11/05/2026
🌿 KEM KEPIMPINAN PENGAWAS MUDA 2026 🌿
Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Pengawas Muda SMK Alang Iskandar telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari yang penuh dengan pengalaman, cabaran dan pengisian bermakna.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan para pengawas muda. Antaranya termasuklah aktiviti ice breaking, flying fox, kembara malam, kembara sungai, ikhtiar hidup serta malam kebudayaan yang berjaya mencungkil bakat dan potensi pelajar.
Selain aktiviti lasak dan berkumpulan, pengisian kerohanian seperti solat berjemaah dan tazkirah turut menjadi tunjang dalam membina jati diri serta nilai kepimpinan yang berakhlak.
Semoga program ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berdisiplin, bertanggungjawab, berani menghadapi cabaran dan sentiasa bersedia untuk memimpin dengan penuh amanah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, fasilitator, pihak Tengas Adventure Nature Camp (TAN Camp) serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kem ini.
“Pemimpin lahir bukan kerana jawatan, tetapi kerana tanggungjawab dan keikhlasan.”