Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor Kajang

Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor Kajang Sebuah sekolah Islam peringkat menengah terletak di Lot 360 Kg. Simpang Balak, Batu 13 Jalan Cheras Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS) Caw.

Maahad ini adalah sekolah Menengah Tahfiz Islam Jadual bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Kami menyediakan pendidikan pelajar di peringkat Menengah berumur 13 hingga 17 tahun, iaitu merangkumi silibus Tahfiz (50%) dan Akademik KSSM (50%). Matlamat MITTIS ini diwujudkan adalah untuk melahirkan generasi akademi intelektual huffaz yang berdaya saing di peringkat nasional. Kom

pleks maahad ini mengandungi bangunan surau, sekolah, bangunan pejabat, kantin dan bangunan lain yang berkaitan. Remaja-remaja ini insyaALLAH akan ddidik menjadi Insan yang BERILMU, BERIMAN, BERAMAL DAN BERTAQWA. Maahad ini adalah organisasi KEBAJIKAN (Non-Profit organisation)
Ia diurustadbir oleh Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS). Kajang. Alamat: LOT: 360, KG SUNGAI BALAK, BT. 13, JALAN CHERAS,
43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
H/P: 011- 12348480
Email: [email protected]

Jika anda ingin menyumbang dana sila membuat sumbangan ke akaun berikut:

Yayasan Pendidikan Islam Selangor
Bank Islam : 12038010107612

Sila hantar resit sumbangan tersebut kepada pentadbir maahad di talian 011-12348480 @ 019-2680586 (Pengurus)

Sumbangan material atau makanan pukal kering boleh dihantar terus ke alamat diatas.

29 Julai 2026 | Ceramah Fiqh Solat Bersama PU RamadhanProgram Ceramah Fiqh Solat bersama PU Ramadhan telah berlangsung d...
10/08/2026

29 Julai 2026 | Ceramah Fiqh Solat Bersama PU Ramadhan

Program Ceramah Fiqh Solat bersama PU Ramadhan telah berlangsung di MITTIS Kajang dengan penuh penghayatan dan pengisian yang bermanfaat.

Ceramah ini memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan memahami fiqh solat dengan lebih mendalam, bukan sekadar mengetahui cara pelaksanaannya, tetapi turut memahami hukum-hakam, rukun, syarat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan solat. Semoga perkongsian yang disampaikan oleh PU Ramadhan dapat menambahkan ilmu, memperbaiki amalan serta menyemai kesedaran dalam diri para pelajar untuk sentiasa menjaga solat dengan sebaik-baiknya.

Solat yang sempurna, lahir daripada ilmu yang benar dan hati yang sentiasa mengingati Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PU Ramadhan atas perkongsian yang begitu bermakna serta kepada seluruh warga MITTIS Kajang atas komitmen dalam menjayakan program ini.

"Islamic Education: To Build a Better Future"

25 Julai 2026 | Bahasa Arab Itu Best Sesi ke 2 Alhamdulillah, Ceramah Arab Itu Best Sesi 2 bersama Ustazah Hayati Mohama...
10/08/2026

25 Julai 2026 | Bahasa Arab Itu Best Sesi ke 2

Alhamdulillah, Ceramah Arab Itu Best Sesi 2 bersama Ustazah Hayati Mohamad telah berlangsung dengan penuh semangat bersama pelajar Tingkatan 4 dan 5 MITTIS Kajang.

Sesi ini memberikan pengalaman pembelajaran Bahasa Arab yang lebih santai, menarik dan interaktif. Pelbagai perkongsian serta aktiviti yang disampaikan turut membantu meningkatkan minat, keyakinan dan kefahaman para pelajar terhadap Bahasa Arab.

"Islamic Education: To Build a Better Future"

Temu Murni Tingkatan 1 & 3 | Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026Alhamdulillah, MITTIS Kajang telah selesai melaksanakan P...
10/08/2026

Temu Murni Tingkatan 1 & 3 | Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026

Alhamdulillah, MITTIS Kajang telah selesai melaksanakan Program Temu Murni Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 3 bersama ibu bapa serta penjaga.

Program ini menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan keluarga, di samping berkongsi perkembangan anak-anak dari aspek akademik, sahsiah dan potensi diri.

Melalui sesi perbincangan bersama guru, ibu bapa berpeluang mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian serta perkembangan anak-anak. Segala pandangan, nasihat dan perancangan yang dikongsikan diharapkan dapat menjadi panduan untuk membantu para pelajar terus memperbaiki diri dan mencapai prestasi yang lebih baik.

Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.

"Islamic Education: To Build a Better Future"

24 JULAI 2026 | PROGRAM BAHASA ARAB TINGKATAN 1,2 & 3 BERSAMA USTAZAH HAYATI MOHAMADDengan penuh semangat, para pelajar ...
06/08/2026

24 JULAI 2026 | PROGRAM BAHASA ARAB TINGKATAN 1,2 & 3 BERSAMA USTAZAH HAYATI MOHAMAD

Dengan penuh semangat, para pelajar MITTIS Kajang telah menyertai Program Bahasa Arab bersama Ustazah Hayati Mohamad.

Program ini bertujuan memperkukuhkan penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, di samping meningkatkan keyakinan pelajar dalam membaca, memahami dan berkomunikasi menggunakan bahasa Arab.

Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat yang berpanjangan serta menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus mencintai dan mendalami bahasa Arab sebagai salah satu kunci memahami khazanah ilmu Islam.

"Bahasa Arab ialah bahasa al-Quran. Menguasainya membuka pintu kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap agama."

22 JULAI 2026 | CERAMAH MOTIVASI: UBAH SIKAPAlhamdulillah, para pelajar MITTIS Kajang telah mengikuti ceramah bertajuk "...
06/08/2026

22 JULAI 2026 | CERAMAH MOTIVASI: UBAH SIKAP

Alhamdulillah, para pelajar MITTIS Kajang telah mengikuti ceramah bertajuk "Motivasi Ubah Sikap" yang disampaikan oleh Ustaz Idzhar Nazli.

Semoga setiap perkongsian menjadi inspirasi untuk membentuk sikap yang lebih positif, meningkatkan disiplin, memperkukuhkan akhlak, serta menyemarakkan semangat menuntut ilmu demi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada Ustaz Idzhar Nazli atas perkongsian yang penuh manfaat. Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi asbab perubahan yang baik dalam diri setiap pelajar.

Temu Murni Tingkatan 2 & 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026MITTIS Kajang telah mengadakan Program Temu Murni Peperiksa...
04/08/2026

Temu Murni Tingkatan 2 & 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026

MITTIS Kajang telah mengadakan Program Temu Murni Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 sebagai platform untuk berkongsi perkembangan akademik dan sahsiah pelajar bersama ibu bapa serta penjaga.

Program ini memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbincang secara langsung bersama guru mengenai prestasi akademik, perkembangan sahsiah serta potensi anak-anak. Semoga segala maklum balas dan perancangan yang dibincangkan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pelajar pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta para guru yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat antara sekolah dan keluarga terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang di dunia serta akhirat.

"Islamic Education: To Build a Better Future"

10 Julai 2026 | Ceramah Tadabbur Al-Quran Alhamdulillah, para pelajar MITTIS Kajang telah berpeluang mengikuti Program C...
04/08/2026

10 Julai 2026 | Ceramah Tadabbur Al-Quran

Alhamdulillah, para pelajar MITTIS Kajang telah berpeluang mengikuti Program Ceramah Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

Semoga perkongsian yang penuh hikmah ini dapat menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran, memperkukuh kefahaman terhadap ayat-ayat Allah, serta menjadi panduan dalam membentuk akhlak dan sahsiah yang cemerlang.

Semoga segala usaha menjadi amal jariah dan terus melahirkan generasi huffaz yang berilmu, beramal dan berbakti kepada ummah.

1 Julai 2026 | Meneladani Sirah NabawiAlhamdulillah, telah berlangsung sesi ceramah bertajuk "Meneladani Sirah Nabawi" y...
15/07/2026

1 Julai 2026 | Meneladani Sirah Nabawi

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi ceramah bertajuk "Meneladani Sirah Nabawi" yang telah disampaikan oleh Ustaz Dzulkhairi Khairi bersama pelajar MITTIS Kajang.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan membuka hati kita untuk lebih mengenali, mencintai dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan. Sirah Baginda bukan sekadar sejarah, bahkan menjadi panduan dalam membentuk peribadi, memperkukuh iman serta menyemai nilai-nilai Islam yang unggul dalam diri.

Terima kasih kepada Ustaz Dzulkhairi Khairi atas perkongsian yang penuh hikmah. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dalam menyebarkan ilmu dan dakwah.

PEMERIKSAAN GIGI PERCUMA BERSAMA MEDINI DENTAL GROUP Alhamdulillah, pelajar MITTIS Kajang telah berpeluang mengikuti Pro...
13/07/2026

PEMERIKSAAN GIGI PERCUMA BERSAMA MEDINI DENTAL GROUP

Alhamdulillah, pelajar MITTIS Kajang telah berpeluang mengikuti Program Pemeriksaan Gigi Percuma yang dianjurkan dengan kerjasama Medini Dental Group di MITTIS Kajang.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian serta membudayakan amalan menjaga kebersihan gigi sejak usia muda. Terima kasih kepada pasukan Medini Dental Group atas khidmat, ilmu dan pemeriksaan yang telah diberikan kepada para pelajar.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab lahirnya generasi yang sihat, berilmu dan cemerlang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM 2026Alhamdulillah, Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM 2026 telah berjaya dilaksanak...
10/07/2026

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM 2026

Alhamdulillah, Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM 2026 telah berjaya dilaksanakan bersama para pelajar MITTIS Kajang. Program ini bertujuan membantu pelajar menguasai teknik menjawab mengikut kehendak peperiksaan, di samping meningkatkan pemahaman terhadap format soalan dan strategi memperoleh markah yang cemerlang.

Teruskan berusaha dengan penuh disiplin, berdoa tanpa henti, dan yakin bahawa setiap usaha yang ikhlas akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Address

Balakong

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+601112348480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor Kajang:

Shortcuts

Share