27/10/2023
[Cara Membaca Candlestick]
⚡ Dalam posting bertajuk "Candlestick" sebelum ini, kami telah kongsikan secara ringkas sejarah candlestick dan juga maklumat yang ada dalam 1 candlestick.
* Rujuk gambar di bawah untuk melihat point A, B, C, dan D.
▪ Sebaik sahaja pasaran saham (Bursa Malaysia) dibuka pada jam 9.00 pagi, harga saham akan dibuka di point A (harga buka).
▪ Semasa waktu dagangan, penjual menggerakkan pasaran dan menolak harga saham turun ke point B (harga terendah).
▪ Di point B, pembeli p**a menguasai pasaran dan menolak harga saham naik sehingga ke point C (harga tertinggi).
▪ Di point C, penjual kembali menguasai pasaran dan menolak turun semula harga saham dari point C (harga tertinggi) ke point D (harga tutup).