SK Banggol Saman

SK Banggol Saman SK Banggol Saman merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampung Banggol Saman

23 OGOS 2026MALAYSIA TECHLYMPICS ZON TIMURUNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK), BACHOK πŸ€–πŸš€Tahniah dan syabas kepada semua p...
26/08/2026

23 OGOS 2026

MALAYSIA TECHLYMPICS ZON TIMUR
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK), BACHOK πŸ€–πŸš€

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam Malaysia Techlympics Zon Timur. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus meneroka dunia teknologi, inovasi dan STEM! 🌟

23 OGOS 2026TAHNIAH & SYABAS KEPADA PEMENANGPERTANDINGAN ANTIDADAH πŸ†πŸŽ‰Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus m...
26/08/2026

23 OGOS 2026

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PEMENANG
PERTANDINGAN ANTIDADAH πŸ†πŸŽ‰

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus menjauhi dadah dan memilih gaya hidup yang sihat serta positif. πŸ’ͺ✨

🌟 MAJLIS PELANCARAN DUTA BAHASA DAN SAHABAT BAHASA SK BANGGOL SAMAN πŸŒŸπŸ“š Bahasa jiwa bangsa, bahasa penghubung kita semua!...
26/08/2026

🌟 MAJLIS PELANCARAN DUTA BAHASA DAN SAHABAT BAHASA SK BANGGOL SAMAN 🌟

πŸ“š Bahasa jiwa bangsa, bahasa penghubung kita semua! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dengan penuh semangat, SK Banggol Saman telah melancarkan Duta Bahasa dan Sahabat Bahasa bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan warga sekolah. πŸ—£οΈπŸ“–βœ¨

Program ini diharapkan dapat menyemarakkan budaya berbahasa yang betul, santun dan yakin serta melahirkan murid yang mampu berkomunikasi dengan baik dalam pelbagai situasi. πŸ’ͺ🌈

πŸ“… 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 7.45 pagi – 9.15 pagi
πŸ“ Dewan Iltizam, SK Banggol Saman

Semoga Duta Bahasa dan Sahabat Bahasa menjadi inspirasi, contoh teladan dan penggerak budaya bahasa di sekolah! 🌟

πŸŽ‰ Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Duta Bahasa dan Sahabat Bahasa SK Banggol Saman!







🌺 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ16 Ogos 2026 | Dewan Iltizam, SK Banggol SamanSemarak patriotisme dan cinta akan ...
16/08/2026

🌺 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 Ogos 2026 | Dewan Iltizam, SK Banggol Saman

Semarak patriotisme dan cinta akan negara diserlahkan dalam Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan SK Banggol Saman dengan tema β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Semoga semangat merdeka terus mekar dalam diri seluruh warga SKBS, menyemai rasa bangga menjadi rakyat Malaysia serta mengukuhkan perpaduan demi negara tercinta. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Taklimat PBD, Psikometrik, SEGAK & MPT4 oleh Tuan Guru Besar πŸ“šβœ¨Satu sesi perkongsian khas bersama ibu bapa bagi meningka...
14/08/2026

Taklimat PBD, Psikometrik, SEGAK & MPT4 oleh Tuan Guru Besar πŸ“šβœ¨

Satu sesi perkongsian khas bersama ibu bapa bagi meningkatkan pemahaman tentang PBD, Psikometrik, SEGAK dan MPT4, di samping membantu ibu bapa memberi sokongan yang lebih berkesan agar anak-anak lebih fokus dan bersemangat dalam pembelajaran.

Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa atas komitmen serta kehadiran yang diberikan. πŸ’ Semoga kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah terus menjadi pemangkin kejayaan anak-anak. ❀️







πŸ“… 12 Ogos 2026 | RabuPerjumpaan Kokurikulum bagi Kelab Perpaduan, CyberKids, Usahawan Muda, Kerjaya dan Pendidikan Islam...
13/08/2026

πŸ“… 12 Ogos 2026 | Rabu

Perjumpaan Kokurikulum bagi Kelab Perpaduan, CyberKids, Usahawan Muda, Kerjaya dan Pendidikan Islam telah berlangsung dengan lancar. 🌟

Pada sesi kali ini, murid turut menjalani latihan intensif bagi persiapan Pertandingan Koir yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2026. 🎢🎀

Semoga latihan yang berterusan dapat meningkatkan keyakinan, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

Teruskan berlatih dan berikan yang terbaik! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 3 Ogos 2026 | IsninMurid Prasekolah SK Banggol Saman turut serta memeriahkan Kejohanan Futsal PPD Kota Bharu 2026. ⚽️✨...
12/08/2026

πŸ“… 3 Ogos 2026 | Isnin

Murid Prasekolah SK Banggol Saman turut serta memeriahkan Kejohanan Futsal PPD Kota Bharu 2026. ⚽️✨

Pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak kecil kita untuk belajar tentang keberanian, kerjasama dan semangat kesukanan. πŸ’ͺ❀️

Tahniah dan syabas anak-anak! πŸ‘
Teruskan bermain, belajar dan mencipta kenangan indah bersama! 🌟

Program Jalinan Strategik: Laluan Kecemerlangan Akademik & Peluang Pendidikan 2026 πŸ“šβœ¨πŸ“… 2 Ogos 2026πŸ“ Dewan An Nur, SK Ban...
12/08/2026

Program Jalinan Strategik: Laluan Kecemerlangan Akademik & Peluang Pendidikan 2026 πŸ“šβœ¨

πŸ“… 2 Ogos 2026
πŸ“ Dewan An Nur, SK Banggol Saman

Perkongsian bersama Puan Nik Siti Hajjar binti Mat Taib, Kaunselor MRSM Pasir Tumboh, berkaitan kecemerlangan akademik dan peluang pendidikan untuk murid Tahun 6.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan inspirasi kepada semua murid. πŸŽ“βœ¨

PART 2πŸ† Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan 2026Tahniah Rumah Bendahara atas kejayaan muncul sebagai Juara Keselur...
30/07/2026

PART 2

πŸ† Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan 2026

Tahniah Rumah Bendahara atas kejayaan muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan SK Banggol Saman 2026! πŸŽ‰

Syabas kepada semua guru dan murid atas usaha, semangat dan kerjasama sepanjang kejohanan. Tahniah juga kepada semua rumah sukan yang telah memberikan saingan terbaik.





PART 1Hari Penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Banggol Saman 202630 Julai 2026Alhamdulillah, tirai Kejohanan Sukan Tahuna...
30/07/2026

PART 1
Hari Penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Banggol Saman 2026

30 Julai 2026

Alhamdulillah, tirai Kejohanan Sukan Tahunan SK Banggol Saman 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan. Hari terakhir dimeriahkan dengan pelbagai acara larian, tarik tali serta acara khas untuk ibu bapa yang menceriakan suasana serta mengeratkan hubungan antara sekolah dan komuniti.

Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa, jawatankuasa dan semua pihak yang telah memberikan komitmen sepanjang kejohanan ini. Tahniah kepada semua peserta dan para pemenang. Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan ukhwah yang terjalin terus berkekalan.





Address

Bachok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Banggol Saman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category