Sriti Tok Bachok

Sriti Tok Bachok Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tok Bachok akan menjadi sekolah rendah berteraskan Islam

PT795 & PT796 KAWASAN PERNIAGAAN BERIS KUBOR BESAR 16050 BACHOK KELANTAN

Lokasi:
https://goo.gl/maps/8a7HakZsvhxv8rdL7

12/08/2026
🔥 LENSA KESUGA KEBANGSAAN 2026 🔥Wajah-wajah penuh semangat, aksi-aksi penuh keberanian! 💪Inilah antara detik atlet SRITI...
11/08/2026

🔥 LENSA KESUGA KEBANGSAAN 2026 🔥

Wajah-wajah penuh semangat, aksi-aksi penuh keberanian! 💪

Inilah antara detik atlet SRITI Tok Bachok yang mewakili SRITI Negeri Kelantan di pentas Kejohanan Sukan dan Olahraga SRITI Malaysia Kali Ke-7 2026. 🏃‍♂️🏹🏆

Setiap detik adalah cerita. Setiap aksi adalah perjuangan. ❤️‍🔥

Berlawan dengan semangat, berjuang dengan penuh kesungguhan!

🏹NUHA AZZAHRA, PEMANAH TERBAIK KEBANGSAAN!🏹Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Nuha Azzahra Binti Khairul Hazwan ata...
11/08/2026

🏹NUHA AZZAHRA, PEMANAH TERBAIK KEBANGSAAN!🏹

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Nuha Azzahra Binti Khairul Hazwan atas kejayaan menerima Anugerah Khas Pemanah Terbaik Kebangsaan 2026 Kategori Perempuan. 🥇

Satu pencapaian yang cukup membanggakan buat SRITI Tok Bachok!

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid yang lain untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah Nuha! Terus membidik, terus mengukir kejayaan! 🎯🏆

🌟DARI TOK BACHOK, UNTUK KELANTAN!🌟Alhamdulillah, satu lagi catatan manis buat warga SRITI Tok Bachok apabila atlet-atlet...
11/08/2026

🌟DARI TOK BACHOK, UNTUK KELANTAN!🌟

Alhamdulillah, satu lagi catatan manis buat warga SRITI Tok Bachok apabila atlet-atlet kita berjaya menyumbang pingat dalam Kejohanan Sukan & Olahraga SRITI Malaysia Kali Ke-7 2026.

🥈 Memanah Berpasukan Perempuan
- Nuha Azzahra Binti Khairul Hazwan
- ⁠Nor Amni Madihah Binti Mohd Saipuddin
- ⁠ Nur Raisha Amani Binti Ahmad Mursyidi

🥈 Memanah Individu Perempuan
- Nuha Azzahra Binti Khairul Hazwan

🥉 Balapan 100M Perempuan Tahap 1
- Nur Kasih Binti Mohd Rosidi

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina ketahanan, disiplin, keberanian dan semangat tidak mudah menyerah.

Tahniah buat semua atlet, jurulatih, guru pengiring serta seluruh warga yang sentiasa memberikan sokongan.

Kalian adalah kebanggaan SRITI Tok Bachok! 🫶🏻🏆

10/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah juga buat dua pemanah SRITI Negeri Kelantan Adik MUHAMMAD KHALISH IMRAN BIN KHAIRULZANI (Anugerah Pemanah Terbaik Kebangsaan 2026) Kategori Lelaki) dan Adik NUHA AZZAHRA BINTI MOHD KHAIRUL HAZWAN (Anugerah Pemanah Terbaik Kebangsaan 2026 Kategori Perempuan)

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga SRITI untuk terus bersemangat mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Ikhlas daripada:
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Selamat Berjuang, Anak-Anak Hebat SRITI Tok Bachok! 💚❤️Doa seluruh warga SRITI Tok Bachok mengiringi langkah atlet-atlet...
05/08/2026

Selamat Berjuang, Anak-Anak Hebat SRITI Tok Bachok! 💚❤️

Doa seluruh warga SRITI Tok Bachok mengiringi langkah atlet-atlet yang terpilih mewakili SRITI Negeri Kelantan ke Kejohanan Sukan & Olahraga SRITI Malaysia 2026 pada 7 - 9 Ogos 2026 di Pusat Asasi UIAM, Kampus Gambang, Pahang.

Semoga setiap usaha dipermudahkan, setiap cabaran dihadapi dengan penuh keyakinan, dan setiap pengorbanan dibalas dengan kejayaan. Tunjukkan semangat juang yang tinggi, akhlak yang terpuji dan disiplin yang terbaik.

Terbanglah tinggi, harumkan nama Kelantan dan SRITI Tok Bachok! 🤲🏅

📢 HEBAHAN PENDAFTARAN MURID BAHARU TAHUN 1 SESI 2027SRITI Tok Bachok kini membuka Pendaftaran Murid Baharu Tahun 1 Sesi ...
27/07/2026

📢 HEBAHAN PENDAFTARAN MURID BAHARU TAHUN 1 SESI 2027

SRITI Tok Bachok kini membuka Pendaftaran Murid Baharu Tahun 1 Sesi 2027.

📌 Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 September 2026
📌 Ujian Kemasukan: 24 Oktober 2026
📌 Pengambilan terhad kepada 50 orang murid.

📝 Daftar sekarang melalui pautan berikut:

https://forms.gle/gpi9cfM8RXfJu5Ss7

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Ustaz Afnan: 013-735 4982
📞 Ustaz Aizuddin: 011-1970 6982

“Membina Generasi Rabbani Murabbi.”

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Ceramah Hijratul Rasul 1448H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan.Se...
22/07/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Ceramah Hijratul Rasul 1448H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Muhammad Fadhlan Elyas atas perkongsian ilmu yang begitu bermakna serta kepada semua hadirin yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menghayati pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi panduan untuk terus berhijrah ke arah kehidupan yang lebih bertakwa, berakhlak mulia dan diredai Allah SWT.

“Membina Generasi Rabbani Murabbi”

********************

Untuk sumbangan kepada SRITI Tok Bachok :

CIMB BANK
8604 6860 04
TABUNG KEBAJIKAN SRITI TOK BACHOK

22/07/2026

CERAMAH HIJRATUL RASUL 1448 H SRITI TOK BACHOK

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Setiap hijrah bermula dengan satu langkah. Langkah meninggalkan kebiasaan yang melalaikan men...
21/07/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

Setiap hijrah bermula dengan satu langkah. Langkah meninggalkan kebiasaan yang melalaikan menuju kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Jom luangkan sedikit masa menghadiri Ceramah Hijratul Rasul 1448H bagi menghayati pengajaran besar di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

📅 22 Julai 2026 (Rabu)
🕘 9.00 pagi
📍 Surau Pasar Beris Kubur Besar

Semoga pertemuan ini menjadi titik perubahan ke arah membina akhlak yang mulia dan kehidupan yang lebih diberkati.

Address

SRITI TOK BACHOK Pt795 & Pt796 Kawasan Perniagaan
Bachok
16050

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Sunday 07:30 - 16:30

Telephone

+601158880068

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sriti Tok Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sriti Tok Bachok:

Shortcuts

Share

Category