20/08/2022
Ada kawan saya, dia nak jadi doktor,
Ketika asasi, tak dapat.
Akhirnya dia menjadi doktor gigi, mengambil course science biochem. Ambil course sekian-sekian, menjadi hebat.
Dia bersyukur tak dapat jadi doktor.
Ada kawan, dia dapat tawaran pergigian, akhirnya ketika asasi, dibuka tawaran untuk masuk asasi perubatan, akhirnya dia menjadi doktor.
Ada kawan, dia tak dapat tawaran perubatan, dia pergi sendiri ke Mesir, UK dan sebagainya, bayar sendiri guna duit parents, akhirnya jadi doktor.
Ada orang, dia tak minat pun nak jadi doctor, rasa tak layak, selalu fail exam, akhirnya dipermudahkan untuk dia jadi doktor, kemudian dia jadi minat.
Ada orang, keluar dari jadi doktor; ketika houseman. Dia ambil master kaunseling.
Ada orang, berusaha habiskan houseman, kerja setahun MO, quit KKM, sebab rasa tak mampu jadi doktor di hospital. Nak buat locum sahaja di klinik, ada kebebasan masa.
Ada orang, dicampak ke sabah sarawak, bertahan kerja setahun sebagai MO, akhirnya tak boleh jauh dari keluarga, dia keluar KKM. Lebih bahagia.
Ada orang, buka klinik.
Ada orang, jadi MO Resident klinik.
Ada orang, jadi Locum di klinik swasta.
Ada orang, kalau boleh dia nak quit KKM, dia harap dia tak dapat permanent post, supaya mungkin lebih senang untuk dapat pengurangan denda JPA, iaitu kena bayar RM250 ribu jadi berkurang… tup-tup dia dapat tawaran tetap. Jadi semakin s**ar untuk dia berhenti…
‘Alah, pergi interview tu untuk cukupkan syarat je… buat tak perfect, sijil pun tak cop, jawab pun sembang je… kenapa dapat permanent p**a? Huhu; susah dah la nak quit…”
Saya belajar sesuatu melalui kawan-kawan saya ni.
Yakin akan rencana Allah.
Ada sebab Allah tak bagi kita tetap.
Ada sebab kenapa Allah bagi kita jawatan tetap.
Ada sebab Allah mudahkan atau s**arkan kita untuk jadi doktor, sebab Allah tahu kelak ada hikmah di bahagian lain itu.
Sekarang.
Rasa sedih.
Rasa down.
Rasa kenapa tak dapat apa yang aku nak?
Sematkan keyakinan.
Allah tahu; ini yang terbaik buatku.
Teruskan keyakinan.
Teruskan berbuat baik.
Teruskan asah soft skill.
Teruskan menjadi manusia bermanfaat.
Kerana orang baik ni, tercampaklah di mana-mana pun, ia akan dis**ai ramai.
Apabila kita dis**ai ramai,
Itulah kunci rezeki kita.
Jangan memilih untuk buat baik pada bos je, marah dan tengking sekian orang.
Baiki hati.
Berbisik pada diri.
Ya Allah, tempatkanlah aku di tempat yang terbaik untuk diriku, kebaikan untuk duniaku dan akhiratku. Kau tahu banyak, kami tahu sedikit.
Allah Ya Razzaq, mudahkan lah rezeki kami.
S**a kata Prof Muhaya.
“Nak tahu apa yang bakal kita dapat? Tengoklah apa value yang kita beri pada dunia! Jadi manusia bermanfaat, rezeki akan datang melalui itu…”
“Tengok Steve Job, Mark Zukerberg, Bill Gates… dia dapat banyak, sebab memberi value pada manusia lain…”
Hikmah itu tak nampak dalam sehari dua.
Suatu hari nanti kita akan berkata,
“Ya Allah, terima kasih 5-10 tahun lepas uji aku begini dan begitu…”
Tambahkan keyakinan pada Allah.
Jangan berputus asa dari rahmat Allah.
Ingat!
Allah sayang kita, lebih dari mak kita, sayang pada kita.
Kita berusaha dan buat ini dan itu, berdoa bagai, itu sebagai amalan soleh.
Dapat begini atau begitu, adalah mengikut RENCANA dan RAHMAT Allah.