15/11/2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 🌸❤️
Pada (13-15/11/2020) hari jumaat, sabtu dan ahad pelajar semester 4B Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal telah menganjurkan program amal WE CARE WE SHARE.
Program ini dapat mendidik pelajar lebih dekat dengan tangunggjawab, murah hati dan amanah. Selain itu, pelajar dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat lain di sekitar lokasi mereka. Dengan ini kami amat berasa gembira dan bersyukur kerana dapat menolong mereka yang memerlukan pada musim pandemik covid-19 ini.
LOKASI : PARIT BUNTAR DAN KAMPUNG PARIT HAJI WAHAB, PERAK
Sumbangan pertama saya kepada frontliner yang menjaga antara sempadan PARIT BUNTAR dan BANDAR BAHARU KEDAH. Saya dapat melihat kepenatan dan kelesuan frontliner itu ketika saya menghantar sumbangan yang berupa makanan bihun goreng kepada mereka. Wakil yang mengambil makanan tersebut berasa amat gembira dan berbanyak kali mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat☺️.
Sumbangan kedua saya kepada seorang makcik yang hanya tinggal sebatang kara dengan mencari rezeki mengajar anak-anak kecil yang berumur 7-12 tahun di Kampung Parit Haji Wahab itu mengaji al-quran , dengan hasil yang beliau perolehi dapat membeli barang keperluan dapur. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kita semua❤️.
Sumbangan yang terakhir saya di Kampung Parit Haji Wahab , ketika saya mendekati mereka , riak wajah mereka tersenyum lebar yang tak terhingga. Mereka juga berterima kasih dan mendoakan segala urusan kita dipermudahkan☺️❤️.