Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI

  • Home
  • Malaysia
  • Bachok
  • Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) UMK adalah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan

InsPeK merupakan sebuah organisasi yang menumpukan kepada pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan berkaitan kemiskinan di Malaysia dan global serta menyediakan model untuk menguruskan kemiskinan.

🌙 **SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ** 🌙**“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ﷺ itu terdapat contoh teladan yang baik.”**— Surah Al...
24/08/2026

🌙 **SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ** 🌙

**“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ﷺ itu terdapat contoh teladan yang baik.”**
— Surah Al-Ahzab, 33:21

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) merakamkan **Salam Maulidur Rasul ﷺ** kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati perjuangan Baginda serta meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dan menjadi pedoman dalam membentuk insan yang berakhlak, prihatin dan saling menyantuni.

**اللهم صل وسلم على نبينا محمد** 🤍

🌹 *Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ daripada warga InsPeK.*

InsPeK ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Mohamad Lukman bin Ahmad Saberi, staf Institut Penyelidikan dan Pengurusan...
13/08/2026

InsPeK ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Mohamad Lukman bin Ahmad Saberi, staf Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) atas kejayaan merangkul emas bagi acara Petanque bagi kategori perseorangan lelaki sempena Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-46 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2026.

https://www.facebook.com/share/1MNTUF9RfL/?mibextid=wwXIfr

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan ucapan Tahniah kepada Mohamad Lukman bin Ahmad Saberi, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPEK) atas kejayaan merangkul emas bagi acara Petanque bagi kategori perseorangan lelaki sempena Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-46 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2026.

Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK


11 Ogos 2026 (Selasa) | Perbincangan Kolaborasi InsPeK, UMK dan MINDA, UKM di UKM Bangi.Institut Penyelidikan dan Pengur...
11/08/2026

11 Ogos 2026 (Selasa) | Perbincangan Kolaborasi InsPeK, UMK dan MINDA, UKM di UKM Bangi.

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), UMK telah mengadakan sesi perbincangan bersama MINDA, UKM bagi memperkukuh kolaborasi strategik dalam usaha memahami serta menangani isu kemiskinan secara lebih menyeluruh dan berasaskan bukti.

Kolaborasi ini memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran dan pengetahuan berkaitan realiti kemiskinan yang bersifat pelbagai dimensi, termasuk kerentanan warga emas, kanak-kanak, petani dan nelayan, pekerja gig, penjawat awam serta komuniti Orang Asli.

InsPeK, UMK dan MINDA, UKM turut bersetuju untuk meneroka penganjuran Policy Roundtable secara berkala serta pelaksanaan kajian kohort (cohort study) bagi menjejak perubahan kehidupan isi rumah rentan dari semasa ke semasa. Inisiatif ini diharapkan dapat menyokong penghasilan data dan bukti yang lebih tepat bagi memperkukuh syor serta intervensi dasar berkaitan kemiskinan.

Kolaborasi strategik ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan antara institusi akademik dan penyelidikan dalam menyumbang kepada agenda pembasmian kemiskinan serta pembangunan kesejahteraan masyarakat secara berterusan.

Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA-UKM), Dr. Anuar Ahmad (Timbalan Pengarah MINDA-UKM) dan Dr. Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK),






7 Ogos 2026 (Jumaat) | Perbincangan InsPeK dan Maybank Islamic Berhad berkaitan Rumah Komuniti OKU di PROKA di Kuala Lum...
11/08/2026

7 Ogos 2026 (Jumaat) | Perbincangan InsPeK dan Maybank Islamic Berhad berkaitan Rumah Komuniti OKU di PROKA di Kuala Lumpur.

InsPeK, UMK telah mengadakan perbincangan bersama Maybank Islamic Berhad berkaitan perancangan strategik bagi meningkatkan kesejahteraan Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di PROKA melalui pelaksanaan Rumah Komuniti OKU. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kemudahan dan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan komuniti OKU, khususnya melalui Rumah Komuniti OKU yang telah siap dibina serta perancangan pembangunan rumah komuniti baharu yang akan dibina di PROKA Bachok.

Inisiatif ini diharapkan dapat menyediakan persekitaran yang lebih kondusif, selamat dan inklusif, di samping menjadi platform bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan, pemerkasaan dan kebajikan komuniti OKU secara berterusan. Kerjasama strategik antara InsPeK, UMK dan Maybank Islamic Berhad ini juga berpotensi memperkukuh jaringan antara institusi akademik, pihak korporat dan komuniti dalam merealisasikan agenda kesejahteraan serta meningkatkan kualiti hidup golongan OKU di PROKA.

Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Andri bin Abdullah Zawawi (Ketua Pengurusan Zakat, Maybank Islamic), Dr. Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK), Dr. Zulhisyam bin Abdul Kari @ Abdullah (Felo Bersekutu InsPeK) dan Encik Hafizi bin Mat Salleh (Pegawai Penyelidik Sosial InsPeK).






6 Ogos 2026 (khamis) | Perbincangan Kolaborasi antara UMK melalui  InsPeK dan AURA serta Kementerian Pembangunan Usahawa...
10/08/2026

6 Ogos 2026 (khamis) | Perbincangan Kolaborasi antara UMK melalui InsPeK dan AURA serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Putrajaya.

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan satu sesi perbincangan kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan untuk meneroka potensi dan ruang kerjasama yang strategik dalam pelaksanaan program pembangunan keusahawanan dan Koperasi bagi menjamin kesejahteraan komuniti terutamanya komuniti miskin yang terlibat dalam keusahawanan. Inisiatif pembangunan usahawan dan komuniti ini diharapkan dapat memperkasakan usahawan agar lebih berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran sosioekonomi semasa.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Elya Marini binti Darmin (Deputy Undersecretary, Cultural Section / Head of PROTEGE, KUSKOP). Delegasi dari UMK dihadiri oleh Dr. Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK), Dr. Siti Amaliya Binti Mohd Radyi (Pengarah Aura), Dr. Zulhisyam bin Abdul Kari @ Abdullah (Felo Bersekutu InsPeK) serta staf InsPeK.






Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn.Fatihah binti Abdullah (Penolong Pegawai Tadbir,...
02/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn.Fatihah binti Abdullah (Penolong Pegawai Tadbir, InsPeK UMK) atas segala jasa dan khidmat di InsPeK. InsPeK ingin mengucapkan selamat maju jaya dan terus cemerlang di tempat baru.

Sisipan Akhbar: perkongsian daripada Dr Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK) berkaitan "Ilmu, Komuniti dan Ha...
02/08/2026

Sisipan Akhbar: perkongsian daripada Dr Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK) berkaitan "Ilmu, Komuniti dan Harapan Masa Hadapan serta Universiti dan Komuniti bergerak Seiringan" dan Dr Nur Ida Fatihah Che Shalifullizam (Felo Bersekutut InsPeK, UMK) berkaitan Pemakanan dan Nutrien dalam Ikan kelah serta Ekoeplancongan Ikan Kelah" dalam BERNAMA dan Harian Metro berkaitan "Sebungkus Nasi Yang Mengubah Nasib Sebatang Sungai.

https://bernama.com/bm/bfokus/news.php?alam-sekitar&id=2588351

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1391931/sebungkus-nasi-yang-mengubah-nasib-sebatang-sungai?

ikan kelah, ekopelancongan, konservasi, kepercayaa

21 JULAI 2026 | Selasa – PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK PENANAMAN HERBA DI PASIR MAS InsPeK UMK telah melaksanakan pemant...
21/07/2026

21 JULAI 2026 | Selasa – PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK PENANAMAN HERBA DI PASIR MAS

InsPeK UMK telah melaksanakan pemantauan projek berkaitan penanaman herba di Pasir Mas yang diketuai oleh Dr. Zulhisyam Bin Abdul Kari @ Abdullah (Felo Bersekutu InsPeK) dan dihadiri oleh Dr. Ateerah binti Abdul Razak (Felo Bersekutu InsPeK) serta Staff InsPeK, Dr. Musfiroh Jani (Ketua Projek) serta ahli dan wakil Komuniti.

Pemantauan dimulakan dengan perbincangan kemajuan pelaksanaan projek antara InsPeK, Ketua Penyelidik dan Wakil Komuniti. Tujuan perbincangan dan pemantauan diadakan adalah untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek dan juga kelestarian projek bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan mencapai objektif pelaksanaanya dan menjamin kesejahteraan hidup komuniti di kawasan berkenaan melalui projek tersebut.




20 Julai 2026 (Isnin) | Kunjungan Hormat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke Projek InsPeK di Tumpat, Kelantan.Institut P...
21/07/2026

20 Julai 2026 (Isnin) | Kunjungan Hormat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke Projek InsPeK di Tumpat, Kelantan.

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi meneroka perusahaan sosial yang dipraktikkan oleh InsPeK. Antara projek yang dilawati adalah Projek Hub Perusahaan Sosial Pemprosesan Produk Hiliran di Tumpat, Kelantan, Projek Roti Madrasah Home-based untuk Peningkatan Sosial Komuniti Asnaf di Madrasah Tahfiz Ummu Halimah, Tumpat, Perusahaan Kak Yah Budu Paye dan Perusahaan Kak Pah Ike Bekok di Pantai Geting, Tumpat.

Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi prosedur pengurusan projek bersama komuniti di Tumpat, Kelantan. Kunjungan hormat dan sesi perkongsian ini diharapkan dapat memperkasakan komuniti sasaran agar lebih berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran sosioekonomi semasa.

Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri oleh Prof. Dr. Cordelia Mason selaku wakil daripada UniKL. Manakala delegasi InsPeK diketuai oleh Dr. Ateerah binti Abdul Razak, Felo Bersekutu InsPeK dan dihadiri oleh Puan Siti Asma binti Md Rasdi, Pengawai Penyelidik Sosial dan Puan Nurwani Syamimi binti Mohd Nasir, Pegawai Penyelidik. Turut hadir Ketua Projek Lembah Barakah iaitu Prof. Madya Dr. Derweanna binti Bah Simpong.






29 Jun 2026 (Isnin) | Perbincangan Kolaborasi antara InsPeK, UMK dan Cement Industries Sdn Berhad (CIMA) di Perlis. Inst...
30/06/2026

29 Jun 2026 (Isnin) | Perbincangan Kolaborasi antara InsPeK, UMK dan Cement Industries Sdn Berhad (CIMA) di Perlis.

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan satu sesi perbincangan kolaborasi bersama Cement Industries Sdn. Bhd bagi meneroka potensi kerjasama dalam pelaksanaan program Corporate Social Responsibilty (CSR) dan Program pembinaan kapasiti bagi kesejahteraan komuniti miskin.

Perbincangan ini bertujuan untuk mengenal pasti ruang kerjasama strategik yang dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan komuniti melalui CSR dan program pembinaan kapasiti dalam kalangan komuniti yang memerlukan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup mereka. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkasakan komuniti sasaran agar lebih berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran sosioekonomi semasa.

Sesi perbincangan tersebut telah dihadiri oleh pihak CIMA iaitu Puan Zanariah Ghani selaku Ketua Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Cement Industries Sdn. Bhd, Mr Hari Krishna Subramaniam (Ketua Loji Simen CIMA Perlis), Encik Hairi Azmeer Hasbullah (Ketua Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran CIMA Perlis), Encik Saiful Hakim Shukor (Pen. Pengurus Jabatan Hal Ehwal Luar Dan Komunikasi Korporat CIMA), Puan Nurulaida Jasin ( lPegawai, Jabatan Hal Ehwal Luar Dan Komunikasi Korporat CIMA). Delegasi dari InsPeK p**a dihadiri oleh Dr Ahmad Fahme bin Mohd Ali (Pengarah InsPeK, UMK), Dr. Nur Ida Fatihah binti Che Shalifullizam (Felo Bersekutu InPeK) serta staf InsPeK.






Address

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI:

Shortcuts

Share