Pusat Pengajian Pondok - YIK

Pusat Pengajian Pondok - YIK Pusat Pengajian Kitab Turath secara sistematik dan bersijil akademik SPM, STUP, STAM, Sijil Tertinggi Ugama Pondok.

Medium belajar kitab turath dan boleh menyambung pengajian di al-Azhar, Mesir dan Zaitunah, Tunisia.

3 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok (YIK)Pusat Pengajian Pondok telah menerima kunjungan ziarah mahabbah daripada Yang B...
04/05/2026

3 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok (YIK)

Pusat Pengajian Pondok telah menerima kunjungan ziarah mahabbah daripada Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam rangka lawatan kerja beliau ke negeri Kelantan.

Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki dalam suasana penuh ukhuwah dan penghormatan, mencerminkan hubungan erat antara institusi keilmuan dan pihak kepimpinan negara.

Dalam kesempatan tersebut, Yang Berhormat Senator turut menunaikan solat fardu Zohor secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ismail Bin Ishak, Timbalan Syeikh II Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Pondok YIK.

Semoga kunjungan ini membawa keberkatan serta mengukuhkan lagi hubungan antara institusi pendidikan Islam dan pihak berwajib dalam usaha memartabatkan syiar Islam serta pembangunan ummah.


JOM SERTAI !!!PROGRAM IBADAH KORBAN 1447H/2026M PUSAT PENGAJIAN PONDOK (YIK)Hari Raya Pertama, Bermula 9.30 pagiTempat :...
20/04/2026

JOM SERTAI !!!

PROGRAM IBADAH KORBAN 1447H/2026M
PUSAT PENGAJIAN PONDOK (YIK)

Hari Raya Pertama, Bermula 9.30 pagi
Tempat :
Pusat Pengajian Pondok (YIK), Telong,
16310 Bachok, Kelantan.

Harga Lembu :
Lembu A : RM725 / 1 bahagian
Lembu B : RM725 / 1 bahagian

Pengagihan :
1. Peserta boleh agihkan sendiri bahagian korban masing-masing
2. Atau serahkan kepada pihak pondok untuk pengagihan kepada golongan yang layak.

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Q.S Al-Kautsar 1 & 2)

Sebarang urusan boleh hubungi:
013-9179493 (Ustaz Hadi)

Tuan Guru Haji Nik Razi Bin Nik Mat
16/03/2026

Tuan Guru Haji Nik Razi Bin Nik Mat

Sekalung Kenangan

Hari ini 26 Ramadan, maka genaplah tiga tahun pemergian rakan seperjuanganku, Almarhum Tuan Guru Haji Nik Razi bin Nik Mat.

Banyak kenangan perjuangan ilmu dan dakwah yang tidak akan dilupakan. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menghimpunkannya bersama para solihin.

Al-Fatihah buat beliau.

اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tuan Guru Syeikh Haji
Wazir bin Che Awang Al-Makki

13 Februari 2026 | Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)Satu kunjungan hormat oleh rombongan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bers...
14/02/2026

13 Februari 2026 | Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Satu kunjungan hormat oleh rombongan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bersama Pusat Pengajian Pondok (PPP) telah diadakan ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kunjungan ini bertujuan untuk perbincangan berkaitan pengiktirafan Diploma STTUP, merangkumi aspek dokumentasi, kurikulum serta pematuhan kepada standard yang ditetapkan oleh pihak MQA.

Perbincangan ini menjadi langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem pengajian pondok agar selari dengan keperluan semasa, di samping memastikan pengiktirafan akademik yang lebih meluas kepada para pelajar.

Semoga usaha dan inisiatif ini dipermudahkan serta membuahkan hasil yang baik demi masa depan pendidikan Islam dan pengajian pondok di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan.



02/02/2026
Al-Fadhil UstazBaharin Bin Che WilNaib Syeikh I PendaftarPusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan فضيلة الأستاذ بحر...
01/02/2026

Al-Fadhil Ustaz
Baharin Bin Che Wil
Naib Syeikh I Pendaftar
Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan

فضيلة الأستاذ
بحرين بن جيء ويل
نائب الشيخ الأول المسجل
بدار التعليم الديني المؤسسة الإسلامية بكلنتان

Al-Fadhil UstazIsmail Bin Ishak MamatNaib Syeikh II Hal Ehwal PelajarPusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan فضيلة...
01/02/2026

Al-Fadhil Ustaz
Ismail Bin Ishak Mamat
Naib Syeikh II Hal Ehwal Pelajar
Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan

فضيلة الأستاذ
إسماعيل بن إسحاق مامت
نائب الشيخ الثاني قسم شؤون الطلاب
بدار التعليم الديني المؤسسة الإسلامية بكلنتان

Tuan Guru Ustaz HajiMohamad Aziz Bin Che Man,Syeikh Pusat Pengajian Pondok (YIK)فضيلة الأستاذمحمد عزيز بن جيء من الشيخ ب...
28/01/2026

Tuan Guru Ustaz Haji
Mohamad Aziz Bin Che Man,
Syeikh Pusat Pengajian Pondok (YIK)

فضيلة الأستاذ
محمد عزيز بن جيء من
الشيخ بدار التعليم الديني
المؤسسة الإسلامية بكلنتان

28 Januari 2026 | Pusat Pengajian Pondok (YIK)LAWATAN PENGARAH YIK KE PUSAT PENGAJIAN PONDOK Yang Amat Berusaha Tuan Haj...
28/01/2026

28 Januari 2026 | Pusat Pengajian Pondok (YIK)

LAWATAN PENGARAH YIK KE PUSAT PENGAJIAN PONDOK

Yang Amat Berusaha Tuan Haji Shamsul Bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan rombongan melawat dan menziarahi Pusat Pengajian Pondok (YIK).
Ketibaan beliau disambut oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Aziz Bin Che Man, Syeikh Pusat Pengajian Pondok (YIK).

Pada kesempatan ini, beliau meninjau keadaan sekitar pondok penempatan pelajar, perumahan guru kakitangan dan juga meninjau tapak projek pembangunan pondok penempatan yang baharu.

Beliau juga sempat mengadakan perjumpaan tertutup bersama seluruh kakitangan Pusat Pengajian Pondok bagi membahaskan isu perkembangan terkini dan perjalanan pentadbiran Pusat Pengajian Pondok.

Pusat Pengajian Pondok (YIK)

BENGKEL PEMULIHAN KITAB LAMA.Pada Khamis 22 Januari 2026, Pihak UiTM Machang telah mengadakan kerjasama bersama Pusat Pe...
26/01/2026

BENGKEL PEMULIHAN KITAB LAMA.

Pada Khamis 22 Januari 2026, Pihak UiTM Machang telah mengadakan kerjasama bersama Pusat Pengajian Pondok (YIK) dalam sebuah program Bengkel Pemulihan Kitab Lama.

Wakil guru PPPYIK yang terlibat seramai 5 orang iaitu :
1. Syeikh Wan Syamsuri
2. Ustaz Shahril
3. Ustaz Abdullah Hussin
4. Ustaz Radzuan
5. Cikgu al-Azmi

Bengkel ini mendedahkan bagaimana penjilidan kitab dilakukan untuk menjaga keaslian dan ketahanan kitan terutama kitab Turath.

Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Pihak PPPYIK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kampus UiTM Machang atas penganjuran Bengkel yang sangat bermakna ini.

Terima kasih tidak terhingga buat Dr Muslim bin Ismail @ Ahmad, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Machang diatas sumbang saran dan perkongsian idea.

Sekalung Perhargaan buat Rektor UiTM Cawangan Machang iaitu Profesor Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani diatas kesudian dan memudahkan jalan kearah hubungan yanh lebih strategik di masa hadapan.

Semoga hubungan kedua-dua institusi berjalan lancar dan lebih mampan kearah kecemerlangan anak-anak pelajar Pondok.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗜 𝗜𝗦𝗥𝗔K 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝Memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj 1447H sebagai satu perjalanan luar biasa ...
16/01/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗜 𝗜𝗦𝗥𝗔K 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝

Memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj 1447H sebagai satu perjalanan luar biasa Rasulullah ﷺ yang membawa perintah solat secara langsung daripada Allah SWT. Peristiwa ini menjadi bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya, di samping menegaskan kedudukan solat sebagai tiang agama serta asas pembentukan akidah, akhlak dan disiplin umat Islam. Semoga peringatan ini menyemarakkan keimanan, memperkukuh penghayatan ibadah, dan mendorong kita untuk terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pusat Pengajian Pondok (YIK)

Address

Kampung Telong, Kandis
Bachok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Pondok - YIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share