Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki

Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki Laman Rasmi Tuan Guru
Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki

Dirgahayu TuankuMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputer...
31/05/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh hikmah dan adil.

Daulat Tuanku
Allah Peliharakan Sultan

Sembah Takzim
Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki
Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan
Penasihat Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan

๐Ÿ“– PENGAJIAN PERDANA KHATAMAN KITAB ๐Ÿ“–Alhamdulillah, muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir bagi mengikuti Pengajia...
31/05/2026

๐Ÿ“– PENGAJIAN PERDANA KHATAMAN KITAB ๐Ÿ“–

Alhamdulillah, muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir bagi mengikuti Pengajian Perdana Khataman Kitab Hasyiah Addusuqi 'Ala Ummil Barahin yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki.

Majlis ilmu ini merupakan peluang berharga untuk menambah kefahaman agama, menghidupkan tradisi talaqqi serta mengambil keberkatan daripada para ulama.

๐Ÿ—“ Tarikh: 3 Jun 2026 (Rabu)
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Pondok Assobirin

โœจ Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini dan menghidupkan hati dengan cahaya ilmu serta zikir kepada Allah SWT.




28 Mei 2026 | Madrasah Darul Zahraa Kuala BerangTuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki sempat meluangkan mas...
29/05/2026

28 Mei 2026 | Madrasah Darul Zahraa Kuala Berang

Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki sempat meluangkan masa menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan Ustaz Muhammad Bin Abdullah (Ustaz Mad Kecik) dan pasangan.

Majlis kesyukuran tersebut berlangsung di Madrasah Darul Zahraa Wal Tahfizil Quran Kuala Berang Terengganu.

"ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ ู„ูƒู…ุง ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ูŠูƒู…ุง ูˆุฌู…ุน ุจูŠู†ูƒู…ุง ููŠ ุฎูŠุฑ"
"Semoga Allah memberkati kamu berdua, melimpahkan keberkatan atas kamu berdua, dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan."

Tuan Guru Syeikh Haji
Wazir Bin Che Awang Al-Makki

๐ŸŒ™โœจ Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H โœจ๐ŸŒ™Semoga Aidil Adha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menambah...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Semoga Aidil Adha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menambahkan lagi rasa syukur serta pengorbanan dalam diri kita semua.

Marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan ketaatan Nabi Ismail AS demi meraih reda Allah SWT.

Semoga segala ibadah, korban dan amal soleh diterima oleh Allah SWT.

ุนูŠุฏูƒู… ู…ุจุงุฑูƒุŒ ูˆูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ ๐Ÿค

๐ŸŒ™ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐ŸŒ™Hari Arafah ialah hari yang penuh rahmat, keampunan dan kemuliaan di sisi Allah...
25/05/2026

๐ŸŒ™ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ก ๐ŸŒ™

Hari Arafah ialah hari yang penuh rahmat, keampunan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Maka janganlah kita melepaskan peluang untuk memperbanyakkan zikir, doa, istighfar serta munajat kepada Allah SWT.

Bagi yang tidak menunaikan haji, marilah sama-sama kita berpuasa sunat Hari Arafah kerana ganjarannya amat besar.

Sabda Nabi SAW:
โ€œPuasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€

Perbanyakkan juga membaca:

โ€œู„ูŽุง ุฅูู„ูฐู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒโ€

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan keberkatan dan rahmat-Nya kepada kita semua. ๐Ÿค

3 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok YIK Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki menerima kunjungan ziarah mah...
03/05/2026

3 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok YIK

Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki menerima kunjungan ziarah mahabbah oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Yang Berhormat Senator mengunjungi Tuan Guru dalam rangka kerjanya selama berada di negeri Kelantan.

Yang Berhormat Senator juga sempat menunaikan fardu zohor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berusaha Ustaz Ismail Bin Ishak, Timbalan Syeikh II Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Pondok YIK.

MAJLIS MAULID PERDANADengan penuh hormat dan sukacita, anda semua dijemput menghadiri Majlis Maulid Perdana.๐Ÿ—“๏ธ 28 April ...
28/04/2026

MAJLIS MAULID PERDANA

Dengan penuh hormat dan sukacita, anda semua dijemput menghadiri Majlis Maulid Perdana.

๐Ÿ—“๏ธ 28 April 2026 (Selasa)
๐Ÿ•• 7 petang
๐Ÿ“ Masjid Al-Munir, Mukim Pantai Senok, Bachok, Kelantan

๐ŸŽ™๏ธ Bersama tetamu istimewa:
โ€ข Prof. Dr. Habib Abdullah Muhammad Zein bin Syihab
โ€ข Dr. Habib Abdulrahman bin Ali Al-Haddad
โ€ข Syeikh Mukhtar Hashim Jamil Al-Yamani
โ€ข Tuan Guru Syeikh Haji Wazir bin Che Awang Al-Makki
โ€ข Tuan Guru Baba Haji Wan Rosli bin Wan Ibrahim

โœจ Pengisian Majlis:
โ€ข Solat Maghrib Berjemaah
โ€ข Bacaan Maulid
โ€ข Tausiah
โ€ข Solat Isya' Berjemaah

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini.

โ€œSemua Dijemput Hadir Beramai-Ramaiโ€

MAJLIS HAUL IMAM AL-HADDAD KELANTANTEMA: Memilih TemanDengan penuh hormat dan sukacita, anda semua dijemput menghadiri M...
25/04/2026

MAJLIS HAUL IMAM AL-HADDAD KELANTAN
TEMA: Memilih Teman

Dengan penuh hormat dan sukacita, anda semua dijemput menghadiri Majlis Haul Imam Al-Haddad peringkat Kelantan.

๐Ÿ—“๏ธ 30 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ•• 6.00 Petang
๐Ÿ“ Masjid Ayesha, Mukim Pekan Kok Lanas, Ketereh, Kelantan

๐ŸŽ™๏ธ Bersama tetamu istimewa:
โ€ข Prof. Dr. Habib Abdullah Muhammad Zein bin Syihab
โ€ข Dr. Habib Abdulrahman bin Ali Al-Haddad
โ€ข Syeikh Mukhtar Hashim Jamil Al-Yamani
โ€ข Tuan Guru Syeikh Haji Wazir bin Che Awang Al-Makki
โ€ข Tuan Guru Baba Haji Wan Rosli bin Wan Ibrahim

โœจ Pengisian Majlis:
โ€ข Majlis Khatam Al-Quran
โ€ข Solat Maghrib Berjemaah
โ€ข Bacaan Ratib Al-Haddad
โ€ข Maulid Akbar

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini.

โ€œSemua Dijemput Hadir Beramai-Ramaiโ€

18 April 2026 | 29 Syawal 1447Hari ini, Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki hadir ke Masjid Gong Chapa, T...
18/04/2026

18 April 2026 | 29 Syawal 1447

Hari ini, Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki hadir ke Masjid Gong Chapa, Temila, Pasir Puteh bagi mengiringi YAB Perdana menteri dalam rangka kerja beliau di Kelantan.

YAB Perdana Menteri menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Lawatan Masjid yang sebelum ini telah mendapat peruntukan pembangunan dari Kerajaan Persekutuan.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YAB Menteri Besar Kelantan.

Sejumlah RM20 juta diumumkan ketika ucapan YAB Perdana Menteri di majlis berkenaan bagi tujuan program pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan dan RM500 ribu diperuntukkan untuk SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Bachok bagi kerja-kerja baik pulih akibat kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

"Kelantan Bumi Bertuah"
"Terus Berkhidmat Untuk Agama"

Address

Pusat Pengajian Pondok (YIK)
Bachok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category