Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk

Call Directions Contact the school

Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk 1Team 1Target Ke Arah PPD Bagan Datuk Nombor 1 Di Malaysia

๐Ÿค–โœจ **SELESAI | BENGKEL PENGINTEGRASIAN AI DALAM PdP**Alhamdulillah, selesai dengan jayanya **Bengkel Pengintegrasian AI ...
21/09/2026

๐Ÿค–โœจ **SELESAI | BENGKEL PENGINTEGRASIAN AI DALAM PdP**

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya **Bengkel Pengintegrasian AI dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)** melibatkan guru **Geografi, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Pendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Menengah Daerah Bagan Datuk**.

Program ini merupakan antara usaha berterusan **Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk melalui Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP)** dalam memperkasa kompetensi digital guru serta memperluas penggunaan teknologi dan **Artificial Intelligence (AI)** secara bermakna dalam PdP.

Sebagai pemacu transformasi pendidikan digital di peringkat daerah, **USTP PPD Bagan Datuk** terus memainkan peranan dalam menyediakan ruang penerokaan, perkongsian kepakaran dan pembangunan profesional agar guru bukan sekadar mengenali teknologi baharu, tetapi mampu **mengadaptasi dan mengintegrasikannya mengikut konteks mata pelajaran dan keperluan murid.** ๐Ÿ’ก๐Ÿค–

๐Ÿค Setinggi-tinggi **penghargaan dan terima kasih kepada Google Educator Group (GEG) Bagan Datuk** sebagai rakan strategik atas kerjasama serta perkongsian kepakaran, khususnya:

๐ŸŒŸ **Cikgu Wong Song Jie**
๐ŸŒŸ **Cikgu Noor Shizan bt Ibrahim**
๐ŸŒŸ **Cikgu Nury Najlaa bt Ismail**

Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan idea bersama warga pendidik Bagan Datuk.

Tahniah juga kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang bengkel. Semoga ilmu yang diperoleh diterjemahkan kepada **amalan PdP yang lebih kreatif, relevan dan bermakna di bilik darjah.** ๐Ÿš€๐Ÿ“š

**PPD Bagan Datuk | Memacu Pendidikan Digital, Memperkasa Guru, Menginspirasi Murid.**

๐ŸŽณ๐Ÿ† TAHNIAH PGBM BAGAN DATUK! ๐Ÿ†๐ŸŽณPejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas...
17/09/2026

๐ŸŽณ๐Ÿ† TAHNIAH PGBM BAGAN DATUK! ๐Ÿ†๐ŸŽณ

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Bagan Datuk atas kejayaan muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan Boling PGBM Perak. ๐Ÿฅˆ๐ŸŽณ

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga PGBM Bagan Datuk.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Bagan Datuk dalam setiap penyertaan pada masa akan datang.

Sekalung tahniah dan syabas daripada PPD Bagan Datuk! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

๐ŸŽณ PGBM Bagan Datuk โ€“ Terus Melangkah, Terus Cemerlang! ๐Ÿ’ชโœจ






๐ŸŒท SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI GURU BESAR DI DAERAH BAGAN DATUK ๐ŸŒทPejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk meraka...
15/09/2026

๐ŸŒท SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI GURU BESAR DI DAERAH BAGAN DATUK ๐ŸŒท

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua Guru Besar yang telah menerima amanah untuk menerajui sekolah-sekolah di daerah Bagan Datuk berkuat kuasa 09 September 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkasa pengurusan serta kepimpinan sekolah demi memastikan kemenjadian murid dan kecemerlangan pendidikan terus menjadi keutamaan.

PPD Bagan Datuk sentiasa mengharapkan agar kepimpinan dipermudahkan, diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menghadapi setiap cabaran serta berjaya membawa sekolah masing-masing ke tahap yang lebih cemerlang.

Selamat menjalankan tugas dan selamat memimpin!
Semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menggalas amanah pendidikan demi masa depan anak-anak Bagan Datuk. ๐ŸŒŸ

Ikhlas daripada:
Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk







MAJLIS MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH BAGAN DATUK, TAHUN 2026. Tarikh: 14 September 2026 (Isnin)Masa: 1:00 tengah ...
15/09/2026

MAJLIS MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH BAGAN DATUK, TAHUN 2026.

Tarikh: 14 September 2026 (Isnin)
Masa: 1:00 tengah hari - 5:00 petang
Tempat: Dewan SM Sains Bagan Datoh

Majlis yang merupakan anjuran Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran PPD Bagan Datuk ini adalah bertujuan untuk menelusuri dan menghayati sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W disamping merapatkan ukhuwah antara Guru Pendidikan Islam dalam daerah.

Ucapan terima kasih diberikan kepada Tuan Haji Mohd Fahmi bin Tajuid, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bagan Datuk atas penyempurnaan majlis penutupan yang sangat memberikan inspirasi. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua warga PPD yang terlibat, guru-guru Pendidikan Islam daerah dan juga terima kasih kepada SM Sains Bagan Datoh Official atas kerjasama sepanjang majlis berlangsung.

Semoga Majlis Multaqa Guru Pendidikan Islam Daerah ini menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, memperkasa kompetensi serta menyatukan tekad para pendidik dalam melahirkan generasi berilmu, beradab dan berakhlak mulia, seterusnya memartabatkan Pendidikan Islam di daerah.



DIALOG PRESTASI SPM 2026 BIL.2/2026Fokus: Peperiksaan Percubaan SPM 2026Tarikh: 14 September 2026 (Selasa)Masa: 2:00 pet...
15/09/2026

DIALOG PRESTASI SPM 2026 BIL.2/2026

Fokus: Peperiksaan Percubaan SPM 2026
Tarikh: 14 September 2026 (Selasa)
Masa: 2:00 petang
Tempat: Bilik Al-Falah 6, PPD Bagan Datuk

Telah berlangsung dialog prestasi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Tajuid, Pengetua-pengetua sekolah menengah daerah Bagan Datuk beserta Timbalan PPD, Pegawai SIP+ dan Pegawai SISC+.

Dialog Prestasi ini adalah bertujuan untuk membincang dan berkongsi idea serta pendapat tentang analisis pencapaian semasa calon, mengenalpasti jurang dan isu kritikal, menilai keberkesanan intervensi yang telah dilaksana serta menyelaras strategi pecutan akhir yang berfokus dan berimpak tinggi ke arah peningkatan pencapaian Peperiksaan SPM 2026.

Daripada data kepada tindakan, daripada intervensi kepada keberhasilan, InsyaAllah. Setiap calon diberi peluang untuk mencapai potensi terbaik dalam SPM 2026.



MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (MJKD) BIL.2 / 2026Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)Tempat: Bilik Mesyuarat MRSM B...
15/09/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (MJKD) BIL.2 / 2026
Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat MRSM Bagan Datuk

MJKD Bil.2 telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Tajuid, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bagan Datuk dengan memfokuskan perbincangan bersama tentang:

1. RPM 2026-2035: Minimum C bagi 4 mata pelajaran
2. MBMMBI: Program Karisma
3. Data Pemulihan Khas
4. Memperkukuhkan Kemahiran Asas 3M Murid Pemulihan Khas: Pembentangan oleh SJKT Ladang Kamatchi
5. SPM, STPM dan STAM
6. Perkongsian Program Fokus Calon Cemerlang dan Peningkatan GPS: Pembentangan oleh SMK Hutan Melintang
7. Kurikulum Persekolahan 2027

Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat dan memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang MJKD berlangsung. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada MRSM Bagan Datuk kerana memberi ruang dan peluang menggunakan Bilik Mesyuarat beserta fasilitinya.

Mesyuarat ini diharapkan dapat menyatukan kefahaman, menyelaraskan tindakan dan memperkukuhkan intervensi berasaskan data demi memastikan kualiti pelaksanaan kurikulum serta pencapaian murid terus dipertingkat.



๐Ÿ† TAHNIAH & TERIMA KASIH KONTINJEN BAGAN DATUK! ๐Ÿ†Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet da...
14/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & TERIMA KASIH KONTINJEN BAGAN DATUK! ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet dan pasukan Bola Tampar, Boling, Petanque, Sepak Takraw dan Golf yang telah mewakili Bagan Datuk dalam PSKPP Negeri Perak Fasa 1 yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 11 hingga 13 September 2026.

๐Ÿ‘ Syabas atas komitmen, semangat juang, disiplin dan kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan. Setiap tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan demi membawa nama Bagan Datuk amatlah dihargai.

๐Ÿ’ช Tidak kira apa jua keputusan yang dicapai, keberanian untuk turun berjuang, semangat kesukanan dan usaha memberikan yang terbaik merupakan satu kebanggaan buat kita semua.

๐Ÿ™ Terima kasih juga kepada para jurulatih, pengurus pasukan, pegawai serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada kontinjen Bagan Datuk.

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas kepada semua!
Anda semua telah membawa nama Bagan Datuk dengan penuh semangat dan kebanggaan.

Teruskan berjuang, teruskan melangkah dan teruskan mengharumkan nama Bagan Datuk! ๐Ÿ’ช๐Ÿ†

BAGAN DATUK BOLEH! ๐Ÿ”ฅ












SOU SPM 2026: Program Nyala Rasa Pegawai Pendidikan Daerah bersama Calon Potensi Cemerlang SPM 2026Alhamdulillah pada 10...
13/09/2026

SOU SPM 2026: Program Nyala Rasa Pegawai Pendidikan Daerah bersama Calon Potensi Cemerlang SPM 2026

Alhamdulillah pada 10 September 2026 bertempat di SMK Seri Muara telah berlangsungnya satu program berbentuk motivasi kepada calon potensi cemerlang SPM 2026.

Program ini merupakan program yang ditunjangi oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Tajuid, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bagan Datuk bagi menghadirkan 'Nyala Rasa' dalam kalangan pelajar SPM yang berpotensi cemerlang untuk menghadapi Peperiksaan SPM 2026 yang akan bermula tidak lama lagi.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat menaikkan motivasi dan kesediaan pelajar untuk menghadapi Peperiksaan SPM nanti.




๐Ÿ TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR PPD BAGAN DATUK! ๐ŸSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar ...
12/09/2026

๐Ÿ TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR PPD BAGAN DATUK! ๐Ÿ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar PPD Bagan Datuk atas kejayaan muncul sebagai Naib Johan dalam Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Perak Kali Ke-53 Tahun 2026. ๐Ÿฅˆ๐ŸŽ‰

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, kerjasama berpasukan, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh barisan pemain dan jurulatih. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Walaupun bergelar Naib Johan, pencapaian ini tetap membanggakan dan menjadi bukti bahawa PPD Bagan Datuk mampu bersaing di pentas yang lebih tinggi.

Teruskan perjuangan, kekalkan semangat kesukanan dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas sekali lagi! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Anda semua adalah kebanggaan PPD Bagan Datuk! โค๏ธ๐Ÿ







๐Ÿ† TAHNIAH SJK(C) POOI SENG! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SJK(C) Pooi Seng, Bagan Datuk atas kejayaan merai...
07/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH SJK(C) POOI SENG! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SJK(C) Pooi Seng, Bagan Datuk atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 Sekolah Terbaik Penyertaan Keseluruhan dalam Minecraft Education Challenge 2026 Peringkat Negeri Perak. ๐ŸŽฎโ›๏ธ

Pencapaian ini mencerminkan komitmen sekolah, bimbingan guru serta semangat murid dalam meneroka kreativiti, inovasi dan teknologi digital.

๐Ÿ‘ Syabas SJK(C) Pooi Seng! Teruskan mencipta, meneroka dan melakar lebih banyak kejayaan!

Address

Pejabat Pendidikan Bagan Datuk
Bagan Datuk
36100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6056466436

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk:

Shortcuts

Share

Category