap langkah kecil dalam perjalanan tarbiyyah ini terus menjadi bekalan buat mereka, walau di mana pun mereka berada kelak. 🀍

🌱 PENDIDIK CILIK | PEMBIMBING RAKAN SEBAYADi AAK, kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk menjadi penyum...
10/09/2026

🌱 PENDIDIK CILIK | PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Di AAK, kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk menjadi penyumbang kepada orang lain.

Budaya Pendidik Cilik dan Pembimbing Rakan Sebaya antara anak-anak Elementary terus diasuh dan diketengahkan sebagai sebahagian daripada pembentukan budaya AAK.

Pada waktu prep malam selepas Isyak, ada dalam kalangan pelajar yang mengambil peranan untuk membimbing rakan-rakan mereka; berkongsi ilmu, membantu memahami pelajaran dan memanfaatkan kelebihan yang telah dianugerahkan Allah SWT.

✨ Kerana ilmu yang dikongsi tidak pernah berkurang.

Sebaliknya, apabila seorang pelajar mengajar dan menerangkan sesuatu kepada rakannya, ia membantu mempertajam kefahaman, mengukuhkan ingatan serta meningkatkan keyakinan diri

Dalam masa yang sama, rakan yang dibimbing mendapat manfaat dan sokongan daripada seseorang yang lebih dekat dengan mereka ; rakan yang memahami cabaran belajar dari perspektif seorang pelajar.

Inilah nilai yang ingin dibina.

Bukan sekadar melahirkan pelajar yang pandai untuk dirinya sendiri, tetapi anak-anak yang mampu berkata:
β€œApa yang Allah kurniakan kepada aku, aku mahu manfaatkan untuk membantu orang lain.”

🀝 **Belajar bersama.
Berkongsi bersama.
Membimbing bersama.
Membesar bersama.**

Kerana di AAK, **ilmu bukan hanya untuk dimiliki, tetapi untuk dikongsi dan dimanfaatkan.** 🌱






πŸ“š Persediaan Menghadapi PeperiksaanBeberapa kelas pelajar sudah mula ready mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan me...
10/09/2026

πŸ“š Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Beberapa kelas pelajar sudah mula ready mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal bermula pada minggu hadapan. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–

Semoga setiap usaha, kesungguhan dan masa yang diluangkan untuk mengulang kaji menjadi asbab kejayaan buat anak-anak semua. Insya-Allah, semoga Allah SWT permudahkan segala urusan, berikan kefahaman yang baik serta ketenangan dalam menjawab setiap soalan.

Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ψ¬ΩŽΨ―ΩŽΩ‘ وَجَدَ
β€œBarangsiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan mendapat hasilnya.”

07/09/2026

Fun Learning Kelas Athfal | Akidah 🌟

Perkongsian menarik daripada anak-anak Kelas Athfal dalam pembelajaran Akidah. Kali ini, mereka mencabar diri dengan menjawab soalan-soalan berkaitan Rukun Islam dalam Bahasa Arab.

MasyaAllah, seronok melihat gelagat anak-anak yang begitu teruja, berani mencuba dan aktif mengikuti sesi pembelajaran bersama guru mereka.

Inilah antara suasana fun learning yang menjadikan pembelajaran lebih santai, interaktif dan pastinya lebih mudah diingati oleh anak-anak.

Weekend Kokurikulum | Masa Untuk Riadah & Aktiviti Koko Seperti biasa, setiap hujung minggu anak-anak Akademi Al Khayr m...
06/09/2026

Weekend Kokurikulum | Masa Untuk Riadah & Aktiviti Koko

Seperti biasa, setiap hujung minggu anak-anak Akademi Al Khayr meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti kokurikulum. 😊 Kelab Memanah, ERT dan Badminton.

Kalau hari biasa penuh dengan pembelajaran dan pengajian, hujung minggu p**a menjadi masa untuk mereka beriadah, beraktiviti dan mengembangkan bakat melalui aktiviti kokurikulum.

Alhamdulillah, seronok melihat anak-anak aktif, ceria dan terus berkembang dalam suasana yang seimbang antara ilmu, jasmani dan sahsiah. ❀

Address

WHITE RESORT, Mukim 7 & Mukim J, Kampung Genting
Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60193818616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Al Khayr posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Al Khayr:

Shortcuts

Share