Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud

Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud, Nursery, NO 59, LORONG 1, TAMAN SERAI ZAMRUD, Bagan Serai.

21/07/2023

Melentur Buluh dari Rebungnya ☺️
Salah Satu Tugas Mauallimah Di Pasti adalah untuk Memberi Ilmu Pengetahuan Kepada Anak-anak Pasti tentang Mengenal Allah dan Rasulnya bukan sekadar mengenal tetapi Muallimah2 cuba untuk mendalami lagi dengan berselawat ke atas Nabi dan memperdengarkan Sirah/kisah2 Nabi supaya dapat menerapkan dalam diri anak2 Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud untuk menjadi manusia yang hebat berjaya bukan sekadar didunia malah di akhirat kelak InsyaAllah.🌸🌸

Assalamualaikum W.R.TSALAM MAAL HIJRAH😉Pelajar : Apa Itu MAAL HIJRAH Muallimah?Muallimah : Baiklah, Persoalan yang Setia...
21/07/2023

Assalamualaikum W.R.T
SALAM MAAL HIJRAH😉

Pelajar : Apa Itu MAAL HIJRAH Muallimah?

Muallimah : Baiklah, Persoalan yang Setiap Tahun akan diajukan kepada muallimah🤭🤭🥰
Mari sini Muallimah beritahu sedikit pengertian tentang MAAL HIJRAH iaitu Hijrah atau perpindahan Rasulullah S.A.W dari Kota Mekkah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan islam dan juga kekuatan umatnya. Nabi diperintahkan berhijrah ketika pada tahun ke-14 kenabian. Dari situ lah nabi besarkan empayar islam di Madinah bersama orang2 islam yang lain☺️☺️☺️

Hijrah itu Pengorbanan,
Hijrah itu Perjuangan,
Hijrah itu Persaudaraan,
Hijrah membentuk Perpaduan.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan mereka" -Surah Al-Ra'd ayat 11.


🌸

Aasalamualaikum w.b.t Anak Ali Tebang Pokok Tebu,Indah suasana lihat awan,Hari ini hari rabu,Jangan lupa mainlah bersama...
07/06/2023

Aasalamualaikum w.b.t
Anak Ali Tebang Pokok Tebu,
Indah suasana lihat awan,
Hari ini hari rabu,
Jangan lupa mainlah bersama kawan.🤼

Pemainan Indoor Anak-anak Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud 😉😉👍

24/05/2023

Bersemangat pelajar2 PASTI buat perhimpunan harini. MasyaAllah laungan suara anak2 membangkitkan semangat guru2 untuk terus mendidik kalian 🥰

Jutaan terima kasih kepada YB Dato’ ustaz Ustaz Idris Ahmad(Parlimen Bagan Serai) dan YB ustaz Haji Razman Zakaria(Dun S...
17/05/2023

Jutaan terima kasih kepada YB Dato’ ustaz Ustaz Idris Ahmad(Parlimen Bagan Serai) dan YB ustaz Haji Razman Zakaria(Dun Semanggol) atas ingatan dan doa buat guru-guru Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud bagi kek yang sedap dan cantik.
……………………………………………………………………………

Terima kasih YB sudi datang Pasti bawa kek untuk raikan guru-guru sempena “Sambutan Hari Guru”🌷

SELAMAT HARI GURUSabarlah Cikgu  🌷Sabarlah CikguKetika kerja keraniandilonggokkan di mejamuDi celahan buku-buku latihana...
16/05/2023

SELAMAT HARI GURU

Sabarlah Cikgu 🌷

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar c**a marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...

SELAMAT HARI GURU JUGA BUAT IBU BAPA KERANA KALIANLAH MADRASAH PERTAMA ANAK2 KALIAN🫶🏻❤️

Jazakumullahu khairan kathira buat ibu bapa yang memberi hadiah buat guru-guru Pasti. Semoga Allah murahkan rezki kalian seprti air zam2 yang mengalir. Ada yg sponser kek lagi MasyaAllah🫰🏻

Ada juga buat sedikit sukaneka pelajar bersama guru sempena hari guru. Nantikan di next posting ya! 😊🙌🏻

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami Pihak Pasti Ar- Ridzuan Taman Serai Zamrud🌷Jazakumullahu...
11/05/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami Pihak Pasti Ar- Ridzuan Taman Serai Zamrud🌷

Jazakumullahu khairan kathira waahsanul jazak buat ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki dengan anak-anak Pasti. Alhamdulillah dan terima kasih buat ibu bapa. Kalian tersangatlah supportive dengan setiap aktiviti yang pihak Pasti jalankan 🥰

Gambar sekitar Sambutan Aidilfitri.
…………………………………………………………………………….


Jika ada ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak ke Pasti Ar-Ridzuan, bolehlah terus datang mendaftar di Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud👌🏻Kami masih lagi menerima pelajar dan mengalu-alukan kehadiran anak2 tuan/puan.

Boleh berhubung terus dengan ustazah Izzah di nombor yang tertera di bawah :-
010-5631493

Aktiviti: Kuih RayaObjektif: Pelajar membuat kuih raya mengikut arahan guru dan menghias mengikut kreativiti masing-masi...
13/04/2023

Aktiviti: Kuih Raya
Objektif: Pelajar membuat kuih raya mengikut arahan guru dan menghias mengikut kreativiti masing-masing.

Alhamdulillah aktiviti harini bersama pelajar Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud dalam pembuatan kuih raya bersama kawan-kawan dan bimbingan guru-guru.

TAHNIAH buat semua pelajar kerana dapat mengikut arahan guru dengan baik. Kuih anak2 semua menarik warna warni style anak2 la🥰 Lepas buat pakat2 teringin so bagi la makan, balik sekolah puasa semula hehe.

KUIH TANPA OVEN

1. Cornflakes madu
2. Popia Chocolate almond

Friday 7 April 2023(16 Ramadhan 1444H)Alhamdulillah berlangsungnya aktiviti harini buat semua pelajar Pasti Ar-Ridzuan T...
07/04/2023

Friday
7 April 2023(16 Ramadhan 1444H)

Alhamdulillah berlangsungnya aktiviti harini buat semua pelajar Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud iaitu “Penanda buku Ramadhan”(Ramadhan Karim dan nuzul Al-Quran).

Firman Allah S.W.T..

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍۢ مُّبَـٰرَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ٣

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).


MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN DI PASTI AR RIDZUAN TAMAN SERAI ZAMRUD BAGI SESI 2023/2024Alhamdulillah semuanya berjalan la...
26/03/2023

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN DI PASTI AR RIDZUAN TAMAN SERAI ZAMRUD BAGI SESI 2023/2024

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar👏Drama mengamuk,menangis,nak mama nak papa,nak balik rumah adalah perkara biasa pada minggu pertama sekolah🤭

Cikgu² semua telah bersiap sedia mengendalikan keadaan dengan tenang dan sabar 😊Insya Allah pada minggu ke 2 pasti anak-anak akan rasa lebih seronok untuk datang sekolah apabila sudah saling mengenali dengan kawan-kawan dan guru².🤗

Semua ini adalah proses untuk anak2 berpisah & berjauhan dari ibu ayah sekejap demi sebuah pelajaran & pengalaman✨

Terima kasih & Tahniah buat ibu bapa kerana memilih PASTI sebagai pendidikan awal bagi anak2.Tahniah & syabas juga buat anak2 PASTI kerana anda semua anak yang HEBAT💪



Aktiviti harini !!!🥰📍Rabu 15 Feb 2023 🌷Sambutan hari lahir pelajar Pasti Ar-Ridzuan dari bulan 9-12 dan Majlis perpisaha...
15/02/2023

Aktiviti harini !!!🥰
📍Rabu 15 Feb 2023

🌷Sambutan hari lahir pelajar Pasti Ar-Ridzuan dari bulan 9-12 dan Majlis perpisahan pelajar 6 tahun🥳
🌷Barakallulakum fi umrikum 🤲🏻

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

"Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim." (HR Ibnu Majah)

Selamat maju jaya buat pelajar 6 tahun kerana tidak lama lagi akan memasuki sekolah baru dan suasana baru. Semoga Allah permudahkan urusan semua anak-anak Pasti. Allahumma Ameen 🤲🏻🤲🏻

Address

NO 59, LORONG 1, TAMAN SERAI ZAMRUD
Bagan Serai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Ar-Ridzuan Taman Serai Zamrud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category