17/08/2026
Alhamdulillah,telah berlansung Pengajian Perdana bersama sama dengan Al Fadhil Ustaz Rijaluddin yang membahaskan tentang " Bukti Kecintaan kepada Rasulullah " .
Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah merupakan insan yang paling mulia,sebaik baik manusia,dan juga penghulu bagi segala Rasul dan para Anbiya.Kita telah memasuki bulan yang disebut oleh para Ulama iaitu dengan panggilan bulan " Syahru Nur " iaitu bulan Cahaya kerana kelahiran Baginda Rasulullah pada 12 Rabiul Awwal.
Didalam majlis ini juga,kita dapat mengenali bagaimana sifat fizikal baginda Rasulullah,anjuran amalan didalam bulan Rabiul Awwal.Usahakan didalam kesempatan bulan ini untuk kita memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah
صلى الله عليه وسلم.
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz diatas kesudian untuk berkongsi ilmu kepada kami semua
Tidak lupa juga kepada semua jemaah yang istiqomah hadir dan membawa kitab setiap kali pengajian.Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan memberi nusrah kepada kita dalam kehidupan seharian.
Kami mengajak Tuan Puan semua untuk sama sama berinfaq bagi membantu program Al Isyraqiah Berselawat yang akan berlansung pada Sabtu 29 Ogos 2026 .Sumbangan boleh disalurkan melaui no akaun yang tertera atau QR dibahagian komen
8604526700
CIMB BANK | PERTUBUHAN AL ISYRAQIAH
Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan pengurusan ditalian : wasap.my/60165242687/Infaq