18/09/2026
๐น๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐น
Tahniah diucapkan kepada Kakitangan Terbaik MRSM Bagan Datuk!
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada warga kerja yang telah dipilih sebagai Kakitangan Terbaik bagi bulan OGOS 2026. Anugerah ini adalah pengiktirafan atas komitmen tinggi, dedikasi tanpa jemu serta integriti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Semangat dan etika kerja yang ditunjukkan bukan sahaja memberi impak positif kepada organisasi, malah turut menjadi contoh dan inspirasi kepada rakan sekerja yang lain.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dalam kerjaya dan menyumbang kepada kecemerlangan MRSM Bagan Datuk secara keseluruhan.
Syabas dan terus maju jaya!
Nurturing Future Caliphs