07/08/2026
๐๏ธ SELESAI DENGAN JAYANYA ๐๏ธ
Perkhemahan Ahli Muda Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Peringkat Daerah Jempol & Jelebu 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 & 6 Ogos 2026 di SK Tunku Muda Serting.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini khususnya pihak penganjur, guru-guru penasihat, urus setia, fasilitator, sukarelawan, ibu bapa serta para peserta yang memberikan komitmen dan kerjasama yang amat membanggakan.
Semoga perkhemahan ini menjadi satu pengalaman yang bermakna, menyemai semangat kesukarelawanan, kepimpinan, kerjasama berpasukan serta nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap ahli muda BSMM.
โจ Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh menjadi inspirasi untuk terus berbakti kepada masyarakat.
โBerilmu, Berbakti, Berjiwa Kemanusiaan.โ โค๏ธ๐ค