Alumni Intesaber - Altrasaber

Alumni Intesaber - Altrasaber Alumni SBPI Sabak Bernam (INTESABER) yang ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan semua bekas-bekas pelajar ke arah mewujudkan alumni rasmi.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam atau nama ringkasnya SBPI Sabak Bernam (INTESABER), merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Kampung Sungai Apong, dan kira-kira lima kilometer dari pekan Parit Baru dalam daerah Sabak Bernam. Kawasan sekolah ini seluas 40 ekar iaitu 32 ekar kawasan berpagar dan seluas lapan ekar tidak berpagar. Sekolah ini mula dibina pada bula

n Julai tahun 2000 dan siap dibina pada bulan Julai 2002 dengan kos sebanyak RM 36 juta. Susun atur bangunan-bangunan di sekolah ini terbahagi kepada empat zon utama iaitu zon pentadbiran, zon akademik, zon kediaman dan zon rekreasi serta gelanggang permainan. Zon pentadbiran mengandungi satu blok bangunan tiga tingkat dan sebuah dewan besar yang bernama Dewan Ibnu Khaldun. Zon akademik terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 36 bilik darjah, enam unit makmal, tiga unit bengkel, sebuah kantin dan sebuah surau (Surau As-Syakirin). Zon kediaman mengandungi dua blok asrama pelajar (lelaki dan perempuan) (Villa D' Putera/ Puteri), 16 unit kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah, empat unit rumah untuk pentadbir sekolah, satu blok dewan makan (lelaki dan perempuan) (Cafe D' Ria) dan taman permainan. Zon rekreasi dan gelanggang permainan mengandungi sebuah padang bola sepak, sebuah pavilion (Astaka Gemilang), sebuah padang hoki, gelanggang bola jaring, sepak takraw dan bola tampar serta dua buah gelanggang bola keranjang, dua buah pondok kawalan keselamatan, sebuah garaj bas, kereta dan motosikal. Kini sekolah ini juga mempunyai sebuah tapak perkhemahan yang boleh memuatkan lebih 300 peserta dalam satu masa. Sekolah ini mula beroperasi pada 8 Julai 2002 dengan pengambilan pelajar pertama iaitu pelajar tingkatan satu seramai 76 orang. Pengambilan pertama pelajar tingkatan empat pada tahun 2003 menawarkan dua aliran sahaja iaitu aliran Sains Agama (1 kelas) dan aliran Sains Tulen (2 kelas). Pada ketika itu jumlah gurunya seramai 15 orang. Puan Hajah Nahyah binti Atok adalah pengetua pertama sekolah ini. Encik Jaafar bin Rajuli sebagai Penolong Kanan, manakala Ustaz Ahmadi bin Abas menyandang jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada peringkat awal, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam. Oleh itu, pengambilan pelajar sulung sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS / JAPIM). Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada anak-anak negeri Selangor. Kemudian, pengurusan sekolah ini diambil alih oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selaras dengan perubahan pengurusan, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Sabak Bernam (SEMERBAK) dan kemudiannya bertukar p**a kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (SBPI Sabak Bernam). Pengambilan pelajar seterusnya terbuka kepada negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pahang. Kini SBPI Sabak Bernam menawarkan empat aliran mata pelajaran. Aliran tersebut ialah aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal dan Sains Tulen + Perakaunan. Sehingga bulan Oktober 2003, sekolah ini mempunyai pelajar seramai 316 orang iaitu 115 orang pelajar tingkatan satu, 122 orang pelajar tingkatan dua dan 79 orang pelajar tingkatan empat. Latar belakang ibubapa, penjaga pelajar di sekolah ini terdiri dari pelbagai status ekonomi, sama ada bekerja sendiri, sektor swasta dan kakitangan awam. Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam memiliki 218 pelajar lelaki dan 225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 443 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru. Kini SBPI SB semakin maju dan berkembang dengan pesat. Senarai Pengetua SBPI Sabak Bernam:
1. Puan Hajah Nahyah Binti Atok
2. Encik Halim Bin Mansor
3. Tuan Haji Shaharudin Bin Haji Mydin
4. Encik Abdul Malek bin Haron
5. Puan Azizah Binti Adnan (Kini)


Lagu Sekolah:

PEWARIS BUDAYA ILMU. SBPI Sabak Bernam
Pewaris budaya ilmu
Ilmu, Iman, Istiqamah
Teras juang warganya.. SBPI Sabak Bernam
Mutiara di lautan maju
Menjunjung hasrat mulia
Terbilang di dunia.. Kamilah warganya
Berikrar, bersetia
Berusaha menggapai jaya.. Kamilah warganya
Berusaha dan berbakti
Untuk ibu pertiwi.. SBPI Sabak Bernam
Mutiara di lautan maju
Menjunjung hasrat mulia
Terbilang di dunia 3x.. Lirik: Tuan Haji Rizuan Bin Atan (Guru Cemerlang BM Gred Khas JUSA C)


Ingat! Ulangtahun sekolah adalah pada 8 Julai setiap tahun. Ilmu, Iman, Istiqamah

Untuk lebih maklumat lanjut, sila follow instagram  🔥
02/02/2026

Untuk lebih maklumat lanjut, sila follow instagram 🔥

28/01/2026

JEMPUTAN SEMBANG SANTAI ALTRASABER 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera Altrasaber semua,

Beberapa sukarelawan Altrasaber bersama sokongan bekas guru dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi Sembang Santai Altrasaber 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
🕰 Masa: 12.30 tengahari
📍 Tempat: Balqis Restaurant, Level G, Shaftsbury Putrajaya
💰 Bayaran: RM30 seorang (5 tahun ke bawah percuma)

Inilah masanya untuk jumpa balik geng lama, borak panjang, mengimbau kenangan asrama dan untuk hidupkan semula semangat Altrasaber. Tiada agenda berat, tiada protokol ketat.

Sudi-sudikan isi pengesahan kehadiran di pautan berikut sebelum atau pada 30 Januari 2026:

https://forms.gle/MKishuSwsNqwnbuZ8

Jumpa anda di sana!

🔥Altrasaber untuk semua, Altrasaber selamanya🔥

Untuk All Altrasaber, guru-guru dan bekas guru yang disayangi, anda semua dijemput ke Majlis Sembang Santai Altrasaber p...
24/01/2026

Untuk All Altrasaber, guru-guru dan bekas guru yang disayangi, anda semua dijemput ke Majlis Sembang Santai Altrasaber pada 7 Februari 2026 jam 12.30 pm di Shaftsbury Putrajaya.

Tiada agenda spesifik, hanya sembang sambil pekena nasi arab mandi surrrr. Pendaftaran boleh dibuat melalui QR di poster atau link di bawah 🙌🏻

https://forms.gle/MKishuSwsNqwnbuZ8

Semarakkan semangat Altrasaber 🔥

Kelisa menanti tilan berembun,Jangan dicari  si ikan kurisi;Masa berganti bulan dan tahun,Kenangan memori tidakkan basi....
16/01/2026

Kelisa menanti tilan berembun,
Jangan dicari si ikan kurisi;
Masa berganti bulan dan tahun,
Kenangan memori tidakkan basi.

Altrasaber, jom?

Nantikan maklumat lanjut.

Debaran kian terasa!
25/07/2025

Debaran kian terasa!

19/07/2025

Hi warga Altrasaber,

Pasukan Bahas BM SBPISB akan bertanding di pusingan akhir PPM pada 26 Julai 2025, Putrajaya International Convention Centre (PICC). TEAM INTESABER akan menaiki bas dan van.
Namun, Van sekolah mengalami kemalangan bersama lori pada minggu lepas.
Maka, Sekolah memerlukan dana tambahan untuk sewaan van membawa pasukan dan guru team bahas dengan kos sekitar RM 1,500.

Sehubungan dengan itu, warga Altrasaber yang ingin membuat sumbangan boleh membuat bayaran terus ke akaun Koperasi sekolah berasrama penuh integrasi sabak bernam berhad

Bank rakyat
1100037840 (ref: BAHAS - ALUMNI)
Contact no : 0134008326 (Tchr Huda)

Ayuh semua warga Altrasaber kita berikan sokongan padu untuk pasukan bahas Intesaber 🐦‍🔥🔥

Tahniah kepada pasukan bahas BM 2025 INTESABER kerana masuk FINAL BAHAS HKSBP 2025. Kepada semua ALTRASABER jom sokong p...
26/06/2025

Tahniah kepada pasukan bahas BM 2025 INTESABER kerana masuk FINAL BAHAS HKSBP 2025.
Kepada semua ALTRASABER jom sokong pada 26 Julai 2025 di PICC.

Calling for Volleyball enthusiasts 📣KEJOHANAN MINI BOLA TAMPAR PIALA ALTRASABER 🏐Bagi yang berminat untuk menyertai kejo...
09/02/2025

Calling for Volleyball enthusiasts 📣
KEJOHANAN MINI BOLA TAMPAR PIALA ALTRASABER 🏐
Bagi yang berminat untuk menyertai kejohanan, bolehlah berhubung dengan Cikgu Mazanizam di 012-3905047 📞
Kejohanan akan berlangsung di sabak bernam dan yuran kejohanan seperti tertera👆🏻
Anjuran KBTKK 🤾🏻‍♂️


Salam semua 😄Sukacita dimaklumkan Altrasaber bakal menghantar 2 TEAM Bola Tampar (Wanita) dalam Liga Sukan Komuniti Saba...
31/05/2024

Salam semua 😄

Sukacita dimaklumkan Altrasaber bakal menghantar 2 TEAM Bola Tampar (Wanita) dalam Liga Sukan Komuniti Sabak Bernam 2024 nanti.

⏰ Masa : 8 pagi
🗓️ Tarikh : 15/6/2024 (Sabtu)
🏫 Tempat : SMK Seri Bedena, Sungai Besar

Ayuh kita turun beramai- ramai berikan sokongan kepada Skuad Altrasaber kita! 👍🏐

Cc : Sensei Mazanizam Bin Ahmad

Altrasaber with intesaber people. Simfoni Aidilfiri INTESABER 2024.
27/04/2024

Altrasaber with intesaber people. Simfoni Aidilfiri INTESABER 2024.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ☺️Perkara : Jemputan ke Simfoni Aidilfitri IntesaberTarikh : 27 April 2024Masa : 10:00...
16/04/2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ☺️

Perkara : Jemputan ke Simfoni Aidilfitri Intesaber
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 10:00 am - 1:30pm
Tempat : Dataran Informasi SBPISB

Warga SBPI Sabak Bernam sukacitanya menjemput para ibu bapa / alumni / bekas guru & akp SBPISB untuk turut serta dalam Jamuan Raya Aidilfitri ini 🎉 Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis ini.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ☺️Perkara : Jemputan ke Simfoni Aidilfitri IntesaberTarikh : 27 April 2024Masa : 10:00...
16/04/2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ☺️

Perkara : Jemputan ke Simfoni Aidilfitri Intesaber
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 10:00 am - 1:30pm
Tempat : Dataran Informasi SBPISB

Warga SBPI Sabak Bernam sukacitanya menjemput para ibu bapa / alumni / bekas guru & akp SBPISB untuk turut serta dalam Jamuan Raya Aidilfitri ini 🎉 Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis ini.

Di samping itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas berupa wang tunai atau pindahan wang kepada jawatankuasa program jamuan ke akaun berikut:

Nama Akaun : Kelab Guru & Kakitangan SBPI Sabak Bernam
No Akaun : 22-006-129592-0
Nama Bank : Bank Rakyat

Sila letakkan butiran transaksi seperti berikut :-
Reference :
- Alumni/ Bekas Guru atau Staf: "Status" (cth. Alumni/ BekasGuru/ BekasStaf)

Bagi memudahkan penyediaan juadah, diminta tuan/ puan dapat mengisi GoogleForm pengesahan kehadiran serta sumbangan ikhlas.

Pengisian GoogleForm akan ditutup pada 21/4/24 (Ahad) sebelum 12 malam bagi memudahkan pihak penganjur.

Kerjasama semua pihak amatlah kami hargai.

https://forms.gle/wrC2AtgqdppLYGKbA

Sebarang kemusykilan boleh merujuk ke no berikut :
1. 0132572877 (Cg Hisham)- Pengerusi Kelab Guru
2. 0145108747 (Cg Yusrin)-Penyelaras Program.

Sekian, Terima Kasih

Address

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
Bagan Nakhoda Omar
45100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Intesaber - Altrasaber posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni Intesaber - Altrasaber:

Shortcuts

Share

Category