Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Nipah Bachok

Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Nipah Bachok Visi :
Melahirkan Para Huffaz Yang Berketerampilan Dalam Semua Bidang

Moto :
"Membina Generasi Al-Quran"

๐ŸŒ™ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐ŸŽ‰ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’Semoga Allah menerima amal ib...
21/03/2026

๐ŸŒ™ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐ŸŽ‰
ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Semoga Allah menerima amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan keberkatan berpanjangan dalam kehidupan.

Dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam.

Moga Syawal ini membawa kebahagiaan, mengeratkan silaturahim, dan menyuburkan kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat.

Salam Aidilfitri dari kami,
Warga Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi

https://youtu.be/D7Px3D9s4Xw?si=GlCn3G14HXa6iLiTAssalamualaikum wbt. Ramadhan kareem.Tawaran Saham Akhirat di bulan Rama...
13/03/2026

https://youtu.be/D7Px3D9s4Xw?si=GlCn3G14HXa6iLiT

Assalamualaikum wbt. Ramadhan kareem.

Tawaran Saham Akhirat di bulan Ramadhan Al-Mubarak yg dijanjikan balasan berlipat kali ganda.

Pihak sekolah Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Kg. Nipah, Bachok, Kelantan ingin membuka tawaran kepada seluruh muslimin & muslimat untuk merebut peluang keemasan ini dengan menderma dan memanjangkan iklan ini kepada keluarga, sanak saudara & kenalan.

Besarlah harapan pihak maahad agar kutipan derma ini berjaya diselesaikan sepenuhnya dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini bagi merealisasikan pembinaan dewan serbaguna untuk kegunaan pelajar2 tahfiz di sini.

Bagi penyumbang yg memerlukan resit, digalakkan untuk menyumbang terus melalui link herepay berikut:
https://app.herepay.org/mtsm_nipah/pf_0001

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya:

wasap.my/60199489094/dewanalrazi
Ustaz Muhamad Sharifuddin bin Noh
Pengetua
MTS Al-Muhammadi





Assalamualaikum wbt. Ramadhan kareem.Tawaran Saham Akhirat di bulan Ramadhan Al-Mubarak yg dijanjikan balasan berlipat kali ganda.Pihak sekolah Maahad Tahfiz...

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Yayasan Islam Kelantan, sau...
12/03/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Yayasan Islam Kelantan, saudara Muhammad Fahim Najmi (Tingkatan 5) yang telah berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Hafazan al-Quran Tahriri (Penulisan) dalam Musabaqah Quran League (MQL) 6.0 Tahun 2026 peringkat terbuka anjuran Management & Science University (MSU). โœจ Yayasan Islam Kelantan


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN (PESKO 2026)Alhamdulillah,  telah berlangsung  PESKO 2026 Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Ni...
12/03/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN (PESKO 2026)

Alhamdulillah, telah berlangsung PESKO 2026 Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Nipah Bachok . Para pelajar telah menunjukkan usaha, disiplin serta kerjasama yang luar biasa sepanjang pertandingan berlangsung.

Sukan bukan sahaja medan untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah menjadi platform untuk memupuk semangat berpasukan, kepimpinan dan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru, serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi semangat juang, usaha dan pengalaman yang diperoleh adalah kemenangan sebenar.

Semoga semangat kesukanan ini terus subur dalam diri setiap pelajar.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan/Puan/Datoโ€™/Datin yang dimuliakan Allah.๐ŸŒ™ ๐‘๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐†๐š๐ง๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก ๐๐š๐๐š ๐‡๐š...
20/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan/Puan/Datoโ€™/Datin yang dimuliakan Allah.

๐ŸŒ™ ๐‘๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐†๐š๐ง๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก ๐๐š๐๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐ŸŒ™

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, manakala bulan Ramadan p**a adalah bulan dilipatgandakan pahala setiap amalan kebajikan. Infaq yang dilakukan pada waktu-waktu penuh keberkatan ini insya-Allah menjadi amalan yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Sehubungan itu, kami menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama menyumbang bagi pembinaan Dewan Al-Razi, sebuah dewan serbaguna di Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, yang bakal menjadi kemudahan penting buat para pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Nipah Bachok

๐Ÿ“Œ Jumlah dana diperlukan bagi pembinaan Dewan Al-Razi:
RM300,000.00

Sesungguhnya, sedekah tidak mengurangkan harta, bahkan menjadi asbab hadirnya keberkatan rezeki serta pahala yang berterusan selagi mana kemudahan ini dimanfaatkan oleh para penghafaz al-Quran.

Semoga Allah SWT menerima segala infaq, melipatgandakan ganjaran terutama pada hari Jumaat dan sepanjang bulan Ramadan, serta mengurniakan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

๐Ÿคฒ Didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก
๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“Œ Ustaz Aris โ€“ Penolong Kanan Kokurikulum
๐Ÿ“ฑ 019-916 4679
๐Ÿ“Œ Ustaz Sharifuddin โ€“ Pengetua
๐Ÿ“ฑ 019-948 9094

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™ ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ๏ทบ:ยซุฅุฐุง ุฌุงุก ุฑู…ุถุงู† ููุชู‘ูุญุช ุฃุจูˆุงุจ ุงู„ุฌู†ุฉุŒ ูˆุบูู„ู‘ูู‚ุช ุฃุจูˆุงุจ ุงู„ู†ุงุฑุŒ ูˆุตููู‘ูุฏุช ุงู„ุดูŠ...
18/02/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™

ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ๏ทบ:
ยซุฅุฐุง ุฌุงุก ุฑู…ุถุงู† ููุชู‘ูุญุช ุฃุจูˆุงุจ ุงู„ุฌู†ุฉุŒ ูˆุบูู„ู‘ูู‚ุช ุฃุจูˆุงุจ ุงู„ู†ุงุฑุŒ ูˆุตููู‘ูุฏุช ุงู„ุดูŠุงุทูŠู†.ยป
โ€œApabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan.โ€
(Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat, serta menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa dan lebih dekat kepada Allah SWT.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Daripada Seluruh Warga
Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi

๐ŸŒŸ ๐‘บ๐’†๐’Œ๐’‚๐’๐’–๐’๐’ˆ ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰! ๐ŸŒŸKepada pentadbir baharu yang dilantik berkuatkuasa 1 Februari 2026 bersamaan 13 Syaaban 1447H :Dr. ...
02/02/2026

๐ŸŒŸ ๐‘บ๐’†๐’Œ๐’‚๐’๐’–๐’๐’ˆ ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰! ๐ŸŒŸ
Kepada pentadbir baharu yang dilantik berkuatkuasa 1 Februari 2026 bersamaan 13 Syaaban 1447H :

Dr. Ab Rahman Al-Qari bin Abdullah
Pengetua Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah, Tualang Tinggi, Pasir Puteh

Mohd Zainuri bin Che Pa
Penolong Kanan Pentadbiran Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Nipah

Anas bin Awang Qamaruldeen
Penolong Kanan Al-Quran Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Nipah

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan mempermudahkan usaha membentuk generasi berilmu, beriman, dan berakhlak mulia.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Tuan/Puan/Datoโ€™/Datin yang dimuliakan Allah.Hari Jumaat adalah penghulu segal...
30/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan/Puan/Datoโ€™/Datin yang dimuliakan Allah.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, saat doa dimustajabkan dan amalan digandakan ganjarannya. Rebutlah peluang yang mulia ini untuk bersedekah demi pembangunan ilmu dan al-Quran.

Sehubungan itu, kami menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama menyumbang dalam pembinaan Dewan Serbaguna Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, yang bakal dimanfaatkan oleh para pelajar MTSM.

๐Ÿ“Œ Keperluan keseluruhan projek: RM300,000.00
๐Ÿ“Œ Jumlah terkumpul setakat 30 Januari 2026: RM63,915.75
๐Ÿ“Š Kemajuan semasa: 21.31% (bersamaan RM63,915.75)
๐Ÿ“‰ Baki masih diperlukan: RM236,084.25

Setiap infaq yang dihulurkan, khususnya pada hari Jumaat yang penuh keberkatan, insya-Allah menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan pemberat timbangan kebaikan di akhirat kelak.

Semoga Allah SWT melapangkan rezeki para penyumbang, memberkati harta yang diinfaqkan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

๐Ÿคฒ Didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“Œ Ustaz Aris โ€“ PK Kokurikulum
๐Ÿ“ฑ 019-916 4679
๐Ÿ“Œ Ustaz Sharifuddin โ€“ Pengetua
๐Ÿ“ฑ 019-948 9094

๐ŸŽ‰ SAMBUTAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 BAGI SESI 2026๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua p...
27/01/2026

๐ŸŽ‰ SAMBUTAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 BAGI SESI 2026๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu
ke Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Nipah.

Kehadiran kalian menjadi lembaran baharu dalam keluarga besar MTSM

Semoga perjalanan menuntut ilmu di sini dipermudahkan, diberkati, serta melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

๐Ÿ“šโœจ
โ€œMenuntut ilmu kerana Allah, membentuk ummah berakhlak mulia.โ€



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Tuan/Puan/Datoโ€™/Datin yang dirahmati Allah.๐ŸŒฑ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐ˆ๐‘ ๐๐€๐‡๐€...
24/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan/Puan/Datoโ€™/Datin yang dirahmati Allah.
๐ŸŒฑ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‹๐ˆ๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‹๐€๐๐˜๐€ ๐ŸŒฑ
Kami dengan rendah hati mengajak Tuan/Puan untuk bersama-sama menyumbang bagi pembinaan Dewan Serbaguna Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, demi keselesaan, kemudahan dan keperluan para pelajar MTSM.
โœจ Jumlah derma terkumpul setakat 24 Januari 2026:
Daripada RM300,000.00 yang diperlukan,
sebanyak RM62,693.75 telah berjaya dikumpulkan.
๐Ÿ“Š Peratus terkumpul: 20.90% bersamaan RM62,693.75
๐Ÿ“‰ Baki masih diperlukan: 79.10% bersamaan RM237,306.25
Perjalanan ini masih panjang, namun setiap sumbangan amat besar nilainya di sisi Allah dan menjadi amal jariah yang berterusan selagi mana dewan ini dimanfaatkan.
Semoga Allah SWT meluaskan rezeki para penyumbang, memberkati harta yang diinfaqkan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
๐Ÿคฒ Didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก
๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“Œ Ustaz Aris
Penolong Kanan Kokurikulum
๐Ÿ“ฑ 019-916 4679
๐Ÿ“Œ Ustaz Sharifuddin
Pengetua
๐Ÿ“ฑ 019-948 9094

๐Ÿ“šโœจ Selamat Datang Dan Kembali ke Sekolah 2026!Alhamdulillah, tibalah masanya untuk menjejak kaki ke Maahad Tahfiz Sains ...
11/01/2026

๐Ÿ“šโœจ Selamat Datang Dan Kembali ke Sekolah 2026!
Alhamdulillah, tibalah masanya untuk menjejak kaki ke Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi bagi sesi baharu yang penuh keberkatan. Semoga tahun ini menjadi medan untuk memperkukuh hafazan Al-Quran, membina sahsiah mulia, dan meraih kecemerlangan akademik.
Mari kita isi setiap hari dengan ilmu, amal, dan disiplin, sambil sentiasa memohon rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam setiap langkah. ๐ŸŒŸ

Azam Tahun 2026 โ€“ Tahun Berjaya, Berakhlak, dan Berkat!

Address

Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg. Nipah
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Nipah Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kg Nipah Bachok:

Shortcuts

Share