11/06/2026
📢*HEBAHAN PROGRAM IRIS 2026*
🌟 *IKON RABBANI IRSHADIAH* *SMARISH (IRIS) 2026*🌟
Dua Program • Satu Matlamat
👳🏻 Imam Muda Gen-Z
🧕🏻 Jawahirul Maqnun
Sekolah Menengah Agama Irshadiah (SMARISH) dengan sukacitanya menganjurkan Program IRIS 2026, sebuah program bersiri yang bertujuan mencungkil, membimbing dan mengiktiraf pelajar yang cemerlang dari segi ilmu, sahsiah, kepimpinan serta keterampilan diri.
Program ini akan berlangsung melalui beberapa peringkat saringan. Pada penghujung program, seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang berjaya melepasi setiap peringkat penilaian akan dipilih sebagai Ikon Rabbani Irshadiah SMARISH 2026 dan seterusnya menerima anugerah khas daripada pihak sekolah sebagai penghargaan atas kecemerlangan yang ditunjukkan.
Jom sertai Fasa 1: Bacaan Solat dan mulakan langkah anda menuju gelaran ikon terbaik SMARISH!
📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Dewan SMA Irshadiah
🏆 Hadiah Keseluruhan: RM500
✨ "Membina Generasi Berilmu, Beradab dan Berkualiti."
Ayuh sertai perjalanan ini dan buktikan bahawa anda layak menjadi ikon yang membanggakan sekolah! 💫🌹