24/08/2026
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN BIL. 5/2026 (KALI KE-96)
BANGI, 23 OGOS 2026 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 5/2026 (Kali ke-96) bertempat di Tenera Hotel & Suites, Bangi, Selangor.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menjalankan Fungsi Pengerusi LPU UMK, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff dan dihadiri oleh kesemua barisan Ahli LPU serta Ex-Officio UMK.
Mesyuarat Lembaga secara bulanan ini diadakan bagi memastikan pencapaian semasa universiti seiring dengan Pelan Strategik UMK30 dalam memperkasakan agenda keusahawanan berimpak tinggi seterusnya memacu kecemerlangan UMK di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pengurusan Tertinggi UMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah atas komitmen, pandangan dan sumbangan idea yang bernilai demi kelestarian universiti.
Kita Bersama
EntrepreneurshipUniversity
umk4u1hati1jiwamalaysiamadani