SMK BAGAN SERAI

Call Directions Contact the school

SMK BAGAN SERAI SMK BAGAN SERAI terletak di pusat bandar Bagan Serai. Merupakan sekolah yang dengan jumlah pelajar sekitar 1300 orang dan terdiri dari 3 kaum 1 Malaysia

Selamat datang dan selamat bertugas buat barisan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang baharu di SMK Bagan Serai. 🏫✨Keha...
21/09/2026

Selamat datang dan selamat bertugas buat barisan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang baharu di SMK Bagan Serai. 🏫✨Kehadiran anda melengkapkan lagi perjuangan kami di sekolah. Ayuh kita berganding bahu demi kecemerlangan anak-anak didik dan sekolah! 🚀💪

21/09/2026

🌹 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Hjh. Azrina binti Mohamed Zawawi atas pelantikan sebagai Penolong Kanan HEM, SMK Kuala Kurau. 🌹
Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dipermudahkan serta terus cemerlang dalam memimpin, membimbing dan mencurahkan bakti demi kecemerlangan warga SMK Kuala Kurau. 🤍
Selamat menjalankan amanah, Puan!
Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi buat semua. 🌷✨

🌷 MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH. AZRINA BINTI MOHAMED ZAWAWI 🌷Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, setiap jasa, bak...
20/09/2026

🌷 MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH. AZRINA BINTI MOHAMED ZAWAWI 🌷
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, setiap jasa, bakti dan kenangan yang tercipta akan sentiasa kekal di hati. 🤍
Terima kasih atas segala ilmu, bimbingan, pengorbanan dan jasa sepanjang bersama kami. Semoga terus melangkah dengan penuh bahagia dan dipermudahkan dalam setiap urusan. 🌹
Jasa dikenang, kasih disemai, selamanya dalam ingatan. 🥹❤️

20/09/2026
20/09/2026

SELAMAT BERSARA, PUAN ENGKU NAIMAH BINTI TUAN HUSSIN 🌷
Setiap langkah dalam dunia pendidikan meninggalkan kenangan, setiap ilmu yang dicurahkan menjadi bekalan dan setiap jasa akan terus dikenang. ❤️
Terima kasih atas segala bakti, dedikasi, kasih sayang dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di SMK Bagan Serai.
Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang dipenuhi ketenangan, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan masa indah bersama keluarga tercinta. 🌸
Jasamu dikenang, baktimu dihargai.
Selamat bersara dan selamat menikmati hari-hari bahagia! 💐
Ikhlas daripada KGKT & seluruh warga SMK Bagan Serai.
🤍 Sekali guru, selamanya dikenang.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾Salam Merdeka daripada Pentadbir dan seluruh warga SMK Bagan Serai. ❤️🤍💙💛Semarakkan pat...
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾
Salam Merdeka daripada Pentadbir dan seluruh warga SMK Bagan Serai. ❤️🤍💙💛

Semarakkan patriotisme, kukuhkan perpaduan!

Salam Maulidur Rasul 1448H. Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidu...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H. Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. 🤲🌿

 📅 27 & 28 Jun 2026🕗 8.00 pagi – 5.00 petang📍 Studio Seni Visual SMKBSPameran Apresiasi Seni Visual merupakan sebuah per...
26/06/2026



📅 27 & 28 Jun 2026
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Studio Seni Visual SMKBS

Pameran Apresiasi Seni Visual merupakan sebuah pertandingan seni halus dan seni kraf yang dianjurkan oleh PERMATA PSV Daerah Kerian, menampilkan hasil karya terbaik daripada sekolah-sekolah menengah. Setiap karya dipilih dengan teliti berdasarkan aspek kreativiti, penguasaan teknik, kejelasan mesej serta kesesuaian dengan tema “Alam Dijaga, Warisan Dijulang”.

Pameran ini bertujuan untuk menghargai bakat dan usaha murid dalam bidang seni visual, di samping memberi inspirasi kepada para pengunjung melalui kepelbagaian hasil karya seperti lukisan, catan dan seni kraf.

Tidak ketinggalan, pameran ini turut menampilkan hasil karya para guru sebagai tanda sokongan dan inspirasi dalam memartabatkan bidang seni visual.

Ayuh hadir dan sama-sama menghayati keindahan seni!

🚀Penampilan Khas Angkasawan Negara🚀Jangan lepaskan peluang bertemu dan mendengar perkongsian inspirasi daripada Angkasaw...
24/06/2026

🚀Penampilan Khas Angkasawan Negara🚀
Jangan lepaskan peluang bertemu dan mendengar perkongsian inspirasi daripada Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sempena Karnival Aspirasi Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2026.

📆27 Jun 2026
📍SMK BAGAN SERAI
⏰12.00 - 1.00 petang

Jom Meriahkan Karnival Aspirasi Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2026!Pelbagai aktiviti menarik menanti anda t...
24/06/2026

Jom Meriahkan Karnival Aspirasi Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2026!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk bicara motivasi bersama Angkasawan Pertama Malaysia Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Aktiviti lain - Pameran bergerak,derma darah,petting zoo,rumah hantu,kiosk jualan dan banyak lagi.

📆 27-28 Jun 2026
📍SMK BAGAN SERAI
⏰ 8.00 - 4.00 petang

Ayuh bersama-sama menyokong pembangunan sahsiah dan kecemerlangan kokurikulum generasi masa hadapan.

Address

Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057215289

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK BAGAN SERAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK BAGAN SERAI:

Shortcuts

Share

Category