Sek. Men. Imtiaz Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak

Sek. Men. Imtiaz Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak JAIPk/SMAR/BD.02/26

Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi kini membuka pengambilan pelajar baharu Sesi 2027 bagi calon berumur 13 Tahun.✨ A...
15/08/2026

Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi kini membuka pengambilan pelajar baharu Sesi 2027 bagi calon berumur 13 Tahun.
✨ Aliran Sains Tulen Bermula Dari Menengah Rendah
✨ Pembelajaran Berasaskan Ulul Albab
✨ Akademik Cemerlang & Sahsiah Terbilang
✨ Pendidikan Holistik Berteraskan Al-Quran
⚠️ Kekosongan adalah terhad.
📌 Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan semasa sesi temuduga atau menghubungi pihak sekolah di talian:

🔗 Klik pautan pendaftaran yang disediakan.
https://forms.gle/S796gHQSYHf5JDC76

"Menjana Generasi Quranik" ✨

26 Julai 2026 | Program YA BUNAYYA 2.0Sempena Program YA BUNAYYA 2.0, turut berlangsung Majlis Pelantikan Majlis Perwaki...
27/07/2026

26 Julai 2026 | Program YA BUNAYYA 2.0

Sempena Program YA BUNAYYA 2.0, turut berlangsung Majlis Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027. Majlis ini diadakan sebagai simbolik penyerahan amanah dan tanggungjawab kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah dipilih untuk menerajui organisasi pelajar sepanjang sesi 2026/2027.

Diharapkan barisan MPP yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti, amanah dan dedikasi serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah. Semoga kepimpinan yang dibentuk mampu melahirkan pelajar yang berwibawa, berakhlak mulia dan sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam setiap aspek.

26 Julai 2026 | Program YA BUNAYYA 2.0Sempena Program YA BUNAYYA 2.0, turut diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Program A...
26/07/2026

26 Julai 2026 | Program YA BUNAYYA 2.0

Sempena Program YA BUNAYYA 2.0, turut diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Al-Quran bagi Bulan Julai sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan komitmen, kesungguhan dan istiqamah dalam menghafaz serta mentasmik al-Quran.

Anugerah Tasmik Terbanyak

* Minggu Pertama: Abdul Basit (44 muka surat)
* Minggu Kedua: Habib (34 muka surat)
* Minggu Ketiga: Habib (25 muka surat)

Anugerah Mukhtar Khatam

* Juzuk 24: Umar Ziqry
* Juzuk 23: Umar Ziqry
* Juzuk 21: Hizqil
* Juzuk 14: Fattah Fauzan
* Juzuk 11: Ajwad Zaem
* Juzuk 2: Izz Al Hadi
* Juzuk 1: Nawwaf Shaqiqi

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus istiqamah mendampingi al-Quran serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.

MAJLIS TASLIM ATAKALIF Majlis Taslim Atakalif ialah majlis simbolik penyerahan anak-anak oleh ibu bapa kepada pihak seko...
26/07/2026

MAJLIS TASLIM ATAKALIF

Majlis Taslim Atakalif ialah majlis simbolik penyerahan anak-anak oleh ibu bapa kepada pihak sekolah sebagai satu amanah untuk dididik, dibimbing dan diasuh menjadi insan yang berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Dalam masa yang sama, pihak sekolah menerima amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Address

Kampung Sungai Balai Darat
Bagan Datoh
36200

Telephone

+60197713411

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek. Men. Imtiaz Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek. Men. Imtiaz Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak:

Share

Category