17/08/2026
ππππππ ππππππππ ππππππππππ πππππππ-ππππ ππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππππππ πππππππ πππππππππππ πππππ ππππππ πππππππππ ππππππ πππππππ ππππ πππππ ππππ
Tarikh : 17 Ogos 2026 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Auditorium BSTP, Bukit Kiara
Sasaran: Barisan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan wakil sekolah-sekolah daerah Bangsar / Pudu
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu telah menganjurkan Dialog Aspirasi Kepimpinan Bersama-sama Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Peringkat Daerah Bangsar / Pudu Tahun 2026, sebagai wadah strategik untuk memperkukuh hala tuju, aspirasi serta agenda transformasi pendidikan, khususnya di daerah Bangsar Pudu.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang telah menyampaikan amanat dan aspirasi kepimpinan kepada barisan kepimpinan pendidikan. Penekanan diberikan terhadap kepimpinan berimpak tinggi, budaya kerja berprestasi, tadbir urus yang cekap, pengurusan sekolah berkualiti serta komitmen berterusan terhadap kemenjadian murid, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir ialah semua pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar / Pudu.
Dialog ini menjadi platform penting bagi memperkukuh komunikasi dua hala, perkongsian pandangan dan penyelarasan tindakan antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPD dan kepimpinan sekolah. Pelbagai isu strategik meliputi pengurusan sekolah, pembangunan murid, kecemerlangan akademik, kebajikan warga pendidikan serta usaha memperkasakan sistem pendidikan telah dibincangkan secara terbuka dan profesional.
Lebih daripada sekadar sesi dialog, pertemuan ini menjadi ruang untuk pemimpin sekolah mendapatkan pandangan, bimbingan dan hala tuju yang lebih jelas agar pengurusan sekolah terus berfokus, responsif, tangkas dan memberikan impak yang bermakna kepada kemenjadian murid.
Semoga dialog ini terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan sinergi, penyelarasan strategi dan pembudayaan kepimpinan yang berintegriti, progresif serta berimpak tinggi dalam mendepani cabaran pendidikan dan melonjakkan kualiti pengurusan serta prestasi sekolah.