Landscape Architecture Department FAE UMK

Directions Website

Landscape Architecture Department FAE UMK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Landscape Architecture Department FAE UMK, College & University, Faculty of Architecture and Ekistics, , Universiti Malaysia, Bachok.

08/09/2026
PROGRAM MOBILITI OUTBOUND ANTARABANGSA RESILIENT ECO-SOLUTIONS VIA LANDSCAPE ARCHITECTURE (RESOLVE)Pada 23 hingga 25 Ogo...
08/09/2026

PROGRAM MOBILITI OUTBOUND ANTARABANGSA RESILIENT ECO-SOLUTIONS VIA LANDSCAPE ARCHITECTURE (RESOLVE)

Pada 23 hingga 25 Ogos 2026, Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telah berjaya mengadakan Program Mobiliti Antarabangsa Resilient Eco-Solutions Via Landscape Architecture (RESOLVE) yang berlangsung di Singapura.

Program RESOLVE ini telah dihadiri oleh dua orang pensyarah iaitu Dr. Nor Hamizah binti Abdul Hamid selaku Pengarah Program Mobiliti Outbound RESOLVE dan Dr. Noorliyana binti Ramlee. Turut serta ialah lima orang pelajar tahun tiga iaitu:

1. Norzamzurina binti A Halim Kamal
2. Aisyah binti Othman
3. Nur Farah Amira binti Mohd Suzali
4. Keh Zi Xuan
5. Adlin Wasiqah binti Anuar

Sepanjang pelaksanaan program ini, Singapura diangkat sebagai living laboratory yang membolehkan para peserta mengkaji pendekatan Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi (Nature-based Solutions - NbS) secara realistik dan aplikatif. Delegasi UMK didedahkan dengan konsep reka bentuk bandar yang berdaya tahan terhadap krisis, dengan tumpuan teknikal lawatan merangkumi:

i. Pemerhatian sistem kawalan mikroklimat dalam bangunan serta aplikasi inovasi landskap menegak (vertical greening systems) yang terbukti mampu menurunkan suhu secara semula jadi di Jewel Changi Airport.
ii. Analisis kejuruteraan struktur mega Supertrees sebagai ekosistem integratif yang mengaplikasikan konsep biomimikri bagi pengudaraan pasif di Gardens by the Bay dan Marina Bay.
iii. Pengurusan topografi bukit, sistem penampanan air hujan semula jadi (stormwater buffering), serta pemuliharaan biodiversiti akuatik bandar di kawasan Jurong Lake Gardens dan Fort Canning.
iv. Reka bentuk pencahayaan bandar, konsep placemaking, dan karektor sosio-budaya melalui sesi tinjauan malam yang berlangsung di Chinatown.

Bagi memperkukuh perspektif daripada sektor industri, para pelajar turut menerima bimbingan langsung dan pendedahan mendalam tentang perancangan landskap melalui sesi perkongsian eksklusif bersama arkitek landskap daripada TOPO Design Studio iaitu Mr. Roy Yiek Chin Hieng dan Miss Desigka A/P Ramachandran. Manakala, lawatan teknikal ke Jurong Lake Gardens turut dibantu oleh arkitek landskap, Mr. Mohd Hilmi bin Arifin daripada SALD Pte Ltd.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta pensyarah yang terlibat di dalam penganjuran program ini. Semoga pendedahan terhadap ekosistem reka bentuk antarabangsa ini mampu melahirkan graduan Senibina Landskap UMK yang berdaya saing di peringkat global, inovatif, serta berwawasan tinggi.

FROM KELANTAN TO BOGOR: BUILDING CONNECTIONS, CREATING INSPIRATION!UMK Landscape Architecture Student Social Mobility Pr...
28/08/2026

FROM KELANTAN TO BOGOR: BUILDING CONNECTIONS, CREATING INSPIRATION!

UMK Landscape Architecture Student Social Mobility Programme
📍 Jakarta & Bogor, Indonesia
📅 23–27 August 2026

Five days. Two cities. One meaningful international learning experience!

The Department of Landscape Architecture, Faculty of Architecture and Ekistics, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) successfully organised the Landscape Architecture Student Social Mobility Programme to Jakarta and Bogor, Indonesia, from 23 to 27 August 2026.

The programme brought together two academic staff members and seven Landscape Architecture students, providing an enriching international learning experience that combined academic exposure, social mobility, cultural exploration, urban landscapes, public spaces and institutional networking.

PROGRAMME HIGHLIGHT: ACADEMIC BENCHMARKING VISIT TO IPB UNIVERSITY

One of the key highlights of the programme was the Academic Benchmarking Visit to the Department of Landscape Architecture, IPB University, Bogor.

The visit served as an important platform for academic knowledge sharing and exchange between UMK and IPB University, particularly in areas such as academic programme and curriculum development, programme management, design studios, teaching and learning facilities, research, and opportunities for future academic collaboration and mobility.

The UMK students also had the opportunity to engage directly with academics and students from IPB University, gaining new perspectives on Landscape Architecture education, practice and professional development within the Indonesian and regional context.

ACADEMIC DELEGATION

The programme was accompanied by:

1. LAr. CA. Dr. Khalilah binti Hassan
Head, Department of Landscape Architecture, UMK

2. LAr. Dr. Wan Saiful Nizam bin Wan Mohamad
Mobility Coordinator, Department of Landscape Architecture, UMK

UMK LANDSCAPE ARCHITECTURE STUDENT DELEGATION

The programme was participated by seven Landscape Architecture students:

1. Mohamad Sofian Zulkarnain bin Mohamad Zulkifli
2. Muhammad Faiz Akmal bin Mohd Yusof
3. Nur Alia Husna binti Zaidi
4. Nuranis Syuhadah binti Mohd Noor Izaharemie
5. Faris Hilmi bin Ramlan
6. Siti Mariam binti Sima
7. Wan Muhammad Adam bin Wan Mohamad

International mobility programmes such as this provide students with valuable opportunities to step beyond the classroom, experience different contexts, engage with new cultures and perspectives, and develop greater confidence as future Landscape Architecture professionals.

Because education does not only happen inside the studio. It happens when we dare to step out, observe, ask, share and learn from the world around us.

The connections established through this programme are expected to pave the way for stronger collaboration between UMK and IPB University in the areas of education, research, student and staff mobility, knowledge exchange and professional networking.

Congratulations and well done to everyone involved in making this programme a success!

Department of Landscape Architecture
Faculty of Architecture and Ekistics
Universiti Malaysia Kelantan

TERIMA KASIH, ALAM 12!4 hari yang penuh warna telah melabuhkan tirainya. Bermula dengan 1 acara, kita bersama-sama menci...
27/08/2026

TERIMA KASIH, ALAM 12!

4 hari yang penuh warna telah melabuhkan tirainya. Bermula dengan 1 acara, kita bersama-sama mencipta cerita melalui 6 aktiviti, disertai 7 universiti dan 9 delegasi yang membawa semangat serta identiti masing-masing.

Dengan kehadiran 12 pensyarah pengiring, sokongan 56 AJK dan penyertaan 110 peserta, ALAM 12 bukan sekadar sebuah perhimpunan, tetapi menjadi ruang untuk berkongsi ilmu, mengeratkan ukhwah dan mencipta kenangan bersama.

Lebih bermakna, perjalanan ini turut menyaksikan 13 anugerah yang menjadi penghargaan atas usaha, kreativiti dan semangat setiap delegasi.

12 kali penganjuran, satu kenangan yang tidak ternilai. ❤️

Terima kasih kepada seluruh delegasi, pensyarah pengiring, peserta, AJK dan semua yang terlibat dalam menjayakan ALAM 12.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita kami. Jumpa lagi di perhimpunan seterusnya!

[DAY 3] MAJLIS PERASMIAAN PENUTUP & JAMUAN BEKWOH ALAM12Malam kemuncak Perhimpunan Pelajar-Pelajar Senibina Landskap Mal...
26/08/2026

[DAY 3] MAJLIS PERASMIAAN PENUTUP & JAMUAN BEKWOH ALAM12

Malam kemuncak Perhimpunan Pelajar-Pelajar Senibina Landskap Malaysia Ke-12 (ALAM 12) telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang menerusi Majlis Perasmian Penutup dan Jamuan Bekwoh ALAM 12 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UMK Kampus Bachok.

Majlis berprestij ini disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Shardy Bin Abdullah, Dekan Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE), selaku tetamu kehormat utama yang merasmikan majlis penutupan program. Turut menyerikan majlis ialah kehadiran Ketua Jabatan Senibina Landskap UMK, LAr. Ts. Dr. Khalilah binti Hassan, barisan pensyarah serta guru pengiring dari IPTA masing-masing, rakan-rakan penaja yang budiman, jawatankuasa pelaksana dan seluruh peserta ALAM 12 dari pelbagai institusi.

Dalam ucapan perasmian, YBrs. Dekan mengingatkan bahawa perkembangan pesat teknologi tidak sepatutnya mengikis nilai warisan. Penggunaan tema SEMUTAR disifatkan sebagai wadah penting untuk mengangkat seni budaya tempatan ke dalam seni bina landskap moden. Beliau turut menekankan bahawa penuntut bidang ini perlu bijak memahami identiti, latar budaya, serta suasana persekitaran sesuatu tempat dalam menterjemahkan reka bentuk ruang.

Majlis malam tersebut disemarakkan dengan persembahan tarian kebudayaan, ucapan perasmian oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Shardy Bin Abdullah, Dekan Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE), tayangan sorotan memori ALAM 12 dan jamuan makan malam (Bekwoh) bersama para tetamu. Kemuncak acara menyaksikan gimik perasmian penutup, penyerahan plak penganjuran secara rasmi kepada Politeknik Nilai sebagai Tuan Rumah ALAM 13, serta sesi penyampaian hadiah bagi meraikan para pemenang.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan fakulti, ketua jabatan, para pensyarah pengiring, barisan penaja, serta seluruh warga kerja yang memberikan sokongan padu sepanjang program ini berlangsung.

[DAY 3] RASO PAH HUNGGA | MENJELAJAH KAMPUS UMK BACHOK🏃🏻‍➡️Aktiviti eksplorasi kampus ini direka khas bagi menterjemahka...
26/08/2026

[DAY 3] RASO PAH HUNGGA | MENJELAJAH KAMPUS UMK BACHOK🏃🏻‍➡️

Aktiviti eksplorasi kampus ini direka khas bagi menterjemahkan kefahaman budaya tempatan, semangat kerja berpasukan, serta pemeliharaan warisan kuliner tradisional dalam kalangan mahasiswa.

Berikut merupakan rumusan pelaksanaan tugasan di setiap stesen (checkpoint):
📍 Checkpoint 1: Jejak Warisan (Dewan Tuanku Canselor)
-Sesi pendaftaran, taklimat peraturan, edaran peta laluan, dan pelepasan larian berperingkat yang memulakan cabaran dengan pengenalan awal Kuih Cek Mek Molek.
📍 Checkpoint 2: Santun Raso (Pejabat Pendaftar UMK)
-Menguji ketelitian dan kawalan kesantunan peserta melalui cabaran mengimbang talam Kuih Jala Mas melepasi halangan dengan mengehadkan penggunaan sokongan fizikal.
📍 Checkpoint 3: Suap Raso (Fakulti Pengajian Bahasa & Pembangunan Insan)
-Fokus kepada kemahiran komunikasi serta kebolehpercayaan berpasukan. Peserta yang ditutup mata dibimbing oleh rakan sepasukan menggunakan arah kompas dalam dialek tempatan bagi menyuap Kuih Cara Manis.
📍 Checkpoint 4: Dialek Raso (UMK Teniat)
-Menguji keaslian dan kreativiti berbahasa melalui penceritaan berasaskan dialek Kelantan pekat selepas merasai Kuih Akok dan menyelesaikan tugasan carian bahan.
📍Checkpoint 5: Kenal Raso (Pejabat Perpustakaan & Pengurusan Ilmu)
-Ujian kefahaman kuliner warisan melalui cabaran "Bingo Bahan Kuih", di mana peserta menganalisis ramuan utama Kuih Buah Tanjung berdasarkan deria rasa.
📍 Checkpoint 6: Kkemah Molek (Dewan Tuanku Canselor)
-Garisan penamat dan pengesahan borang markah, diakhiri dengan agihan penutup rasa Kuih Tahi Itik serta Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih disampaikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

[DAY 3] KUGHA SEMUTAR | MEWARNA KAIN SEMUTAR🍀Alam dan kreativiti disatukan dalam aktiviti Kugha Semutar, sebuah aktiviti...
26/08/2026

[DAY 3] KUGHA SEMUTAR | MEWARNA KAIN SEMUTAR🍀

Alam dan kreativiti disatukan dalam aktiviti Kugha Semutar, sebuah aktiviti seni yang mengetengahkan keunikan kain Semutar serta keindahan flora di sekitar kampus UMK.

Peserta meneroka kawasan kampus untuk mencari pelbagai jenis daun dan bunga sebelum menggunakannya dalam proses eco-print. Setiap kumpulan bebas menyusun bahan alam mengikut tema dan kreativiti masing-masing, kemudian mengetuknya menggunakan penukul getah bagi memindahkan pigmen, bentuk dan tekstur semula jadi ke atas kain.

Hasilnya, setiap kumpulan berjaya menghasilkan corak yang tersendiri daripada susunan flora yang lembut hingga gubahan yang lebih berani dan kreatif. Aktiviti ini bukan sahaja menguji kemahiran seni dan kreativiti, malah menggalakkan kerja berpasukan, penerokaan alam serta penghayatan terhadap identiti dan budaya kain Semutar.

#

[DAY 2] DDIKIR KREATIF 🎶Aktiviti Ddikir Kreatif ALAM 12 mengangkat tema “Nyo Maghi Sakit Ppalo”, yang mengisahkan kejuta...
25/08/2026

[DAY 2] DDIKIR KREATIF 🎶

Aktiviti Ddikir Kreatif ALAM 12 mengangkat tema “Nyo Maghi Sakit Ppalo”, yang mengisahkan kejutan budaya dan cabaran kehidupan mahasiswa. Setiap kumpulan diberi pilihan untuk menggunakan salah satu daripada tiga irama Dikir Barat iaitu Anok Tupai, Anok Kelate atau Cicok.

Dengan irama pilihan masing-masing, peserta mengolah lirik dan persembahan secara kreatif melalui nyanyian, gerakan serta prop untuk menggambarkan perjalanan mahasiswa dari alam kampung hingga menghadapi cabaran kehidupan di universiti.

Address

Faculty Of Architecture And Ekistics, , Universiti Malaysia
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Landscape Architecture Department FAE UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share