My HEPA UMK

Call Directions Website Contact the school

My HEPA UMK This Page is a compilation of information and events associated with the Office of Student Affairs and Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

In line with the government’s vision to propel the country to become a high-income nation, UMK aspires to help perpetuating this noble intention by making headway in proliferating the human capital so as to spur on the country’s development. Since its inception in 2007, UMK has been steadily instrumental in championing entrepreneurship education in Malaysia in order to produce multitalented graduates. Centralising on the concept, β€œEntrepreneurship is Our Thrust”, efforts in upholding entrepreneurship education would be unavailing without efficient and effective manpower. Advancing on the platform of excellence, The Vice Chancellor at the head of the university together with staunch supports from the top management as well as the stalwarts of academicians, they have all prepared UMK to become a reputable institution of higher learning in offering programmes of high quality that meet market demand. Starting off with only four programmes (Creative Technology, Heritage, Entrepreneurship & Business and Applied Science – Agricultural Technology Entreprenuership), now UMK offers twenty-seven diversed programmes at five different faculties in conjunction with the current demand and development of the industry. In preparation for a further solid development on the human capital, assistance is sought from a steadfast support system so as to meet the demand of the stakeholders. The indefatigable support staff and efficient ecosystem have contributed in providing a conducive and consilient learning environment for students. In tandem with modern advancement, UMK is now ready to explore all the possibilites.

Warga HEPA mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah atas penganugerahan Ahli Kehormat Yang Kedua(Dato Paduka) bagi Darjah Keb...
29/09/2026

Warga HEPA mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah atas penganugerahan Ahli Kehormat Yang Kedua(Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) kepada YBhg. Dato’ sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57, Tahun 2026

JANGAN TOLAK DAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BELAJAR, YANG PENTING DAFTAR DAHULUJangan lepaskan peluang untuk belajar kerana ...
08/09/2026

JANGAN TOLAK DAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BELAJAR, YANG PENTING DAFTAR DAHULU

Jangan lepaskan peluang untuk belajar kerana masalah kewangan. Yang penting, daftar dahulu dan terima tawaran ke UMK,” nasihat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Mohammad Ismail.

Beliau berkata demikian pada Program UMK Cakna Bersama Pelajar Baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bagi Semester September Sesi Akademik 2026/2027 di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Semasa sesi kunjungan tersebut, Prof. Dr. Mohammad berpesan supaya kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dan meneruskan cita-cita serta impian.

Sesi lawatan pertama bagi inisiatif ini diadakan di kediaman Mohamad Azreen Hakimi bin Adenan, 20, di Kampung Tualang Tinggi, Pasir Puteh. Mohamad Azreen merupakan anak yatim yang telah kehilangan bapa, manakala ibunya, Puan Napisah binti Abdullah, 50, terpaksa menyara dua anak dengan bekerja sebagai pekerja kontrak pembersihan dengan pendapatan RM1,100 sebulan.

Mohamad Azreen mendapat keputusan STPM dengan PNGK 2.92 serta aktif dalam bidang sukan dengan mewakili SMK Bukit Jawa bagi Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Kelantan.

Beliau bercita-cita untuk menjadi Inspektor Polis dan bertekad akan belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibunya yang telah berkorban menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Beliau ditawarkan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komuniti Dengan Keusahawanan Sosial (Kepujian) di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI).

Pada majlis tersebut, Prof. Dr. Mohammad yang mewakili Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah telah menyampaikan bantuan bagi memastikan Mohamad Azreen dapat hadir pada hari pendaftaran pelajar baharu pada 20 September 2026 ini.

Pihak UMK melalui Bahagian Kesejahteraan Mahasiswa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah menyediakan pelbagai inisiatif khas dan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Program UMK Cakna Bersama Pelajar Baharu diteruskan ke kediaman keluarga Muhammad Ridhuan Hakim bin Fadthel di Kampung Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan.

Muhammad Ridhuan telah menerima tawaran melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian di Fakulti Sains Bumi (FSB).

Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik serta merupakan bekas pelajar di SMK Seri Aman, Pasir Puteh.

Bapanya, Encik Mohd Fadthel bin Yusof, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan untuk menyara kehidupan sekeluarga.
Muhammad Ridhuan bercita-cita menjadi seorang guru dan memilih UMK sebagai pilihan pertama dalam permohonan UPU Online kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang alam sekitar.

Beliau berharap peluang melanjutkan pendidikan di UMK dapat merealisasikan cita-citanya dan berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh serta membalas jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya.

Pada sesi kunjungan itu, Prof. Dr. Mohammad turut menyampaikan bantuan kepada Muhammad Ridhuan bagi memastikan beliau dapat hadir dan bergelar mahasiswa UMK.



JANGAN TOLAK DAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BELAJAR, YANG PENTING DAFTAR DAHULUJangan lepaskan peluang untuk belajar kerana ...
08/09/2026

JANGAN TOLAK DAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BELAJAR, YANG PENTING DAFTAR DAHULU

Jangan lepaskan peluang untuk belajar kerana masalah kewangan. Yang penting, daftar dahulu dan terima tawaran ke UMK,” nasihat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Mohammad Ismail.

Beliau berkata demikian pada Program UMK Cakna Bersama Pelajar Baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bagi Semester September Sesi Akademik 2026/2027 di Pasir Puteh, Kelantan.

Sesi lawatan pertama inisiatif ini diadakan di kediaman Mohamad Azreen Hakimi bin Adenan, 20, di Kampung Tualang Tinggi, Pasir Puteh. Mohamad Azreen merupakan anak yatim yang telah kehilangan bapa, manakala ibunya, Puan Napisah binti Abdullah, 50, terpaksa menyara dua anak dengan bekerja sebagai pekerja kontrak pembersihan dengan pendapatan RM1,100 sebulan.

Mohamad Azreen mendapat keputusan STPM dengan PNGK 2.92 serta aktif dalam bidang sukan dengan mewakili SMK Bukit Jawa bagi Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Kelantan dan bercita-cita untuk menjadi Inspektor Polis serta tekad belajar demi membalas jasa ibunya yang telah berkorban menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Beliau ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komuniti Dengan Keusahawanan Sosial (Kepujian) di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI).

Pada majlis tersebut, Prof. Dr. Mohammad yang mewakili Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah telah menyampaikan bantuan bagi memastikan Mohamad Azreen dapat hadir pada hari pendaftaran pelajar baharu pada 20 September 2026 ini.

UMK melalui Bahagian Kesejahteraan Mahasiswa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah menyediakan pelbagai inisiatif khas dan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Program UMK Cakna Bersama Pelajar Baharu diteruskan ke kediaman keluarga Muhammad Ridhuan Hakim bin Fadthel di Kampung Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan.

Muhammad Ridhuan telah menerima tawaran melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian di Fakulti Sains Bumi (FSB).



JOM DAFTAR UMK..! TAK PERLU RISAU.
08/09/2026

JOM DAFTAR UMK..! TAK PERLU RISAU.

HEBAHAN RAYUAN PENGINAPAN DI KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KAMPUS KOTA BAGI SEMESTER SEPTEMBER SESI ...
26/08/2026

HEBAHAN RAYUAN PENGINAPAN DI KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KAMPUS KOTA BAGI SEMESTER SEPTEMBER SESI 2026/2027

Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Residensi dan Hospitaliti Mahasiswa ( PresMa) membuka permohonan rayuan bagi penginapan di Kolej Kediaman Kampus Kota.

Tatacara permohonan adalah melalui pautan: https://forms.gle/wwuPnDk5EDURSGLR7 atau imbas qr yang telah disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Kolej Kediaman Kampus Kota di talian 09-7717043





,UMK1Hati1Jiwa

πŸŽ“ JOM DAFTAR UMK!! TAK PERLU RISAU, KAMI ADA UNTUK ANDA! πŸ’™Melangkah ke alam universiti mungkin hadir dengan pelbagai per...
15/08/2026

πŸŽ“ JOM DAFTAR UMK!! TAK PERLU RISAU, KAMI ADA UNTUK ANDA! πŸ’™

Melangkah ke alam universiti mungkin hadir dengan pelbagai persoalan β€” tentang yuran, kewangan, penginapan, makanan, pembelajaran dan kehidupan sebagai mahasiswa.

Jangan risau! 😊

Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kami sentiasa berusaha memastikan anda mendapat sokongan dan bantuan yang diperlukan sepanjang perjalanan pengajian.

✨ Antara inisiatif yang disediakan termasuk:

πŸ“Œ Bantuan Awal Pendaftaran
πŸ“Œ Bantuan Kewangan & Biasiswa
πŸ“Œ Bantuan Kos Sara Hidup
πŸ“Œ Pinjaman PTPTN & Bantuan Pendidikan
πŸ“Œ Kolej Kediaman Bersubsidi
πŸ“Œ Dapur Siswa MADANI & Food Bank HEPA
πŸ“Œ Menu Kasih Siswa MADANI
πŸ“Œ Bantuan Komputer Riba
πŸ“Œ Bantuan Keusahawanan & Projek Pelajar
πŸ“Œ Latihan Industri & Bimbingan Kerjaya
πŸ“Œ Pelbagai lagi inisiatif kebajikan mahasiswa

πŸ’™ Anda fokus mengejar impian, kami bantu meringankan perjalanan.

Jadi, apa tunggu lagi?
🎯 JOM DAFTAR DI UMK dan mulakan langkah pertama menuju masa depan yang lebih gemilang!

Teruskan mengejar cita-cita anda.
UMK SEDIA MEMBANTU! πŸ’™




HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN FASILITATOR MINGGU MESRA MAHASISWA (3M) SESI 2026/2027Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahte...
13/08/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN FASILITATOR MINGGU MESRA MAHASISWA (3M) SESI 2026/2027

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah terpilih sebagai Fasilitator Minggu Mesra Mahasiswa (3M) bagi Sesi 2026/2027.

Mahasiswa yang terpilih sila sertai whatsapp melalui pautan yang diberikan.

🟣 UMK Bachok : https://chat.whatsapp.com/CsrMS1Y16hxGEtE6XiwDiD?s=cl&p=i&ilr=0
πŸ”΅ Kampus Kota : https://chat.whatsapp.com/I1PeWKZdIBm9BBMjcvL2fd?s=cl&p=i&ilr=0
🟒 Kampus Jeli : https://chat.whatsapp.com/BRUuW4MNHzGGcQoxcNsAlK?s=cl&p=i&ilr=0

Peringatan Penting :
πŸ“ŒPenarikan Diri sebagai Fasilitator perlu disertakan dengan surat rasmi melalui email yang dinyatakan
πŸ“ŒKursus Fasilitator DIWAJIBKAN kepada semua fasilitator yang terpilih

πŸ“±Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini hendaklah berhubung dengan :

πŸ“žCik Nur Aida bt Elias : http://www.wasap.my/+60133119790
πŸ“žEncik Mohd Afif bin Noorddin : http://www.wasap.my/+60139023322
πŸ“žPuan Nur Wahida Amalin bt Abdul Manaf: http://www.wasap.my/+601126950134

Hujung Jari Je ! Layari media sosial Hepa UMK untuk mendapatkan maklumat lain yang berkaitan.
πŸ”΄ Facebook : My HEPA UMK
πŸ”΄ Instagram : hepaumk

β€’ officialumk β€’ EntrepreneurshipUniversity β€’ UMK4u1hati1jiwa β€’ KeluargaUMK β€’ WeCareWeServe




MEMO PENGAMBILAN FASILITATOR MINGGU MESRA MAHASISWA (3M) SESI AKADEMIK 2026/2027Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraJ...
06/07/2026

MEMO PENGAMBILAN FASILITATOR MINGGU MESRA MAHASISWA (3M) SESI AKADEMIK 2026/2027

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Jawatankuasa Fasilitator Minggu Mesra Mahasiswa (3M), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk menjadi fasilitator 3M bagi sesi akademik 2026/2027.

Adakah anda mahasiswa UMK yang:

πŸ’ͺ🏻 Mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang lasak?
πŸ’πŸ» Mempunyai minat yang mendalam dalam menyantuni pelajar baharu?
πŸ₯‡ Ingin meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan program?
πŸŽ— Mempunyai tahap kesukarelawanan yang tinggi?

πŸ‘πŸ»Jika Ya Ayuh ! Anda yang kami cari.
πŸ‘‰πŸ»Sertai Fasilitator 3M pada tahun ini untuk menyumbang bakti kepada UMK disamping merasai pengalaman yang baru.

Permohonan dibuka kepada SEMUA PELAJAR PRA SISWAZAH UMK yang berminat πŸ’‘

πŸ”œ Tempoh pengisian Borang Permohonan adalah 06 – 18 Julai 2026

Pelajar yang berminat perlu mengisi google form seperti pautan berikut

πŸ“Œhttps://bit.ly/3m2627
atau Kod Imbas yang disertakan di poster hebahan

πŸ“±Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini hendaklah berhubung dengan :

πŸ“žCik Nur Aida bt Elias: http://www.wasap.my/+60133119790
πŸ“žEncik Mohd Afif bin Noorddin: http://www.wasap.my/+60139023322
πŸ“žPuan Nur Wahida Amalin bt Abdul Manaf: http://www.wasap.my/+601126950134

Hujung Jari Je ! Layari media sosial Hepa UMK untuk mendapatkan maklumat lain yang berkaitan.
πŸ”΄ Facebook : My HEPA UMK
πŸ”΄ Instagram : hepaumk






JawatankuasaFasilitator3M
SesiDuaEnamDuaTujuh
MingguMesraMahasiswaUMK
3MNextGen
MalaysiaMADANI

NOTIS CUTI AKHIR SEMESTER FEBRUARI SESI 2025/2026
18/06/2026

NOTIS CUTI AKHIR SEMESTER FEBRUARI SESI 2025/2026

Terima kasih Dato Prof Dr Amin NC UPSI selaku Pengerusi NC IPTA mewakili semua NC IPTA, menjelaskan kepada rakyat beriku...
02/06/2026

Terima kasih Dato Prof Dr Amin NC UPSI selaku Pengerusi NC IPTA mewakili semua NC IPTA, menjelaskan kepada rakyat berikutan tuduhan bahawa kerajaan ini tidak prihatin terhadap nasib golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-

FAQ: BETUL KE GOLONGAN B40 TAK BOLEH MENDAFTAR KE UNIVERSITI?.....

Eeh tak betul tu
Semua boleh mendaftar di universiti setelah mendapat tawaran

Tak pernah ada yang dihalang mendaftar jika tiada wang

Jangan risau mak abah
Kami juga pernah susah sepertimana kalian.
Inilah peluang mengubah nasib keluarga.

Jangan dihirau bingit di luar sana.
Semuanya Auta belaka.

Mai ajelah daftar ya, nanti kami bantu sehabis baik.

Ini amanah & jariah kita.
Memudahan menjadi asbab membawa ke syurga.....

Kredit : FB YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir

Address

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+6097797720

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My HEPA UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to My HEPA UMK:

Shortcuts

Share