05/09/2026
5 September 2026 I 23 Rabiulawal 1448H
FELDA Neram 2
KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT DAERAH KEMAMAN
Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Daerah Kemaman menjadi wadah memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan digital, khususnya dalam melindungi diri daripada ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, pencurian identiti dan penyalahgunaan data peribadi.
Program ini turut menggalakkan penggunaan internet dan media sosial secara selamat, beretika, berhemah serta bertanggungjawab, di samping meningkatkan kefahaman ibu bapa dan golongan muda mengenai kepentingan pemantauan aktiviti dalam talian serta had umur minimum 16 tahun bagi pembukaan akaun media sosial sendiri.
Hadir bersama, YBrs. Tuan Haji Bukhari Yahya, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, SKMM; YBrs. Encik Mohd Fairus Muhamad, Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Timur, SKMM; YBrs. Puan Ezlin Sakinah Mat Sepin, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu; YBrs. Tuan Haji Abd Mubin Mohd Zain, Pengarah SKMM Negeri Terengganu; YBrs. Encik Khamis Mansor, Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik FELDA; serta YBrs. Encik Hasbullah Mohamad, Ketua Peneroka Gabungan FELDA Wilayah Terengganu.
Turut hadir Pegawai Kanan Pengurusan FELDA, Pengurus Rancangan Zon Selatan dan Kerteh serta Ketua-ketua Peneroka FELDA Wilayah Terengganu.
Kerjasama erat antara komuniti, agensi kerajaan dan pihak sekolah penting dalam membentuk masyarakat yang celik digital, bijak menilai serta lebih selamat dalam mendepani dunia siber.