Kolej Komuniti Bagan Serai

Kolej Komuniti Bagan Serai Program Sepenuh Masa : Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan.

Kursus Pendek: Asas Perakaunan, Rancangan Perniagaan, Produk Makanan, Masakan, Komputer, Jahitan dan lain-lain.

Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026MSemoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus me...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026M

Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Kolej Komuniti Bagan Serai.

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN JULAI 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪

✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi12026 ; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai





SESI LAWATAN & PEMANTAUAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI I 2026/2027📍Nab Food Industries Sdn Bhd, Perak | 24 Ogos 2026 - ...
24/08/2026

SESI LAWATAN & PEMANTAUAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI I 2026/2027

📍Nab Food Industries Sdn Bhd, Perak | 24 Ogos 2026 - Telah berlangsungnya sesi lawatan dan pemantauan pelajar Latihan Industri (LI) Kolej Komuniti Bagan Serai bagi Sesi I 2026/2027 oleh pensyarah Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan, Ts. Nur Nafisa binti Shafie @ Mohd Alias bagi meninjau perkembangan pelajar sepanjang latihan industri.

Pelajar terlibat: Amirul Afnan bin Md Azmi
(Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan)

Pihak kolej turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nab Food Industries Sdn Bhd di atas kerjasama dan kesudian menerima pelajar Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan, Kolej Komuniti Bagan Serai bagi menjalani latihan industri serta memberikan pendedahan kepada suasana kerja sebenar di industri.

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN JULAI 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪

✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi12026 ; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai





SESI LAWATAN & PEMANTAUAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI I 2026/2027📍CTNOOR WORLDWIDE RESOURCES, Perak | 14 Ogos 2026 - T...
24/08/2026

SESI LAWATAN & PEMANTAUAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI I 2026/2027

📍CTNOOR WORLDWIDE RESOURCES, Perak | 14 Ogos 2026 - Telah berlangsungnya sesi lawatan dan pemantauan pelajar Latihan Industri (LI) Kolej Komuniti Bagan Serai bagi Sesi I 2026/2027 oleh pensyarah Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan, Ts. Nur Nafisa binti Shafie @ Mohd Alias bagi meninjau perkembangan pelajar sepanjang latihan industri.

Pelajar terlibat: Nurul Nabila Asyiqin Binti Ramli
(Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan)

Pihak kolej turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CTNoor Worlwide Resources di atas kerjasama dan kesudian menerima pelajar Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan, Kolej Komuniti Bagan Serai bagi menjalani latihan industri serta memberikan pendedahan kepada suasana kerja sebenar di industri.

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN JULAI 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪

✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi12026 ; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai





Nama Program : IP Youth Camp PolyCC 2026Tarikh : 15 - 17 Ogos 2026Lokasi : Murni Camp. Gopeng, Perak Penyertaan : Muhamm...
23/08/2026

Nama Program : IP Youth Camp PolyCC 2026
Tarikh : 15 - 17 Ogos 2026
Lokasi : Murni Camp. Gopeng, Perak
Penyertaan :
Muhammad Faiz Rezmi bin Mohd. Yusof (SPP 3A)
Fasha Qistina binti Mohd. Faddil (SPK 3B)

Seramai 2 orang pelajar Kolej Komuniti Bagan Serai telah terpilih untuk menyertai IP Youth Camp PolyCC 2026 yang di adakan di Murni Camp Gopeng Perak pada 15 - 17 Ogos 2026 yang lalu. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Kolej Komuniti Manjung merupakan tuan rumah bagi penganjuran IP Youth Camp kali ketiga ini.

Program ini adalah salah satu usaha PolyCC untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar PolyCC terhadap inovasi dan harta intelek (Intellectual Property, IP). Melalui modul interaktif dan berasaskan pengalaman, peserta telah diasah untuk berpemikiran kreatif di setiap aktiviti program. Aktiviti yang merangkumi cabaran pembangunan produk inovasi, cabaran survival alam sekitar, riadah kreatif, pembelian saham dan ceramah kesedaran kepentingan perlindungan hasil ciptaan merupakan antara pengisian program. Di akhir program pelajar telah berjaya menghasilkan pelbagai bentuk inovasi yang boleh diperolehi dari persekitaran dan alam semulajadi. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan ilham kepada pelajar untuk berpemikiran kreatif dan inovatif dalam kehidupan.

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN JULAI 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪

✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi12026 ; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai





PAMERAN PENDIDIKAN & DEMONSTRASI MASAKAN SEMPENA KOKOFEST SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 202622 Ogos 2026, Sabtu - Kolej Komunit...
23/08/2026

PAMERAN PENDIDIKAN & DEMONSTRASI MASAKAN SEMPENA KOKOFEST SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 2026

22 Ogos 2026, Sabtu - Kolej Komuniti Bagan Serai telah dijemput untuk mengadakan pameran pendidikan & demonstrasi masakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMK Abu Bakar Al-Baqir sempena KOKOFEST SMK Abu Bakar Al-Baqir 2026. Unit Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan yang diwakili oleh Pn. Nur Nafisa binti Shafie @ Mohd Alias dan Pn. Zunairah binti Abdul Ghani serta dibantu oleh 2 orang pelajar SPK telah mengadakan demonstrasi penghasilan mentega kacang & peanut butter truffle kepada pengunjung yang hadir.

Terdapat beberapa agensi lain juga terlibat dalam pameran tersebut antaranya Kolej Kemahiran Tinggi Mara, PERDA-Tech, UniKL, PTPTN, USAS dan pelbagai agensi lagi.

Pelbagai acara berinformasi dan penuh kreativiti telah menceriakan program ini antaranya pertandingan sukaneka, pertandingan mewarna, saringan kesihatan percuma, derma darah, gerai jualan makanan & minuman, soopa doopa serta petting zoo.

Semoga dengan adanya platform seperti ini dapat meluaskan lagi hebahan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kepada komuniti setempat khususnya dalam daerah Kerian.

SYABAS DAN TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Bagan Serai atas pencapaian  CEM...
21/08/2026

SYABAS DAN TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Bagan Serai atas pencapaian CEMERLANG dalam Laporan Skor Prestasi Bulanan PTJ KPT bagi Julai 2026. dalam Kementerian Pendidikan Tinggi. Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, kecekapan pengurusan dan amalan kerja berintegriti yang menjadi tunjang kecemerlangan institusi.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam mengekalkan prestasi cemerlang dan memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan. Komitmen secara kolektif ini diyakini mampu memastikan reputasi institusi kekal unggul sekali gus memberi impak yang signifikan kepada komuniti.

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN DISEMBER 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪
✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi22026_2027; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai










𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗭𝗢𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 Perhatian kepada semua bakal graduan Kolej Komuniti B...
21/08/2026

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗖𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗭𝗢𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛

Perhatian kepada semua bakal graduan Kolej Komuniti Bagan Serai (KKBSe)!

Bagi memastikan perjalanan Majlis Konvokesyen anda berjalan dengan lancar, sila ambil perhatian terhadap 𝗝𝗮𝗱𝘂𝗮𝗹 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 6 seperti berikut:

𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 6
Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)
Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗚𝗜 | 𝟵.𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜
PERAK CULINARY ART ACADEMY KOMUNITI CHENDEROH
KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR
KOLEJ KOMUNITI GERIK
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
KOLEJ KOMUNITI TAPAH
KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN
KOLEJ KOMUNITI MANJUNG
KOLEJ KOMUNITI TAIPING
KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH
KOLEJ KOMUNITI GOPENG
𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐈

𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧
Sesi II : 2024/2025
Sesi I : 2025/2026

Semua bakal graduan disarankan untuk membuat semakan jadual penuh, nama graduan serta maklumat berkaitan Majlis Konvokesyen melalui [Portal Rasmi Majlis Konvokesyen POLYCC 2026 Zon Tengah] https://konvotengah.puo.edu.my/

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔
Pastikan anda sentiasa menyemak Portal Rasmi Majlis Konvokesyen POLYCC 2026 Zon Tengah serta mengikuti saluran media sosial rasmi KKBSe bagi mendapatkan sebarang hebahan dan pengumuman terkini dari semasa ke semasa.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN KKBSe!!

"𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐢𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢."

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2026PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI (KKBSe)21 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Bagan ...
21/08/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2026
PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI (KKBSe)

21 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Bagan Serai (KKBSe) telah menyemarakkan semangat patriotisme melalui Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2025 yang penuh warna-warni! Dari nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik, bacaan doa, ucapan berinspirasi daripada pengarah, gimik pelancaran, hingga kibaran Jalur Gemilang bersama warga kolej – semuanya menjadi simbol cinta warga KKBSe kepada tanah air tercinta.

Dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus membara dengan semangat kemerdekaan demi Malaysia yang harmoni, maju dan sejahtera!

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN JULAI 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪

✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi12026 ; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai





KURSUS TATARIAS DAN KECANTIKAN BERSAMA SAHABAT USAHAWAN AIM TAHUN 202616 Ogos 2026 (Ahad) - Kursus Tatarias & Kecantikan...
17/08/2026

KURSUS TATARIAS DAN KECANTIKAN BERSAMA SAHABAT USAHAWAN AIM TAHUN 2026

16 Ogos 2026 (Ahad) - Kursus Tatarias & Kecantikan bersama Sahabat Usahawan AIM Tahun 2026 telah diadakan dengan penyertaan seramai 20 orang peserta. Kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali dunia solekan, tatarias & kecantikan, malah memberi pendedahan kepada peserta untuk menguasai kemahiran yang boleh menjadi aset dalam membina keyakinan diri dan potensi keusahawanan.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Nur Fatin Adilah Binti Azmi dengan bantuan Puan Nur Hidayah binti Jaaffar. Peserta didedahkan secara teori dan praktikal kepada:

💋 Jenis-jenis solekan
🧴 Langkah keselamatan dalam solekan
🪞 Bahan dan alatan solekan
✨ Mengenali bentuk wajah & teknik pembentukan wajah
✍️ Teknik melukis dan membentuk kening
👁️ Teknik solekan mengikut struktur mata
💄 Langkah-langkah solekan yang betul dan kemas

Semoga ilmu yang dipelajari khususnya bagi teknik solekan malam dapat memberi seribu potensi untuk dikembangkan kerana kemahiran yang diasah hari ini boleh menjadi pintu rezeki pada masa hadapan.

======================================

🔊🔊PENDAFTARAN TERBUKA PELAJAR BAHARU KE KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI BAGI AMBILAN JULAI 2026

✅ Program yang ditawarkan :
1️⃣ Sijil Pengoperasian Perniagaan 👨‍💼💵
2️⃣ Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan 🧑‍🍳🥐🍪

✅ Permohonan boleh di buat melalui :
1️⃣ Whatsapp : www.wasap.my/601156524292/Sesi12026 ; atau
2️⃣ Isi Borang Permohonan di http://bit.ly/jomdaftarkkbse ; atau
3️⃣ Walk in ke Kolej Komuniti Bagan Serai

📌Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/kkbaganserai





🌟 *UNDIAN KINI DIBUKA!* 🌟Tahniah kepada semua calon *Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27!*Kini tiba masanya untuk anda...
17/08/2026

🌟 *UNDIAN KINI DIBUKA!* 🌟

Tahniah kepada semua calon *Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/27!*

Kini tiba masanya untuk anda berkongsi kisah, pencapaian dan impak anda kepada masyarakat. Jemput keluarga, sahabat, pasukan serta komuniti anda untuk memberikan sokongan dan mengundi.

🔗 *Undi di sini:* https://vote.kelabwanitaikon.com/awim/anugerah-wanita-ikon-26 -anugerah-wanita-ikon-202627
📅 *Undian ditutup pada:* 15 October 2026 , 12 am

Selamat berkempen dan semoga berjaya! Anda semua merupakan inspirasi kepada wanita Malaysia. 🇲🇾✨

Address

No. 29, Jalan Syed Thaupy 2
Bagan Serai
34300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share