24/02/2024
*NISFU SYAโBAN TERMASUK 5 MALAM MUSTAJAB DOA โ IMAM AS-SYAFIโE RA*
1. Malam Jumaat
2. Malam Raya Adha
3. Malam Raya Fitri
4. Malam awal bulan Rejab
5 Malam pertengahan / Nisfu Syaโban
_Kelebihan Malam Nisfu Syaโban_
Bulan Syaโaban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.
Malah pada pertengahan Bulan Syaโaban yang dipanggil Nisfu Syaโaban adalah antara malam yang dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaโaban.
> Daripada Muโaz bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ููุทููููุนู ุงูููู ุฅูููู ุฎููููููู ูููู ููููููุฉู ุงููููุตููู ู
ููู ุดูุนูุจูุงูู ููููุบูููุฑู ููุฌูู
ูููุนู ุฎูููููู ุฅููููุง ููู
ูุดูุฑููู ุฃููู ู
ูุดูุงุญููู
_Maksudnya: โAllah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Syaโban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhanโ. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]_
15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 25 Februari 2024 (Ahad) *Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Syaโban akan disambut pada malam 24 Februari 2024 (Sabtu), selepas masuk waktu Maghrib.
> Doa Bulan Sya'aban
ุงููููู
ูู ุจูุงุฑููู ููููุง ููู ุฑูุฌูุจู ููุดูุนูุจูุงููุ ููุจูุงุฑููู ููููุง ููุจููููุบูููุง ุฑูู
ูุถูุงูู
_Maksudnya: โYa Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaโban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.โ_
Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
Moga Allah ampunkan segala dosa kita limpahkan rezeki dengan penuh berkat diberikan kesihatan yang berpanjangan semoga kita dapat melakukan amal soleh yang memberi ganjaran kepada kita di akhirat kelak insyaAllah..
Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Bulan Ramadan pada tahun ini, Insya Allah.
_Terus salurkan sumbangan prihatin anda pada pautan ini :_
https://smuhidayah.com/form/2024-danasmuhi-whatsapp
*ATAU*
_Sumbangan Manual :_
BIMB : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. Acc : 03018010170162
PENAMA : PENGETUA SMU(A) AL-HIDAYAH AL-ISLAMIAH
REFERENCE : SMUHI 2024
SALAM NISFU SYA'ABAN DARIPADA SMUHI : SMU(A) AL-HIDAYAH AL-ISLAMIAH