Taska Al Syifa

Taska Al Syifa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Taska Al Syifa, Childcare service, Simpang Empat Rekang Tangok Bachok, Bachok.

Tahniah di atas  kejayaan Anugerah Sokongan Cemerlang sempena Majlis Apresiasi dan Ulangtahun TAT dan TAS ke 20 Kami Tad...
28/12/2024

Tahniah di atas kejayaan Anugerah Sokongan Cemerlang sempena Majlis Apresiasi dan Ulangtahun TAT dan TAS ke 20

Kami Tadika Al-Taqwa dan Taska Al-Syifa amat menghargai kepercayaan dan kesetiaan keluarga kalian terhadap perkhidmatan kami. Keputusan kalian untuk terus menghantar anak-anak di tadika taska, walaupun ujian dan rintangan bepindah di tempat kerja di daerah lain adalah satu penghormatan besar buat kami.

Menjaga dan mendidik kesemua tujuh orang anak kalian merupakan satu amanah yang sangat kami hargai. Melihat perkembangan mereka setiap hari menjadi motivasi kepada seluruh pasukan kami untuk terus memberikan yang terbaik.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan, kepercayaan, dan kesetiaan yang kalian berikan. Ia menjadi bukti bahawa nilai-nilai pendidikan dan penjagaan yang kami terapkan dihargai oleh keluarga seperti kalian

Kami berdoa agar keluarga kalian terus di Rahmati, dan kami berjanji akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua anak didik di Tadika dan Taska Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar Tadika Al-Taqwa dan Taska Al-Syifa.

25/12/2024
27/09/2024

Alhamdullilah.. selesai sudah sambutan Maulidur Rasul 1446H diadakan di Tadika Al Taqwa. Anak anak dapat melaksanakan amalan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan baik.

Selain itu, pengisian utama sambutan Maulidur Rasul diselit dengan Aktiviti Simulasi Jual Beli, Bagi melatih perkembangan anak anak mencapai KEJAYAAN - AL FALAH. Seiring dengan tema Maulidur Rasul tahun ini (AL FALAH PEMACU MALAYSIA MADANI)

Kisah kisah Nabi Muhammad saw. haruslah dilihat sebagai teladan:-

✅ Nabi Muhammad s.a.w membantu bapa Saudaranya (Abu Thalib) berniaga.
✅ Merangsang perkembangan anak-anak dengan memperlihatkan sifat Nabi dalam urusan jual beli iaitu bersifat SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATONAH.
✅ Menyemai perasaan kasih, sayang dan sabar, Kerana sifat-sifat itu amat disukai Allah, ia adalah warisan dari PEMBAWA RAHMAT SEKALIAN ALAM.
✅ Mendedahkan kanak-kanak dengan ASAS MUAMALAT dalam Islam dengan melakukan akad jual beli.

Terima Kasih, kepada ibu ayah yang bertungkus lumus menyediakan produk untuk urusan Simulasi jual beli, mendeko gerai jualan dan menyediakan dokumen Jualan ( INVOIS ), serta Memberi sokongan dan semangat..

Ucapan terima kasih juga kepada ibubapa dan anak-anak yang tidak terlibat dgn gerai Jualan, Anda semua telah menjadi tonggak sokongan buat Kami. Terima kasih sekali lagi kerana menyediakan Juadah untuk majlis ini.

Kami mengharapkan sokongan ini berterusan daripada pihak ibubapa untuk program - program yang akan datang.

Address

Simpang Empat Rekang Tangok Bachok
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 06:45 - 17:30
Tuesday 06:45 - 17:30
Wednesday 06:45 - 17:30
Thursday 06:45 - 16:30
Sunday 06:45 - 17:30

Telephone

+60139144431

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Al Syifa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska Al Syifa:

Shortcuts

Share