14/05/2024
Satu aspek penghargaan penting dalam sejarah pendidikan saya ialah kepada guru yang mengajar saya khat, imlak dan jawi.
Kesabaran dan ketelitian serta betapa berseninya tulisan mereka sentiasa mengagumkan saya.
Ustaz Saleh, ketika saya di sekolah rendah cukup teliti ketika mengasah bakat saya dalam tulisan khat dan jawi. Malangnya, saya tidak begitu berbakat ππ Asyiklah dapat hadiah sagu hati. ππ
Tetapi bapa saya menyambung tugas itu di rumah dengan memberikan sepenuh perhatian kepada proses meraut pensil khat saya setiap hari dan melatih saya menulis jawi sehingga mahir.
Ya, bapa saya ialah jurulatih utama saya kerana kami dua beranak cukup meminati seni khat dan tulisan jawi. Tulisan jawi bapa saya sangat kemas! Bukan seperti tulisan saya yang seperti cakar ayam πππ
Impaknya, untuk nota harian, mesyuarat ringkas dan ceramah yang saya hadiri, saya akan mencatat sepenuhnya dalam tulisan jawi.
Cikgu-cikgu tulisan jawi pasti akan mengetuk tangan saya kerana banyak salah dalam ejaan jawi saya ππ Ampun Cikgu! Tak sempat semak sistem ejaan jawi terkini π
π
Khazanah tulisan jawi adalah sebahagian daripada tradisi kekuatan tamadun bangsa Melayu. Ia mesti terus dibugar dan dipertahankan sebagai kekayaan khazanah bangsa untuk generasi akan datang.
Selamat Hari Guru! π«°π»β€οΈ
p/s: Sisipan nota catatan semasa menghadiri Seminar SiRaj VII di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia tempoh hari. Ya, saya menggunakan tulisan jawi setiap hari!